Monday, August 8, 2011

Tindakan Yang Perlu Diambil Apabila 'AA' Tamat Tempoh.


Penguntukan Radas / Apparatus Assignment (AA) ialah penguntukan yang dikeluarkan kepada seseorang atau syarikat yang hendak menggunakan atau menjalankan operasi peralatan tanpa wayar dalam jalur frekuensi tertentu. Terdapat 6 jenis AA iaitu:
     i.   Perkhidmatan Tetap
     ii.  Perkhidmatan Radio Penentuan
     iii. Perkhidmatan Angkasa Lepas
     iv. Perkhidmatan Amatur 
     v.  Perkhidmatan Bergerak
     vi. Perkhidmatan Penyiaran

Sila ambil perhatian, Pemegang AA yang gagal membuat permohonan semula bagi 2 tahun berturut-turut selepas 'AA'nya telah tamat tempoh, isyarat panggilan tersebut akan ditarik balik. 

Apakah yang perlu saya lakukan apabila tempoh AA saya tamat? 
Di bawah Peraturan 24 Peraturan-Peraturan (Spektrum) 2000, pemegang AA boleh, tidak kurang daripada enam puluh (60) hari sebelum tamat tempoh AA membuat permohonan baru untuk meneruskan penggunaan radas. Walaubagaimanapun, SKMM juga akan memaklumkan pemegang AA berkenaan tarikh tamat tempoh AA melalui notis ehsan kepada pemegang AA  dalam tempoh sembilan puluh (90) hari sebelum tarikh tamat AA. Pemegang AA boleh menyerahkan pembayaran mengikut notis jika tiada perubahan dibuat.

Apakah implikasi sekiranya AA telah tamat tempoh?
Sekiranya AA telah tamat tempoh dan tiada permohonan semula dibuat, penggunaan frekuensi tersebut dianggap melanggar peraturan dan pihak SKMM boleh mengambil tindakan terhadap pengguna spektrum tersebut seperti  di dalam Seksyen 157 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Apakah implikasi kepada ketidakpatuhan AA? 
Bagi sebarang ketidakpatuhan AA, SKMM berhak mengenakan hukuman kepada pengguna spektrum di bawah Seksyen 157 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Hukuman kerana melanggar seksyen tersebut ialah denda tidak melebihi daripada RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: SKMM

No comments:

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...