Sunday, June 19, 2011

Eyeball Bersama Presiden ASTRA..



Jalan Ampang, Ahad 19-Jun-2011, 2.00 pm: Y.Bhg. Dato' Bahari (Presiden ASTRA 2011/2013) telah berada di Kuala Lumpur kerana mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) di Jalan Nipah Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Oleh itu kesempatan ini telah diambil oleh ASTRA Wilayah Tengah (AWT) untuk berbincangan bersama Dato' Bahari selepas mesyuarat PBSM tersebut.
Y.Bhg. Dato' Bahari telah menyampaikan salam kepada AJK AWT & semua rakan2 ASTRA di Kawasan Tengah diatas sokongan yg telah diberikan.
Beberapa perkara utama yg telah dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Status Keahlian ASTRA - Masih didalam proses kemaskini oleh ASTRA Pusat.
2. Proses Permohonan Ahli ASTRA - Berjalan seperti biasa. Beberapa perkara telah dibincangkan bagi mempermudahkan proses permohonan & pembaharuan ahli.
3. Pentadbiran - Kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia terhadap pindaan kecil perlembagaan dalam Mesyuarat Agong lalu akan diterima dalam bulan Julai ini, insyaallah.

Selain itu beberapa perkara juga telah turut disentuh bagi memantapkan lagi Pentadbiran & Operasi ASTRA seperti:
a. Perbincangan Strategik diantara ASTRA Pusat terhadap ASTRA Wilayah Utara, Timur, Tengah & Selatan oleh Pengerusi Biro Repeater, Biro ADEC, Dll.
b. Kemaskini data ahli ASTRA - akan dilakukan secara berterusan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli seperti penghantaran berita/kesedaran (awareness) terhadap sesuatu perkara.
c. Kemaskini berkenaan Repeater - ASTRA Pusat amat memerlukan beberapa info berkenaan Repeater di setiap Wilayah. Ini bagi memastikan perancangan jangka panjang akan dapat dilakukan bagi memastikan prestasi Repeater sentiasa dalam keadaan baik. ASTRA setiap Wilayah akan diminta menyiapkan laporan berkenaan Repeater di kawasan masing-masing seperti Status, Peralatan yg digunakan sekarang (handy & jenis handy, Antena, Dll), Backup/sokongan tenaga yg digunakan, Coverage/Liputan & Info-info lain seperti population & penggunaan Repeater. Dengan ini maka dapatlah ASTRA Pusat memberikan bantuan & merangka perancangan yg lebih baik lagi seperti menaikan Repeater di Negeri Sembilan serta dilokasi yg sesuai, contohnya.
d. Beberapa cadangan akan dimajukan ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dengan melalui/sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi bagi menempatkan beberapa Repeater ASTRA di Menara Telekomunikasi.
e. Memohon MCMC menganjurkan beberapa Seminar berkenaan Radio Dua Hala bersama pihak-pihak berkuasa seperti PDRM, Jabatan Kebajikan, Pertahanan Awam, Bulan Sabit, Rakan Cop, Dll bagi memantapkan lagi peranan Rakan HAM kepada masyarakat.
f. Beberapa MOU akan diadakan bersama dengan Jabatan Perpaduan (Rukun Tetangga & RELA) bagi memperkenalkan lagi kebaikan menggunakan perhubungan radio amatur serta sebagai pengendali Radio Amatur yg beretika & betul.
g. Beberapa siri lawatan ASTRA Pusat akan diadakan keseluruh Semenanjung Malaysia, bermula lawatan dari arah Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang, ke Kelantan, Terengganu, Pahang, AWT, Negeri Sembilan, Melaka & Johor.

Akhir sekali Y.Bhg. Dato' Bahari berdoa semoga segala usaha kita ini diberkati Allah.
73, 9W2JSM (J.Sham)

No comments:

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...