Monday, July 18, 2011

Pembedahan 9W2RLW Di Institut Jantung Negara (IJN).



18-Julai-2011, 14.40 Hrs: Syukur Alhamdulillah, seorang sahabat Amatur, 9W2RLW, SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH (Bg. Nuar / Nuai) dari Johor Bharu telah selamat menjalani pembedahan menukar & membaiki injap jantungnya di IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Menurut Jururawat di tingkat 2, IJN, pada pukul 07.30 Hrs Bg. Nuar telah dibawa ke Dewan Pembedahan (OT) & pembedahannya selesai pada pukul 13.30 Hrs.

Bg. Nuar kini berada di 'ICU A', kemungkinan beliau akan mula sedar lewat hari ini atau esok. Saya tidak sempat bertemu Ayahanda beliau semasa di Bilik Menunggu & di 'ICU A' kerana tidak mengenalinya & ramai pelawat di situ. Pihak IJN akan menerangkan situasi terkini Bg. Nuar hanya kepada keluarga / waris terdekat sahaja. Diharap Bg. Nuar akan cepat sedar & berada didalam keadaan baik. AWT mengucapkan terima kaseh kepada semua Rakan2 yg telah mendoakan keselamatan Bg. Nuar & teruskan berdoa. Tidak lupa juga ucapan terima kaseh kepada Doktor2 serta Kakitangan, IJN & Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu yg telah merawat & membedahnnya..

73, 9W2JSM (J.Sham)..

No comments:

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...