Thursday, July 14, 2011

Ziarah 9W2RLW Di Institut Jantung Negara (IJN).




14-Julai-2011, 12.00 Hrs: Seorang rakan Amatur, 9W2RLW, SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH (ahli ASTRA) dari Johor telah dimasukan ke IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, sejak 3 hari yg lalu utk menjalani pembedahan jantung. 9W2RLW yg lebih mesra dipanggil Bg. Nuar/Nuai, bekerja dengan Vendor Telekom & berasal drpd Bandar Baru Uda, Johor Baharu (JB). Beliau mempunyai XYL & seorang anak yg bersekolah darjah 6 di JB. Beliau juga merupakan Bendahari ASTRA Selatan & Biro Repeater. Beliau banyak terlibat membaik pulih Repeater di kawasan Johor termasuk untuk JASRA, ASTRA & Radio Swasta / Komersial (Pelangi & PC). Repeater Pulai (Gunung Pulai) merupakan Repeater yg akhir dibaiki olehnya (Blackout kerana disambar petir) sebelum beliau jatuh sakit.

Menurut Bg. Nuai beliau tidak mengetahui jantungnya punyai masalah, sehinggalah beliau demam pada bulan Disember tahun lalu. Menurut Doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB, punca jantungnya bermasalah adalah disebabkan jangkitan Kuman yg berpunca dari giginya. Gigi beliau yg berlubang itu telah dicabut & terpaksa menjalani rawatan Antibiotik membunuh kuman yg telah berada & merosakkan injap jantungnya. Proses ini memakan masa selama 2 (dua) bulan sebelum pembedahan dapat dijalankan.

Bg. Nuai telah dimasukkan ke HSA pada 9-Julai-11, tetapi Oleh kerana Bilik Bedah HSA ada sedikit masalah teknikal & ramai pesakit yg sedang menanti rawatan maka Bg. Nuai telah dipindahkan ke IJN menggunakan ambulan pada 11-Julai-11. Jika sekiranya tiada masalah, kemungkinan pembedahan akan dijalankan pada minggu depan, samada hari Isnin atau hari Selasa. Buat masa ini beliau ditempatkan di Wad Mawar, Tingkat 2, Katil nombor 9. Pembedahan yg akan dijalankan ini agak besar juga kerana melibatkan 3 drpd 4 injap jantungnya akan terlibat. Serangan oleh  kuman tadi telah menyebabkan 2 injapnya telah rosak (Valvular Heart Disease) & perlu ditukar baru (Injap Plastik), manakala 1 injap lagi akan cuba dibaiki oleh Pakar Jantung IJN. Pembedahan ini terpaksa dilakukan secepat yg mungkin kerana kompilasi ini menyebabkan jantungnya bekerja lebih keras dari biasa. Semasa saya menemubual beliau tengahari tadi memang jelas kelihatan beliau agak sukar untuk bernafas & duduk. Beliau juga bercakap dgn nada yg agak perlahan sahaja.

Akhir sekali Bg. Nuai yg ditemani oleh Ibundanya menyampaikan salam kepada semua rakan2 Amatur yg mengenalinya & beliau berterima kasih kepada rakan2 yg telah sudi datang menziarahi beliau samada di HSA & IJN.

Marilah kita sama2 berdoa, bacaan yasin, membuat solat hajat & apa2 yg perlu bagi mendoakan keselamatan & kesihatan keatas SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH. Sebelum saya balek tadi (14.30 Hrs), ramai rakan2 yg telah datang melawat beliau (9W2RES, 9W2UHF, 9W2OOB, 9W2ZBV & 9W2JQQ. Manakala 9W2ALS & 9W2RES telah pun datang melawat sejak semalam). Sebarang perkembangan terkini akan diberitahu secepat yg mungkin.

73, 9W2JSM (J.Sham)..

No comments:

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...