Sunday, July 17, 2011

Mini Eyeball Di Puncak Ulu Kali.


17-Julai-2011: Mini Eyeball di puncak Ulu Kali bersama 9M4RBC telah pun diadakan pada hari Ahad, 17-Julai-2011. Tujuan utama diadakan adalah untuk menaikkan 2 bateri baru, membersihkan sekitar kawasan Repeater & memperbaiki pancaran 9M4RBC dengan lebih baik lagi.
Program ini bermula pukul 09.00 Hrs (berkumpul di Tol Gombak) & telah diketuai oleh Pengurus Negeri AWT, 9W2XYM (Bg. Bosa) & beberapa AJK AWT (9W2ZLZ, 9W2EDK, 9W2ZBV, 9W2SCQ) serta dibantu oleh Rakan2 HAM (9W2ZBE, 9W2EDQ).
Tahniah & Terima Kaseh terutama kepada Penolong Biro Repeater 9W2EDK (Eddie) yg merupakan 'Tungak Utama' didalam kerja2 selenggara Repeater. Tidak lupa kepada semua yg telah hadir & terlibat membantu menaikan Bateri yg beratnya 31Kg setiap satu. Serta kepada semua rakan2 di bawah yg telah membantu membuat ujian pancaran semasa Repeater 9M4RBC diselenggarakan. Eyeball tamat pada pukul 18.00 Hrs..

73, Laporan 9W2JSM (J.Sham)..

No comments:

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...