Thursday, August 11, 2011

'Sahur Net' Di ASTRA, 1432 Hijriah (Kali ke 10)..


Sempena bulan Ramadhan ini, pihak ASTRA telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti tahunannya iaitu 'Sahur Net'. Program ini telah menjangkau usia 10 tahun pada tahun ini, dimana program pertama 'Sahur Net' telah dijalankan pada tahun 2001 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan diantara ahli2 ASTRA. Selain kita memeriahkan jaluran di waktu Sahur & untuk menguji Pengulang (Repeater) yg akan digunakan serta meningkatkan mutu penerimaan RX & TX ke Pengulang drpd Mobile, Portable dan Base Station rakan2 semua. Secara tidak langsung dapat juga kita mengejutkan rakan2 yg sedang lena tidur untuk bangun bersahur.
Seperti suasana waktu bersahur di Kampung dahulu, ada kampung2 yg menjalankan aktiviti yg dinamakan 'Ketuk2' yg bertujuan untuk membangun / mengejutkan penduduk kampung yg lena tidur supaya bangun bersahur tetapi kita di ASTRA melakukan seperti itu juga tetapi dengan menjalankan acara 'Sahur Net'. Semoga aktiviti ini memberikan manafaat kepada kita & mendapat sambutan yg positif.

Pengawal Rangkaian (Net Controller) 'Sahur Net' akan dikendalikan oleh 9M2YRS, Pak Yob yg merupakan Pengawal Rangkaian tetap sejak 10 tahun yg lalu. Manakala waktunya akan bermula pada pukul 4.30 pagi & akan tamat apabila masuknya waktu imsak di kawasan Pengawal Rangkaian.
Insya'allah, pada tahun ini, sebelum 'Sahur Net' dimulakan, kita akan mendengar sedikit Pesanan / Tazkirah Ringkas Ramadhan dari Ustaz yg akan dijemput nanti.

Jangan ketinggalan untuk Check-in dalam program 'Sahur Net' di ASTRA (Jalur Panjang / Transnasional) pada setiap pagi dalam bulan Ramadhan ini.
Pihak Siaraya ASTRA Pusat akan memberitahu jika sekiranya berlaku sebarang perubahan program jadual tersebut.

73..
Laporan oleh 9W2JSM (J.Sham).
Pen. Setiausaha ASTRA Wilayah Tengah.

No comments:

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...