ASTRA Wilayah Tengah telah menerima jemputan bagi majlis tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah..
Majlis ini akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 14-Ramadhan-1432H bersamaan dengan 14-Ogos-2011 (Ahad).
Masa: 6.00pm hingga 10.00pm.
Tempat: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Jalan Johan Setia, Klang.
Tujuan: Program ini merupakan program Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan & Bantuan kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan oleh Para Penderma-Penderma.
Sedikit informasi Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.
Alamat: Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Jumlah Pelajar = 46 Orang (21 orang pelajar perempuan, 12 orang daripadanya masih diperingkat Sekolah Rendah & 25 orang lelaki)
Jumlah Tahfiz = 22 Orang (lelaki).
Jumlah Besar Anak-Anak Yatim = 68 Orang.
Jumlah Kakitangan (Pegawai, Warden & Pembantu) = 19 Orang.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Operasi: Tn. Hj. Mohd Jalil B Marzuki (Imam Jalil).
No. Tel: 03 - 3324 7758. FAX.: 03 - 3324 0906.
Kepada Rakan2 Amatur yg ingin memberi sumbangan derma atau turut serta memeriahkan majlis tersebut diminta menghubungi 9W2JSM, J.Sham H/P: 013-3408102 atau Biro Kebajikan 9W2HYY, Tn. Hj. Yusuf H/P: 019-3352595, sebelum pukul 6.00 petang, 13-Ogos-2011 (hari Sabtu) bagi tempahan tempat.
Akhir sekali, diharap Rakan2 dapat mengadakan beberapa lawatan ke rumah anak-anak yatim bagi memberi sebarang sumbangan dan bantuan atau sokongan moral & emosi agar mereka dapat merasai kasih sayang dari semua makhluk Allah SWT. terutamanya pada bulan Ramadhan yg mulia ini.
Raikan Ramadhan Dengan 'Meraih Butiran Pahala & Mengejar Lambaian Syurga'..
Laporan oleh 9W2JSM (J.Sham)
No comments:
Post a Comment