Friday, October 14, 2011
Ucapan Terima Kasih - Program Ceramah & Demonstrasi Radio Amatur.
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,
Saya ingin mengungkapkan rasa syukur ke hadirat Allah SWT & mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ASTRA Pusat, 9M4RGH, 9M4CKL & semua individu yg telah terlibat didalam Majlis tersebut.
Pihak ASTRA Wilayah Tengah (AWT) merakamkan penghargaan kepada Penceramah2 yg telah menyumbangkan jasa bakti di majlis tersebut seperti:
1) 9M2YRS, ABD RASID BIN AHMAD SIDEK, Pak Yob (Penasihat & Penolong Pengurus AWT)
2) 9M2RS, ABDUL RASHID MOHD SULTAN.
3) 9M2PRO, Pak ZANIRUL AKHMAL.
4) 9W2JQQ, MOHD RAZIF BIN HUSAINI. (AJK AWT).
Tidak lupa juga kepada Rakan2 yg telah membantu menaikan Station Sementara / Portable Station & Acara Demonstrasi seperti:
1) 9W2ZBV, ZAMRI BIN AZIZ (Biro Siaraya AWT).
2) 9W2SCQ, Zarina bte Ibrahim (Biro Wanita AWT).
3) 9W2JQQ, MOHD RAZIF BIN HUSAINI (Demo Cara QSO).
4) 9W2JSM, NOOR RISHAM BIN MD ARUS (Penolong Setiausaha AWT).
5) 9W2EDK, JUNAIDI BIN JABIDIN. (Biro Repeater).
Serta beberapa Rakan2 HAM lain yg turut sama membantu seperti 9W2RGR, 9W2HHP, 9W2LKO, 9W2AWU Dan Lain-Lain.
Akhir sekali EXCO & AJK AWT merakamkan penghargaan & terima kasih kepada pihak Universiti Kuala Lumpur, British Malaysian Institute (UNIKL-BMI), khasnya kepada Kelab Telekom UNIKL BMI yg telah memberikan peluang kepada pihak ASTRA untuk menjalinkan perhubungann yg strategik untuk masa hadapan. Semoga beberapa cadangan yg telah dicadangkan oleh Penceramah2 dari AWT & perbincangan bersama2 Pensyarah2 BMI akan dapat diterima baik & dihalusi lagi serta dapat dilaksanakan oleh Kelab tersebut, insya-Allah.
73, Laporan de 9W2 JSM, J.Sham..
Saturday, October 8, 2011
Ceramah 'RADIO AMATUR' Oleh ASTRA Wilayah Tengah.
CERAMAH 'RADIO AMATUR' ANJURAN KELAB TELEKOM UNIKL BMI.
Tarikh : 13 Oktober 2011.
Masa : 2.00pm - 5.30pm
Tempat : Dewan Kuliah Universiti Kuala Lumpur. British Malaysian Institute.
Batu 8, Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak , Selangor Darul Ehsan.
2.00 PM - 2.30 PM: KETIBAAN TETAMU (PELAJAR UNIKL - BMI).
2.30 PM - 3.00 PM: KETIBAAN TETAMU (PENSYARAH & PENCERAMAH).
3.00 PM - 4.00 PM: CERAMAH PENGENALAN RADIO AMATUR.
Senarai Penceramah:
a. 9M2YRS, HJ. ABD RASID (Pak Yob).
b. 9M2RS, HJ. ABDUL RASHID.
c. 9M2PRO, ZANIRUL AKHMAL (Abg. Pro).
a. Simpleks (Simplex) & Pancar ulang (Repeater).
b. UHF, VHF & HF.
5.30 PM - 6.00 PM: BERSURAI.
Sukarelawan masih lagi diperlukan & boleh menghubungi 9W2JSM / 9W2ZBV / 9M2YRS.
Simpleks yg akan digunakan: V33.
* Sebarang perubahan akan diberitahu.
73 de 9W2JSM (J.Sham), Penolong Setiausaha AWT.
Tuesday, October 4, 2011
LAWATAN MUHIBBAH ASTRA KE ORARI MEDAN..
Program utk warga Amatur Radio & Peminat Radio Amatur Malaysia Ke ORARI Medan, Indonesia.
Tarikh: 11-November-2011 sehingga 13-November-2011
Penerbangan Airasia: Click Sendiri (Online Booking) [http://www.airasia.com/]
JADUAL PENERBANGAN BAGI AMATUR RADIO KAWASAN TENGAH / SELATAN
TARIKH : 11-11-2011 (JUMAAT), KUL - MEDAN
0845 HRS – 0840 HRS
Flight: QZ 8051
TARIKH : 13-11-2011 (AHAD), MEDAN - KUL
1755 HRS - 1955 HRS
Flight: AK 1355
JADUAL PENERBANGAN BAGI AMATUR AMATUR RADIO UTARA
TARIKH : 11-11-2011 (JUMAAT), PENANG - MEDAN
0950HRS - 0935 HRS
Flight: QZ 8073
TARIKH : 13-11-2011 (AHAD), MEDAN - PENANG
1830 HRS – 2015 HRS
Flight: AK 5837
* Tertakluk kepada Terma & Syarat. Pihak Penganjur tidak bertanggung jawab keatas segala kemungkinan semasa lawatan tersebut.
* Ketua Lawatan 9M2YRS, Pak Yob & Urusetia Lawatan 9W2OOS, Pak Salleh, 016-2907091.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aturcara Lawatan (mengikut Waktu Indonesia Barat).
11-Nov-2011. Hari Pertama.
0845 Hrs. tiba di Polanial Airport (Medan) dan tunggu rakan2 dari Utara.
1000 Hrs. taklimat serta penerangan ringkas aturcara lawatan.
Berangkat ke Danau Toba.
Singgah Jalan Asia Pusat Eletronik dan Solat Jumaat.
Menginap di Danau Toba.
12-Nov-2011 Hari Kedua.
0900 Hrs. berangkat ke Kota Medan.
Singgah di Puncak melalui Brastagi.
2030 Hrs. Perjumpaan (Eyeball) bersama rakan2 Orari Kota Medan dan sekitaran.
13-Nov-2011 Hari Ketiga.
Sebelah pagi aturcara bebas / persendirian.
1400 Hrs. Berkumpul di hotel dan berangkat ke Polonial Airport.
Berangkat pulang ke Malaysia.
Sumber: 9W2OOS, Pak Salleh, 016-2907091 (via email).
73 de 9W2JSM, (J.Sham).
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aturcara Lawatan (mengikut Waktu Indonesia Barat).
11-Nov-2011. Hari Pertama.
0845 Hrs. tiba di Polanial Airport (Medan) dan tunggu rakan2 dari Utara.
1000 Hrs. taklimat serta penerangan ringkas aturcara lawatan.
Berangkat ke Danau Toba.
Singgah Jalan Asia Pusat Eletronik dan Solat Jumaat.
Menginap di Danau Toba.
12-Nov-2011 Hari Kedua.
0900 Hrs. berangkat ke Kota Medan.
Singgah di Puncak melalui Brastagi.
2030 Hrs. Perjumpaan (Eyeball) bersama rakan2 Orari Kota Medan dan sekitaran.
13-Nov-2011 Hari Ketiga.
Sebelah pagi aturcara bebas / persendirian.
1400 Hrs. Berkumpul di hotel dan berangkat ke Polonial Airport.
Berangkat pulang ke Malaysia.
Sumber: 9W2OOS, Pak Salleh, 016-2907091 (via email).
73 de 9W2JSM, (J.Sham).
Monday, September 26, 2011
Ucapan Selamat Berjaya Kepada Calon2 Ujian Kod Morse (CW) Siri 2011-2.
AWT mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan & semoga berjaya kepada semua calon dari lokalan V33, V47, GESS, AJK AWT & semua calon di Selangor & Malaysia amnya yang akan menduduki 'Ujian CW' (Siri 2011-2). Peperiksaan tersebut bagi kawasan Tengah akan diadakan pada 28-Sept-2011, hari Khamis, 10.00 pagi di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.
Diharap semua bakal2 calon 9M2 akan dapat datang awal & tenang aje semasa menghadapi peperiksaan tersebut.
73 de 9W2JSM (J.Sham), Penolong Setiausaha AWT.
Monday, September 12, 2011
Ucapan Terima Kasih - Sambutan Aidilfitri 2011
AWT mengucapan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 di kawasan Wilayah Tengah, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka & Johor yg telah hadir & menjayakan majlis sambutan Aidilfitri & sempena lawatan Presiden & AJK Astra Pusat pada 8-Sept-2011 di Bandar Kinrara.
Terima Kasih kepada rakan2 yang telah menaja & membawa Juadah serta Minuman bagi menyerikan lagi majlis tersebut. Kami AJK AWT memohon kemaafan seandainya ada kekurangan serta kelemahan dari pihak kami bagi menjayakan majlis tersebut.
Akhir sekali AWT merakamkan penghargaan & terima kasih kepada Barisan Tetinggi ASTRA yg telah berjaya mengadakan Mesyuarat bersama2 AJK AWT bagi membincangkan beberapa isu & penerangan terkini ASTRA. Semoga kita dapat berjumpa lagi di Syawal yg akan datang, Insya-Allah..
AWT merakamkan Terima Kasih Kepada Petugas-Petugas:
9W2 SCQ, Meja Pendaftaran & Bayaran.
9W2 JQQ, Pengacara Majlis / MC & Bacaan Doa.
9W2 ZBV, Simplex Calling Channel - V38, 145.475 Mhz.
9W2 VAN, P.A System.
9W2 CAX, Jurugegas.
9W2 MHC, 9W2 DMV, 9W2 ZLZ, Juru Gambar.
9W2 THA, 9W2 MHN & 9W2 OOS, Persiapan Tempat.
9W2 BMX, 9W2 LHY, Persedian Makanan.
9M2 YRS, 9W2XYM, Penyambut Tetamu.
9W2 BHL, 9W2 UZE, Memandu arah / Menjemput tetamu kehormat.
9W2 JSM, Pendaftaran & Pembaharuan Ahli.
Juga kepada Semua yg telah terlibat secara tidak langsung.
9W2 SCQ, Meja Pendaftaran & Bayaran.
9W2 JQQ, Pengacara Majlis / MC & Bacaan Doa.
9W2 ZBV, Simplex Calling Channel - V38, 145.475 Mhz.
9W2 VAN, P.A System.
9W2 CAX, Jurugegas.
9W2 MHC, 9W2 DMV, 9W2 ZLZ, Juru Gambar.
9W2 THA, 9W2 MHN & 9W2 OOS, Persiapan Tempat.
9W2 BMX, 9W2 LHY, Persedian Makanan.
9M2 YRS, 9W2XYM, Penyambut Tetamu.
9W2 BHL, 9W2 UZE, Memandu arah / Menjemput tetamu kehormat.
9W2 JSM, Pendaftaran & Pembaharuan Ahli.
Juga kepada Semua yg telah terlibat secara tidak langsung.
73, Laporan de 9W2 JSM, J.Sham..
Saturday, August 27, 2011
Majlis Sambutan Aidilfitri ASTRA Wilayah Tengah 2011.
Sempena lawatan Y.Bhg. Presiden ASTRA ke AWT maka satu majlis Muzakarah & Sambutan Aidilfitri akan diadakan seperti dibawah:
Tarikh : 8-Sept.-2011 (Hari Khamis)
Masa : Sessi 1 (6:00 pm) - Muzakarah diantara AJK AWT & Presiden ASTRA.
Sessi 2 (8.00 pm) - Sambutan Aidilfitri AWT Bersama Presiden ASTRA.
Tempat : Balai Masyarakat BK2, Jalan 2/10, Bandar Kinrara, Puchong.
(Bersebelahan Sek. Ren. Seksyen 1, Bandar Kinrara)
GPS / Coordinate: N 3º 3.130’ E 101º 38.639’ (Garmin)
Jamuan : ‘Pot-Luck’ (Kueh Raya / Juadah, seikhlas hati & tiada paksaan) + RM5 (Sewa Kerusi, Meja & Lain2). *Tetamu dari luar Selangor & Sponser Majlis tidak perlu membayar RM5.
Pakaian : Baju Raya / Baju Kemeja AWT / Pakaian Formal.
Monitoring Freq.: V38 = 145.475 Mhz (Lead by 9W2 ZBV).
* Pemberian Duit Raya oleh Pengurus AWT kepada 100 kanak-kanak yang sampai awal.
Aturcara Majlis Sambutan Hari Raya ASTRA Wilayah Tengah Tahun 2011 (Tentative):
Monitoring Freq.: V38 = 145.475 Mhz (Lead by 9W2 ZBV).
* Pemberian Duit Raya oleh Pengurus AWT kepada 100 kanak-kanak yang sampai awal.
Aturcara Majlis Sambutan Hari Raya ASTRA Wilayah Tengah Tahun 2011 (Tentative):
Pengerusi Sambutan: Tn. Hj. Mohamad Yusuff bin Wahid, 9W2HYY (Biro Kebajikan).
Pengacara Majlis / MC: 9W2 JQQ, Tn. Hj. Razif / Pak Razif.
8.00 mlm : Ketibaan Tetamu & Pendaftaran Kehadiran.
8.30 mlm : Ketibaan Tetamu Undangan.
8.45 mlm : Majlis dimulai dengan Bacaan Doa oleh Ust. Mohamed (9W2 BTK).
9.00 mlm : Ucapan Alu-Aluan Pengurus AWT (9W2 XYM).
9.10 mlm : Ucapan Presiden ASTRA, Y.Bhg Dato’ Bahari Bin Taib (9W2 DBT).
9.30 mlm : Jamuan Hari Raya & Ramah Mesra.
10.30 mlm : Bergambar Beramai-Ramai.
11.00 mlm : Gotong Royong Mengemaskan Dewan.
11.30 mlm : Acara Tamat & Bersurai.
Pengacara Majlis / MC: 9W2 JQQ, Tn. Hj. Razif / Pak Razif.
8.00 mlm : Ketibaan Tetamu & Pendaftaran Kehadiran.
8.30 mlm : Ketibaan Tetamu Undangan.
8.45 mlm : Majlis dimulai dengan Bacaan Doa oleh Ust. Mohamed (9W2 BTK).
9.00 mlm : Ucapan Alu-Aluan Pengurus AWT (9W2 XYM).
9.10 mlm : Ucapan Presiden ASTRA, Y.Bhg Dato’ Bahari Bin Taib (9W2 DBT).
9.30 mlm : Jamuan Hari Raya & Ramah Mesra.
10.30 mlm : Bergambar Beramai-Ramai.
11.00 mlm : Gotong Royong Mengemaskan Dewan.
11.30 mlm : Acara Tamat & Bersurai.
Laporan, de 9W2JSM (J.Sham)
Monday, August 22, 2011
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim.
Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Ibu Tunggal, Miskin & Warga Emas telah diadakan pada 20 Ramadhan 1432H, bersamaan dengan 20-Ogos-2011 di Surau Al-Ittihad, Pesiaran Tun Teja, Taman Tun Teja, 48000 Rawang, Selangor.
Pihak ASTRA Wilayah Tengah telah turut sama menderma utk majlis tersebut, iaitu sebanyak RM550 (RM200 drpd ASTRA Wilayah Tengah & RM350 drpd GESS).
Sebanyak 10 Station telah hadir di majlis tersebut:
1. 9W2OOS SALLEHUDIN BIN HASHIM
2. 9W2JSM NOOR RISHAM BIN MD ARUS
3. 9W2EDK JUNAIDI BIN JABIDIN
4. 9W2BHL MOHD FARID BIN SUDIN
5. 9W2KIZ AZMAN BIN MOHAMED ARIFFIN
6. 9W2YTX KAMARUZZAMAN BIN DIDOK
7. 9W2EDQ WAN ADILAH BINTI WAN NAZLI
8. 9W2UZE YUSRI
9. 9W2CAX AMRAN
10. 9W2BZE WILLIAM WONG
Program yg bermula dari pukul 6 petang itu tamat selepas Solat Tarawih. Pengerusi Surau Al-Ittihad Tn. Hj. Abu Bakar Jarai merakamkan ribuan terima kasih diatas sumbangan derma yg telah diterima, semoga sumbangan ikhlas ini mendapat balasan yg berlipat kali ganda lagi dari Allah SWT. Amin..
73.. de 9W2JSM.
Tuesday, August 16, 2011
Majlis Berbuka Puasa Di Surau Al-Ittihad.
Satu majlis Berbuka Puasa akan diadakan di Surau Al-Ittihad (Anjuran Surau Al-Ittihad, Pesiaran Tun Teja, Taman Tun Teja, 48000 Rawang, Selangor)
Tajuk: Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Ibu Tunggal, Miskin & Warga Emas.
Tarikh: 20 Ramadhan 1432H, bersamaan dengan 20-Ogos-2011.
Masa : 6.00pm hingga 8.30pm (Hari Sabtu).
Tempat : Surau Al-Ittihad, Pesiaran Tun Teja, Taman Tun Teja, 48000 Rawang, Selangor.
Aturcara Majlis: (Info drpd. Tn. Hj. Abu Bakar Jarai, Pengerusi Surau)
5.30 ptg – 6.00 ptg: Ketibaan para tetamu & peserta jemputan bantuan 6.00 ptg – 6.05 ptg: Ucapan aluan ringkas Pengerusi majlis
6.05 ptg – 6.30 ptg: Tazkirah Oleh Ustaz Fauzi
6.30 ptg – 7.00 ptg: Penyampaian bantuan kepada peserta
7.28 ptg – 7.45 mlm: Majlis Berbuka Puasa
7.45 mlm Solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm Majlis bersurai.
2. Kepada Rakan2 yg berkelapangan dijemput hadir utk memeriahkan lagi majlis tersebut. Sebarang pertanyaan tentang aturcara majlis tersebut boleh berhubung terus dengan 9W2OOS Pak OS / Pak Sallehudin, H/P: 016-2907091.
Semoga sumbangan ikhlas & kehadiran Rakan2 dapat menjayakan lagi majlis dan mendapat balasan yg berlipat kali ganda lagi dari Allah SWT. Amin..
73.. de 9W2JSM.
Monday, August 15, 2011
Senarai Permohonan Keahlian ASTRA.
Permohonan2 berkenaan Ahli ASTRA yg telah diterima oleh AWT sejak bulan Mei-2011 sehingga bulan September-2011 adalah seperti berikut:
Keahlian Ahli Bersekutu Kategori 1:
Ref.: AWT/SU/AHLI/2011/001 to 034.
1. 9W2 ROB, MOHD RODZI B. ISMAIL
2. 9W2 YUP, JUMAYOB BIN HARON
3. 9W2 INS, MOHD RAFIUDDIN B. ISMAIL
4. 9W2 KRO, KAMARUL BAHRAIN B. ABDULLAH
5. 9W2 YMD, ABDUL HAMID BIN ISHAK
6. 9W2 UJO, JOHARI ALI
7. 9W2 PGQ, SHAMSUL NIZAM ZAKARIA
8. 9W2 AZX, AZIRAN BIN ABDUL MAJID
9. 9W2 PHK, MOHD ISZAL BIN ISMAIL
10. 9W2 VEK, NUR FADHLAN B. HARUN
11. 9W2 BJR, AZMAN SARKAWI
12. 9W2 MZQ, MOHD ZAMRI B HJ. ZAKARIAH
13. 9W2 KSI, MOHAMED ANWAR B AHMAD TARMIZI
14. 9W2 RLX, ABDUL RAUF BIN AMAN
15. 9W2 SCX, BADRUL HISYAM BIN HJ. MOHD BAHROM
16. 9W2 MXR, MAHADZIR BIN ABD. RASHID
17. 9W2 SKG, SAK'RANI BIN ABDUL SAMAD
18. 9W2 NMX, ZAMRI BIN OMAR
19. 9W2 VCO, SAHRUN NIZRI BIN RAKIP
20. 9W2 JJQ, MOHD NOOR EKHSAN BIN MOHD SALLEH
21. 9W2 RTV, AHMAD ROSLEE BIN AHMAD TARMIZI
22. 9W2 VHF, MUHAMMAD HANIF BIN KHAIRUL JOHARI (baru terima, akan dihantar secepat mungkin)*
23. 9W2 ENQ, EFFARZ EMRAN BIN AHMAD
24. 9W2 VAN, IDZUAN BIN IDRUS
25. 9W2 UZE, YUSRI ANUAR BIN YAHAYA
26. 9W2 EDU, MOHD IKMAL BIN ZAINUDDIN
27. 9W2 WQP, MD ZAMRI B ABDULLAH
28. 9W2 ZNQ, MOHD NIZAM B MURAD
29. 9W2 FWR, FAKRUL ANWAR B AHMAD
30. 9W2 GND, GHAZALI BIN DAUD
31. 9W2 MYX, AHMAD HELMIRUDDIN B RIDZUAN
32. 9W2 AIX, AHMAD IDRISZULDIN B RIDZUAN
33. 9W2 XNO, NOOR MUHAMMAD B RIDZUAN
34. 9W2 FDX, AHMAD HASSANUDDIN AFENDY BIN RIDZUAN
Pembaharuan Keahlian Ahli Bersekutu Kategori 1:Ref.: AWT/SU/AHLI/2011/RNEW/001 to 013.
1. 9W2 RVS, NO. 2065, RAZMANI RAHIM
2. 9W2 CEM, NO. 1751, SHAMSUL ANUAR BIN ADNAN
3. 9W2 SZZ, NO. 1704, SAIFUZZAMAN B ABDUL KARIM
4. 9W2 IIT, NO. 2075, MUSTAFFA BIN SAAIDIN
5. 9W2 GPI, NO. 2050, AHMAD SYAMSUL ARIFIN B. SULAIMAN
6. 9W2 SDO, NO. 2012, MUHD RAZAIDI BIN MD DESA
7. 9W2 BIZ, NO. 2072, BAHARRUDDIN BIN MAT DOM
8. 9W2 BTK, NO. 1557, MOHAMED BIN JAAFAR
9. 9W2 SSQ, NO. 1822, SYAIFUL AMRI BIN ABDULLAH
10. 9W2 YTX, NO. 0010, KAMARUZZAMAN BIN DIDOK
11. 9W2 DMV, NO. 1943, KHAIRIL AZRI IDRIS (baru terima, akan dihantar secepat mungkin)*
12. 9W2 SJY, NO. 2051, NAZRI BIN DASUKI
13. 9W2 JAL, NO. 2078, JALIL BIN SUBOH
Keahlian Ahli Bersekutu Kategori 2:Ref.: AWT/SU/SWL/2011/001 to 008.
1. SWAL, ABDUL KARIM ABU BAKAR
2. SWAL, CHE WAHAB B ISMAIL
3. SWAL, MAHADI BIN HASSAN
4. SWAL, NOR AZELI BIN AHMAD
5. SWAL, JAMILAH BT OSMAN
6. SWAL 1733, MOKHTAR B AWANG KECHIK
7. SWAL, FAIZAL BIN ROSMADI (baru terima, akan dihantar secepat mungkin)*
8. SWAL, AIZZUDDIN B ALADDIN
Semua permohonan (kecuali yg baru diterima*) telah pun dihantar ke ASTRA Pusat bagi tindakan selanjutnya. Jika ada sebarang kesilapan ejaan & kesilapan no. ahli, sila hantar email kepada (astra.tengah@gmail.com).
Laporan oleh 9W2JSM (J.Sham)
Friday, August 12, 2011
Jemputan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Anjuran Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.
ASTRA Wilayah Tengah telah menerima jemputan bagi majlis tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah..
Majlis ini akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 14-Ramadhan-1432H bersamaan dengan 14-Ogos-2011 (Ahad).
Masa: 6.00pm hingga 10.00pm.
Tempat: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Jalan Johan Setia, Klang.
Tujuan: Program ini merupakan program Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan & Bantuan kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan oleh Para Penderma-Penderma.
Sedikit informasi Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.
Alamat: Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Jumlah Pelajar = 46 Orang (21 orang pelajar perempuan, 12 orang daripadanya masih diperingkat Sekolah Rendah & 25 orang lelaki)
Jumlah Tahfiz = 22 Orang (lelaki).
Jumlah Besar Anak-Anak Yatim = 68 Orang.
Jumlah Kakitangan (Pegawai, Warden & Pembantu) = 19 Orang.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Operasi: Tn. Hj. Mohd Jalil B Marzuki (Imam Jalil).
No. Tel: 03 - 3324 7758. FAX.: 03 - 3324 0906.
Kepada Rakan2 Amatur yg ingin memberi sumbangan derma atau turut serta memeriahkan majlis tersebut diminta menghubungi 9W2JSM, J.Sham H/P: 013-3408102 atau Biro Kebajikan 9W2HYY, Tn. Hj. Yusuf H/P: 019-3352595, sebelum pukul 6.00 petang, 13-Ogos-2011 (hari Sabtu) bagi tempahan tempat.
Akhir sekali, diharap Rakan2 dapat mengadakan beberapa lawatan ke rumah anak-anak yatim bagi memberi sebarang sumbangan dan bantuan atau sokongan moral & emosi agar mereka dapat merasai kasih sayang dari semua makhluk Allah SWT. terutamanya pada bulan Ramadhan yg mulia ini.
Raikan Ramadhan Dengan 'Meraih Butiran Pahala & Mengejar Lambaian Syurga'..
Laporan oleh 9W2JSM (J.Sham)
Thursday, August 11, 2011
'Sahur Net' Di ASTRA, 1432 Hijriah (Kali ke 10)..
Sempena bulan Ramadhan ini, pihak ASTRA telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti tahunannya iaitu 'Sahur Net'. Program ini telah menjangkau usia 10 tahun pada tahun ini, dimana program pertama 'Sahur Net' telah dijalankan pada tahun 2001 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan diantara ahli2 ASTRA. Selain kita memeriahkan jaluran di waktu Sahur & untuk menguji Pengulang (Repeater) yg akan digunakan serta meningkatkan mutu penerimaan RX & TX ke Pengulang drpd Mobile, Portable dan Base Station rakan2 semua. Secara tidak langsung dapat juga kita mengejutkan rakan2 yg sedang lena tidur untuk bangun bersahur.
Seperti suasana waktu bersahur di Kampung dahulu, ada kampung2 yg menjalankan aktiviti yg dinamakan 'Ketuk2' yg bertujuan untuk membangun / mengejutkan penduduk kampung yg lena tidur supaya bangun bersahur tetapi kita di ASTRA melakukan seperti itu juga tetapi dengan menjalankan acara 'Sahur Net'. Semoga aktiviti ini memberikan manafaat kepada kita & mendapat sambutan yg positif.
Pengawal Rangkaian (Net Controller) 'Sahur Net' akan dikendalikan oleh 9M2YRS, Pak Yob yg merupakan Pengawal Rangkaian tetap sejak 10 tahun yg lalu. Manakala waktunya akan bermula pada pukul 4.30 pagi & akan tamat apabila masuknya waktu imsak di kawasan Pengawal Rangkaian.
Insya'allah, pada tahun ini, sebelum 'Sahur Net' dimulakan, kita akan mendengar sedikit Pesanan / Tazkirah Ringkas Ramadhan dari Ustaz yg akan dijemput nanti.
Jangan ketinggalan untuk Check-in dalam program 'Sahur Net' di ASTRA (Jalur Panjang / Transnasional) pada setiap pagi dalam bulan Ramadhan ini.
Pihak Siaraya ASTRA Pusat akan memberitahu jika sekiranya berlaku sebarang perubahan program jadual tersebut.
73..
Laporan oleh 9W2JSM (J.Sham).
Pen. Setiausaha ASTRA Wilayah Tengah.
Monday, August 8, 2011
Tindakan Yang Perlu Diambil Apabila 'AA' Tamat Tempoh.
Penguntukan Radas / Apparatus Assignment (AA) ialah penguntukan yang dikeluarkan kepada seseorang atau syarikat yang hendak menggunakan atau menjalankan operasi peralatan tanpa wayar dalam jalur frekuensi tertentu. Terdapat 6 jenis AA iaitu:
i. Perkhidmatan Tetap
ii. Perkhidmatan Radio Penentuan
iii. Perkhidmatan Angkasa Lepas
iv. Perkhidmatan Amatur
v. Perkhidmatan Bergerak
vi. Perkhidmatan Penyiaran
Sila ambil perhatian, Pemegang AA yang gagal membuat permohonan semula bagi 2 tahun berturut-turut selepas 'AA'nya telah tamat tempoh, isyarat panggilan tersebut akan ditarik balik.
i. Perkhidmatan Tetap
ii. Perkhidmatan Radio Penentuan
iii. Perkhidmatan Angkasa Lepas
iv. Perkhidmatan Amatur
v. Perkhidmatan Bergerak
vi. Perkhidmatan Penyiaran
Sila ambil perhatian, Pemegang AA yang gagal membuat permohonan semula bagi 2 tahun berturut-turut selepas 'AA'nya telah tamat tempoh, isyarat panggilan tersebut akan ditarik balik.
Apakah yang perlu saya lakukan apabila tempoh AA saya tamat?
Di bawah Peraturan 24 Peraturan-Peraturan (Spektrum) 2000, pemegang AA boleh, tidak kurang daripada enam puluh (60) hari sebelum tamat tempoh AA membuat permohonan baru untuk meneruskan penggunaan radas. Walaubagaimanapun, SKMM juga akan memaklumkan pemegang AA berkenaan tarikh tamat tempoh AA melalui notis ehsan kepada pemegang AA dalam tempoh sembilan puluh (90) hari sebelum tarikh tamat AA. Pemegang AA boleh menyerahkan pembayaran mengikut notis jika tiada perubahan dibuat.
Apakah implikasi sekiranya AA telah tamat tempoh?
Sekiranya AA telah tamat tempoh dan tiada permohonan semula dibuat, penggunaan frekuensi tersebut dianggap melanggar peraturan dan pihak SKMM boleh mengambil tindakan terhadap pengguna spektrum tersebut seperti di dalam Seksyen 157 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.
Apakah implikasi kepada ketidakpatuhan AA?
Bagi sebarang ketidakpatuhan AA, SKMM berhak mengenakan hukuman kepada pengguna spektrum di bawah Seksyen 157 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Hukuman kerana melanggar seksyen tersebut ialah denda tidak melebihi daripada RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: SKMM
Wednesday, August 3, 2011
Ucapan Presiden ASTRA Sempena Ulang Tahun ASTRA Ke 14..
3-Ogos-11 (Rabu): Rakaman ucapan oleh Presiden ASTRA, Y.Bhg. Dato' Bahari Bin Taib (9W2DBT) di acara '2 Meter Net Khas' sempena Ulang Tahun ASTRA yang ke 14 di Jalur Panjang/Transnasional ASTRA pada 2-Ogos-2011 (Selasa), 22:30Hrs.
73, Laporan Oleh 9W2JSM (Penolong Setiausaha ASTRA Wilayah Tengah).
Keputusan RAE 2011/1 Sudah Diumumkan..
Salam Ramadhan kepada pengunjung2 laman blog ASTRA Wilayah Tengah.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun mengeluarkan keputusan RAE 2011 Siri 1.
Tuesday, August 2, 2011
'2 Meter Net Khas' Sempena 'Ulang Tahun Ke 14 ASTRA'
ASTRA akan mengadakan program '2 Meter Net Khas' sempena 'Ulang Tahun Ke 14 ASTRA' akan diadakan bermula pukul 22:00 Hrs (2-Ogos-2011) sehingga pukul 04:30 Hrs (3-Ogos-2011).
Seramai 14 orang Pengawal Rangkaian & seorang Pengawal SMS (H/P: 013-4895631) akan mengendalikan Net tersebut:
1. 9W2IBS, IBRAHIM BIN SABRAN
2. 9W2MYR, NORUL AMIN BIN HAMSAN
3. 9M2MGL, AZMAN BIN ALI
4. 9W2YBY, YUSMAN BIN YAHYA
3. 9M2MGL, AZMAN BIN ALI
4. 9W2YBY, YUSMAN BIN YAHYA
5. 9W2MX, MD ISA BIN MD NAPIAH
6. 9W2JZY, AHMAD JASNI BIN MAT ISA
7. 9W2EXL, MOHAMAD SHALIHIN BIN ABDUL WAHAB
8. 9W2OCY, MOHD ROZEI BIN ABU
8. 9W2OCY, MOHD ROZEI BIN ABU
9. 9W2WNT, MOHAMAD NOR HIDZWAN BIN KAHAR
10. 9W2NBF, MOHAMAD UDISUNATA BIN MOHAMED LAJI
11. 9W2JQQ, MOHD RAZIF BIN HUSAINI
12. 9W2ZBV, ZAMRI BIN AZIZ
13. 9W2EKT, MOHAMAD RASHIDY BIN OSMAN
14. 9W2IKU, SOHAIMI BIN ABDULL HAMID
Rakan2 juga boleh check-in melalui SMS. Pengawal SMS adalah 9W2CSE MOHD NORHIZAM BIN KAHAR. H/P: 013-4895631.Program '2 Meter Net Khas' ini dijangka tamat pada pukul 04:30 Hrs (3-Ogos-2011) & akan disambung pula dengan Net Sahur yg akan dikendalikan oleh 9M2YRS, ABD RASID BIN AHMAD SIDEK (Pak Yob).
Penyusunan semula program & sebarang perubahan akan dinyatakan oleh Biro Siaraya, ASTRA Pusat.
73, Laporan Oleh 9W2JSM (Penolong Setiausaha ASTRA Wilayah Tengah).
Sunday, July 24, 2011
Marhaban Ya Ramadhan 1432 Hijriah ..
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah-radiyallahu anhu - telah berkata: Sabda Rasulullah – sallallahu alayhi wasallam - Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan (kebaikan yang banyak), yang mana Allah Azza wajalla telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibuka pintu-pintu langit (Rahmat) , ditutup pintu-pintu Neraka Jahim, diikat pada bulan Ramadhan syaitan-syaitan yang paling jahat, dan Allah telah sediakan pada bulan itu satu malam, yang ganjaran (pahalanya) lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia diharamkan dari segala kebaikan.
[HR Al-Nasai’e]
Monday, July 18, 2011
Pembedahan 9W2RLW Di Institut Jantung Negara (IJN).
18-Julai-2011, 14.40 Hrs: Syukur Alhamdulillah, seorang sahabat Amatur, 9W2RLW, SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH (Bg. Nuar / Nuai) dari Johor Bharu telah selamat menjalani pembedahan menukar & membaiki injap jantungnya di IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Menurut Jururawat di tingkat 2, IJN, pada pukul 07.30 Hrs Bg. Nuar telah dibawa ke Dewan Pembedahan (OT) & pembedahannya selesai pada pukul 13.30 Hrs.
Bg. Nuar kini berada di 'ICU A', kemungkinan beliau akan mula sedar lewat hari ini atau esok. Saya tidak sempat bertemu Ayahanda beliau semasa di Bilik Menunggu & di 'ICU A' kerana tidak mengenalinya & ramai pelawat di situ. Pihak IJN akan menerangkan situasi terkini Bg. Nuar hanya kepada keluarga / waris terdekat sahaja. Diharap Bg. Nuar akan cepat sedar & berada didalam keadaan baik. AWT mengucapkan terima kaseh kepada semua Rakan2 yg telah mendoakan keselamatan Bg. Nuar & teruskan berdoa. Tidak lupa juga ucapan terima kaseh kepada Doktor2 serta Kakitangan, IJN & Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu yg telah merawat & membedahnnya..
73, 9W2JSM (J.Sham)..
Sunday, July 17, 2011
Mini Eyeball Di Puncak Ulu Kali.
17-Julai-2011: Mini Eyeball di puncak Ulu Kali bersama 9M4RBC telah pun diadakan pada hari Ahad, 17-Julai-2011. Tujuan utama diadakan adalah untuk menaikkan 2 bateri baru, membersihkan sekitar kawasan Repeater & memperbaiki pancaran 9M4RBC dengan lebih baik lagi.
Program ini bermula pukul 09.00 Hrs (berkumpul di Tol Gombak) & telah diketuai oleh Pengurus Negeri AWT, 9W2XYM (Bg. Bosa) & beberapa AJK AWT (9W2ZLZ, 9W2EDK, 9W2ZBV, 9W2SCQ) serta dibantu oleh Rakan2 HAM (9W2ZBE, 9W2EDQ).
Tahniah & Terima Kaseh terutama kepada Penolong Biro Repeater 9W2EDK (Eddie) yg merupakan 'Tungak Utama' didalam kerja2 selenggara Repeater. Tidak lupa kepada semua yg telah hadir & terlibat membantu menaikan Bateri yg beratnya 31Kg setiap satu. Serta kepada semua rakan2 di bawah yg telah membantu membuat ujian pancaran semasa Repeater 9M4RBC diselenggarakan. Eyeball tamat pada pukul 18.00 Hrs..
73, Laporan 9W2JSM (J.Sham)..
Thursday, July 14, 2011
Ziarah 9W2RLW Di Institut Jantung Negara (IJN).
14-Julai-2011, 12.00 Hrs: Seorang rakan Amatur, 9W2RLW, SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH (ahli ASTRA) dari Johor telah dimasukan ke IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, sejak 3 hari yg lalu utk menjalani pembedahan jantung. 9W2RLW yg lebih mesra dipanggil Bg. Nuar/Nuai, bekerja dengan Vendor Telekom & berasal drpd Bandar Baru Uda, Johor Baharu (JB). Beliau mempunyai XYL & seorang anak yg bersekolah darjah 6 di JB. Beliau juga merupakan Bendahari ASTRA Selatan & Biro Repeater. Beliau banyak terlibat membaik pulih Repeater di kawasan Johor termasuk untuk JASRA, ASTRA & Radio Swasta / Komersial (Pelangi & PC). Repeater Pulai (Gunung Pulai) merupakan Repeater yg akhir dibaiki olehnya (Blackout kerana disambar petir) sebelum beliau jatuh sakit.
Menurut Bg. Nuai beliau tidak mengetahui jantungnya punyai masalah, sehinggalah beliau demam pada bulan Disember tahun lalu. Menurut Doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB, punca jantungnya bermasalah adalah disebabkan jangkitan Kuman yg berpunca dari giginya. Gigi beliau yg berlubang itu telah dicabut & terpaksa menjalani rawatan Antibiotik membunuh kuman yg telah berada & merosakkan injap jantungnya. Proses ini memakan masa selama 2 (dua) bulan sebelum pembedahan dapat dijalankan.
Bg. Nuai telah dimasukkan ke HSA pada 9-Julai-11, tetapi Oleh kerana Bilik Bedah HSA ada sedikit masalah teknikal & ramai pesakit yg sedang menanti rawatan maka Bg. Nuai telah dipindahkan ke IJN menggunakan ambulan pada 11-Julai-11. Jika sekiranya tiada masalah, kemungkinan pembedahan akan dijalankan pada minggu depan, samada hari Isnin atau hari Selasa. Buat masa ini beliau ditempatkan di Wad Mawar, Tingkat 2, Katil nombor 9. Pembedahan yg akan dijalankan ini agak besar juga kerana melibatkan 3 drpd 4 injap jantungnya akan terlibat. Serangan oleh kuman tadi telah menyebabkan 2 injapnya telah rosak (Valvular Heart Disease) & perlu ditukar baru (Injap Plastik), manakala 1 injap lagi akan cuba dibaiki oleh Pakar Jantung IJN. Pembedahan ini terpaksa dilakukan secepat yg mungkin kerana kompilasi ini menyebabkan jantungnya bekerja lebih keras dari biasa. Semasa saya menemubual beliau tengahari tadi memang jelas kelihatan beliau agak sukar untuk bernafas & duduk. Beliau juga bercakap dgn nada yg agak perlahan sahaja.
Akhir sekali Bg. Nuai yg ditemani oleh Ibundanya menyampaikan salam kepada semua rakan2 Amatur yg mengenalinya & beliau berterima kasih kepada rakan2 yg telah sudi datang menziarahi beliau samada di HSA & IJN.
Marilah kita sama2 berdoa, bacaan yasin, membuat solat hajat & apa2 yg perlu bagi mendoakan keselamatan & kesihatan keatas SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH. Sebelum saya balek tadi (14.30 Hrs), ramai rakan2 yg telah datang melawat beliau (9W2RES, 9W2UHF, 9W2OOB, 9W2ZBV & 9W2JQQ. Manakala 9W2ALS & 9W2RES telah pun datang melawat sejak semalam). Sebarang perkembangan terkini akan diberitahu secepat yg mungkin.
73, 9W2JSM (J.Sham)..
Friday, July 8, 2011
Nombor Ahli & Kad Ahli ASTRA..
Kepada Ahli ASTRA & Ahli Bersekutu ASTRA Wilayah Tengah (AWT) yg telah menghantar permohonan sebelum bulan April 2011 tetapi masih belum mendapat Nombor Ahli & Kad Ahli. Anda diminta supaya dapat menghubungi mana2 AJK AWT bagi tindakan kami selanjutnya.
1. Nama Penuh, Alamat, H/Phone & Callsign.
2. Tarikh hantar Permohonan, Jumlah Bayaran & Resit Bayaran.
3. Nama AJK yg telah menerima Permohonan anda tersebut.
Sila ambil perhatian permohonan yg dihantar melalui AWT sahaja yg dapat kami ambil tindakan. Bagi permohonan yg dihantar terus atau bukan melalui AJK AWT pula, kami hanya akan kumpul rekod ini & akan memajukannya ke ASTRA Pusat.
Diharap semua ahli ASTRA dapat menyampaikan pesanan ini kepada rakan2 yg berkenaan.
Bagi melancarkan lagi pengurusan keahlian AWT & kebajikan kita semua, semua ahli AWT diminta membantu kami utk mengemaskini data keahlian anda. Kepada yg belum pernah kemaskini data, anda boleh lakukannya melalui Links:
Akhir sekali AJK AWT bermohon kepada ahli2 ASTRA supaya dapat membuat Pembaharuan Keahlian bagi kebaikan kita semua & dengan ini akan memudahkan proses pengedaran Perlembagaan ASTRA (format handbook) kepada ahli2 ASTRA oleh ASTRA Pusat tidak berapa lama lagi.
73, 9W2JSM (Penolong Setiausaha AWT).
Sunday, June 26, 2011
Ucapan Terima Kasih Mega Eyeball Terbuka 2011/1..
Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin serta limpah kurnia-Nya maka kita dapat dipertemukan pada Majlis Mega Eyeball Terbuka anjuran ASTRA Wilayah Tengah (AWT) yg telah berlangsung pada malam tadi (25-Jun-11).
AWT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 Ham yang telah berkesudian hadir & sambutan yg telah diberikan pada majlis tersebut.
AWT turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 dari 9M4CKL diwakili oleh 9W2LLH & rakan2nya, Rakan2 dari Astra Johor & Jasra diwakili oleh 9W2JJX, Rakan2 dari Nesrac diwakili oleh 9W2BDL & rakan2nya, Rakan2 Melaka diwakili oleh 9M2TRX & rakan2nya. Tidak lupa juga kepada rakan2 Cormmercial Club (SCS Communication & Event, G14, Pradas dan SD).
Akhir sekali AWT merakamkan tahniah kepada rakan2 yg telah memohon menjadi ahli & membuat memperbaharuan keahlian ASTRA serta penghargaan kepada yg telah sudi menyumbangkan Hamper/Hadiah untuk memeriahkan lagi Cabutan Bertuah.
Statistik Mega Eyeball 2011/1:
Jumlah Kehadiran = 180 orang.
Jumlah Hadiah/Hamper = 38.
Semoga kita dapat berjumpa lagi di Mega Eyeball yg akan datang.
73, 9W2JSM (J.Sham)..
AWT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 Ham yang telah berkesudian hadir & sambutan yg telah diberikan pada majlis tersebut.
AWT turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 dari 9M4CKL diwakili oleh 9W2LLH & rakan2nya, Rakan2 dari Astra Johor & Jasra diwakili oleh 9W2JJX, Rakan2 dari Nesrac diwakili oleh 9W2BDL & rakan2nya, Rakan2 Melaka diwakili oleh 9M2TRX & rakan2nya. Tidak lupa juga kepada rakan2 Cormmercial Club (SCS Communication & Event, G14, Pradas dan SD).
Akhir sekali AWT merakamkan tahniah kepada rakan2 yg telah memohon menjadi ahli & membuat memperbaharuan keahlian ASTRA serta penghargaan kepada yg telah sudi menyumbangkan Hamper/Hadiah untuk memeriahkan lagi Cabutan Bertuah.
Statistik Mega Eyeball 2011/1:
Jumlah Kehadiran = 180 orang.
Jumlah Hadiah/Hamper = 38.
Semoga kita dapat berjumpa lagi di Mega Eyeball yg akan datang.
73, 9W2JSM (J.Sham)..
Wednesday, June 22, 2011
MAJLIS MEGA EYEBALL TERBUKA ANJURAN ASTRA WILAYAH TENGAH
'Majlis Mega Eyeball Terbuka' anjuran ASTRA Wilayah Tengah (AWT) akan diadakan seperti berikut:
Tujuan: Bersuai Kenal dan Mengeratkan Lagi Hubungan Di Antara Ahli-Ahli ASTRA, Rakan-Rakan Radio Amator & SWAL (Short Wave Amateur Listener).
Tarikh: Hari Sabtu, 25-Jun-2011. Masa: 8:00 malam sehingga 12 malam.
Tempat: Perkarangan Rumah Tn. Hj. Azar & Restoran Hj Café,
Lot 7461, Kg Baru Bt. 14 Puchong. (Bandar Bukit Puchong) Selangor. (Bersebelahan ‘The Heron Condominium’)
GPS/Coordinate: N 02°59.352’ E 101° 37.613’ (Garmin)
Calling Channel: Simplex V40 = 145.500MHz. & V38 = 145.475MHz.
Penyertaan terbuka kepada semua rakan-rakan Radio Amator & SWL dengan sumbangan untuk penyertaan Seorang = RM20.00 & Keluarga = RM30.00.
Aturcara Majlis Mega Eyeball Terbuka Anjuran AWT (Tentative):
8.00 mlm : Ketibaan Peserta & Tetamu & Pendaftaran Kehadiran.
8.30 mlm : Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 mlm : Majlis dimulai dengan Bacaan Doa (Ust. Mohamed, 9W2BTK)
9.05 mlm : Ucapan Alu-Aluan Pengurus AWT (9W2XYM)
9.15 mlm : Pengenalan Barisan AJK 2011/2013 oleh Pengurus AWT
9.30 mlm : Penyampaian Sijil:
a) Peserta kelas Persediaan RAE 2011 / Bil 1 (29 Orang).
b) Penghargaan Petugas2 HAMFEST 2011 (15 Orang).
c) Penyampaian Penghargaan kepada Restoran Hj. Cafe.
: Jamuan Makan Bermula (Bufet).
10.00 mlm : Cabutan Bertuah - Pusingan 1
10.45 mlm : Bergambar Beramai-Ramai & Cabutan Bertuah - Pusingan 2
11.30 mlm : Acara Cabutan Bertuah - Pusingan 3 (Akhir)
12.00 mlm : Acara Eyeball Tamat.
73, 9W2JSM (J.Sham)..
Monday, June 20, 2011
Sunday, June 19, 2011
Eyeball Bersama Presiden ASTRA..
Jalan Ampang, Ahad 19-Jun-2011, 2.00 pm: Y.Bhg. Dato' Bahari (Presiden ASTRA 2011/2013) telah berada di Kuala Lumpur kerana mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) di Jalan Nipah Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Oleh itu kesempatan ini telah diambil oleh ASTRA Wilayah Tengah (AWT) untuk berbincangan bersama Dato' Bahari selepas mesyuarat PBSM tersebut.
Y.Bhg. Dato' Bahari telah menyampaikan salam kepada AJK AWT & semua rakan2 ASTRA di Kawasan Tengah diatas sokongan yg telah diberikan.
Beberapa perkara utama yg telah dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Status Keahlian ASTRA - Masih didalam proses kemaskini oleh ASTRA Pusat.
2. Proses Permohonan Ahli ASTRA - Berjalan seperti biasa. Beberapa perkara telah dibincangkan bagi mempermudahkan proses permohonan & pembaharuan ahli.
3. Pentadbiran - Kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia terhadap pindaan kecil perlembagaan dalam Mesyuarat Agong lalu akan diterima dalam bulan Julai ini, insyaallah.
Selain itu beberapa perkara juga telah turut disentuh bagi memantapkan lagi Pentadbiran & Operasi ASTRA seperti:
a. Perbincangan Strategik diantara ASTRA Pusat terhadap ASTRA Wilayah Utara, Timur, Tengah & Selatan oleh Pengerusi Biro Repeater, Biro ADEC, Dll.
b. Kemaskini data ahli ASTRA - akan dilakukan secara berterusan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli seperti penghantaran berita/kesedaran (awareness) terhadap sesuatu perkara.
c. Kemaskini berkenaan Repeater - ASTRA Pusat amat memerlukan beberapa info berkenaan Repeater di setiap Wilayah. Ini bagi memastikan perancangan jangka panjang akan dapat dilakukan bagi memastikan prestasi Repeater sentiasa dalam keadaan baik. ASTRA setiap Wilayah akan diminta menyiapkan laporan berkenaan Repeater di kawasan masing-masing seperti Status, Peralatan yg digunakan sekarang (handy & jenis handy, Antena, Dll), Backup/sokongan tenaga yg digunakan, Coverage/Liputan & Info-info lain seperti population & penggunaan Repeater. Dengan ini maka dapatlah ASTRA Pusat memberikan bantuan & merangka perancangan yg lebih baik lagi seperti menaikan Repeater di Negeri Sembilan serta dilokasi yg sesuai, contohnya.
d. Beberapa cadangan akan dimajukan ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dengan melalui/sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi bagi menempatkan beberapa Repeater ASTRA di Menara Telekomunikasi.
e. Memohon MCMC menganjurkan beberapa Seminar berkenaan Radio Dua Hala bersama pihak-pihak berkuasa seperti PDRM, Jabatan Kebajikan, Pertahanan Awam, Bulan Sabit, Rakan Cop, Dll bagi memantapkan lagi peranan Rakan HAM kepada masyarakat.
f. Beberapa MOU akan diadakan bersama dengan Jabatan Perpaduan (Rukun Tetangga & RELA) bagi memperkenalkan lagi kebaikan menggunakan perhubungan radio amatur serta sebagai pengendali Radio Amatur yg beretika & betul.
g. Beberapa siri lawatan ASTRA Pusat akan diadakan keseluruh Semenanjung Malaysia, bermula lawatan dari arah Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang, ke Kelantan, Terengganu, Pahang, AWT, Negeri Sembilan, Melaka & Johor.
Beberapa perkara utama yg telah dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Status Keahlian ASTRA - Masih didalam proses kemaskini oleh ASTRA Pusat.
2. Proses Permohonan Ahli ASTRA - Berjalan seperti biasa. Beberapa perkara telah dibincangkan bagi mempermudahkan proses permohonan & pembaharuan ahli.
3. Pentadbiran - Kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia terhadap pindaan kecil perlembagaan dalam Mesyuarat Agong lalu akan diterima dalam bulan Julai ini, insyaallah.
Selain itu beberapa perkara juga telah turut disentuh bagi memantapkan lagi Pentadbiran & Operasi ASTRA seperti:
a. Perbincangan Strategik diantara ASTRA Pusat terhadap ASTRA Wilayah Utara, Timur, Tengah & Selatan oleh Pengerusi Biro Repeater, Biro ADEC, Dll.
b. Kemaskini data ahli ASTRA - akan dilakukan secara berterusan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli seperti penghantaran berita/kesedaran (awareness) terhadap sesuatu perkara.
c. Kemaskini berkenaan Repeater - ASTRA Pusat amat memerlukan beberapa info berkenaan Repeater di setiap Wilayah. Ini bagi memastikan perancangan jangka panjang akan dapat dilakukan bagi memastikan prestasi Repeater sentiasa dalam keadaan baik. ASTRA setiap Wilayah akan diminta menyiapkan laporan berkenaan Repeater di kawasan masing-masing seperti Status, Peralatan yg digunakan sekarang (handy & jenis handy, Antena, Dll), Backup/sokongan tenaga yg digunakan, Coverage/Liputan & Info-info lain seperti population & penggunaan Repeater. Dengan ini maka dapatlah ASTRA Pusat memberikan bantuan & merangka perancangan yg lebih baik lagi seperti menaikan Repeater di Negeri Sembilan serta dilokasi yg sesuai, contohnya.
d. Beberapa cadangan akan dimajukan ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dengan melalui/sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi bagi menempatkan beberapa Repeater ASTRA di Menara Telekomunikasi.
e. Memohon MCMC menganjurkan beberapa Seminar berkenaan Radio Dua Hala bersama pihak-pihak berkuasa seperti PDRM, Jabatan Kebajikan, Pertahanan Awam, Bulan Sabit, Rakan Cop, Dll bagi memantapkan lagi peranan Rakan HAM kepada masyarakat.
f. Beberapa MOU akan diadakan bersama dengan Jabatan Perpaduan (Rukun Tetangga & RELA) bagi memperkenalkan lagi kebaikan menggunakan perhubungan radio amatur serta sebagai pengendali Radio Amatur yg beretika & betul.
g. Beberapa siri lawatan ASTRA Pusat akan diadakan keseluruh Semenanjung Malaysia, bermula lawatan dari arah Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang, ke Kelantan, Terengganu, Pahang, AWT, Negeri Sembilan, Melaka & Johor.
Akhir sekali Y.Bhg. Dato' Bahari berdoa semoga segala usaha kita ini diberkati Allah.
73, 9W2JSM (J.Sham)
73, 9W2JSM (J.Sham)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kod Etika Ahli Radio Amator
Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.
Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.
Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above
Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.
Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above