Sunday, July 24, 2011

Marhaban Ya Ramadhan 1432 Hijriah ..



Maksudnya:
Dari Abu Hurairah-radiyallahu anhu - telah berkata: Sabda Rasulullah – sallallahu alayhi wasallam - Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan (kebaikan yang banyak), yang mana Allah Azza wajalla telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibuka  pintu-pintu langit (Rahmat) , ditutup pintu-pintu Neraka Jahim, diikat pada bulan Ramadhan syaitan-syaitan yang paling jahat, dan Allah telah sediakan pada bulan itu satu malam, yang ganjaran (pahalanya) lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia diharamkan  dari segala kebaikan.
                                                                                                            [HR Al-Nasai’e]

Monday, July 18, 2011

Pembedahan 9W2RLW Di Institut Jantung Negara (IJN).



18-Julai-2011, 14.40 Hrs: Syukur Alhamdulillah, seorang sahabat Amatur, 9W2RLW, SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH (Bg. Nuar / Nuai) dari Johor Bharu telah selamat menjalani pembedahan menukar & membaiki injap jantungnya di IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Menurut Jururawat di tingkat 2, IJN, pada pukul 07.30 Hrs Bg. Nuar telah dibawa ke Dewan Pembedahan (OT) & pembedahannya selesai pada pukul 13.30 Hrs.

Bg. Nuar kini berada di 'ICU A', kemungkinan beliau akan mula sedar lewat hari ini atau esok. Saya tidak sempat bertemu Ayahanda beliau semasa di Bilik Menunggu & di 'ICU A' kerana tidak mengenalinya & ramai pelawat di situ. Pihak IJN akan menerangkan situasi terkini Bg. Nuar hanya kepada keluarga / waris terdekat sahaja. Diharap Bg. Nuar akan cepat sedar & berada didalam keadaan baik. AWT mengucapkan terima kaseh kepada semua Rakan2 yg telah mendoakan keselamatan Bg. Nuar & teruskan berdoa. Tidak lupa juga ucapan terima kaseh kepada Doktor2 serta Kakitangan, IJN & Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu yg telah merawat & membedahnnya..

73, 9W2JSM (J.Sham)..

Sunday, July 17, 2011

Mini Eyeball Di Puncak Ulu Kali.


17-Julai-2011: Mini Eyeball di puncak Ulu Kali bersama 9M4RBC telah pun diadakan pada hari Ahad, 17-Julai-2011. Tujuan utama diadakan adalah untuk menaikkan 2 bateri baru, membersihkan sekitar kawasan Repeater & memperbaiki pancaran 9M4RBC dengan lebih baik lagi.
Program ini bermula pukul 09.00 Hrs (berkumpul di Tol Gombak) & telah diketuai oleh Pengurus Negeri AWT, 9W2XYM (Bg. Bosa) & beberapa AJK AWT (9W2ZLZ, 9W2EDK, 9W2ZBV, 9W2SCQ) serta dibantu oleh Rakan2 HAM (9W2ZBE, 9W2EDQ).
Tahniah & Terima Kaseh terutama kepada Penolong Biro Repeater 9W2EDK (Eddie) yg merupakan 'Tungak Utama' didalam kerja2 selenggara Repeater. Tidak lupa kepada semua yg telah hadir & terlibat membantu menaikan Bateri yg beratnya 31Kg setiap satu. Serta kepada semua rakan2 di bawah yg telah membantu membuat ujian pancaran semasa Repeater 9M4RBC diselenggarakan. Eyeball tamat pada pukul 18.00 Hrs..

73, Laporan 9W2JSM (J.Sham)..

Thursday, July 14, 2011

Ziarah 9W2RLW Di Institut Jantung Negara (IJN).




14-Julai-2011, 12.00 Hrs: Seorang rakan Amatur, 9W2RLW, SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH (ahli ASTRA) dari Johor telah dimasukan ke IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, sejak 3 hari yg lalu utk menjalani pembedahan jantung. 9W2RLW yg lebih mesra dipanggil Bg. Nuar/Nuai, bekerja dengan Vendor Telekom & berasal drpd Bandar Baru Uda, Johor Baharu (JB). Beliau mempunyai XYL & seorang anak yg bersekolah darjah 6 di JB. Beliau juga merupakan Bendahari ASTRA Selatan & Biro Repeater. Beliau banyak terlibat membaik pulih Repeater di kawasan Johor termasuk untuk JASRA, ASTRA & Radio Swasta / Komersial (Pelangi & PC). Repeater Pulai (Gunung Pulai) merupakan Repeater yg akhir dibaiki olehnya (Blackout kerana disambar petir) sebelum beliau jatuh sakit.

Menurut Bg. Nuai beliau tidak mengetahui jantungnya punyai masalah, sehinggalah beliau demam pada bulan Disember tahun lalu. Menurut Doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) JB, punca jantungnya bermasalah adalah disebabkan jangkitan Kuman yg berpunca dari giginya. Gigi beliau yg berlubang itu telah dicabut & terpaksa menjalani rawatan Antibiotik membunuh kuman yg telah berada & merosakkan injap jantungnya. Proses ini memakan masa selama 2 (dua) bulan sebelum pembedahan dapat dijalankan.

Bg. Nuai telah dimasukkan ke HSA pada 9-Julai-11, tetapi Oleh kerana Bilik Bedah HSA ada sedikit masalah teknikal & ramai pesakit yg sedang menanti rawatan maka Bg. Nuai telah dipindahkan ke IJN menggunakan ambulan pada 11-Julai-11. Jika sekiranya tiada masalah, kemungkinan pembedahan akan dijalankan pada minggu depan, samada hari Isnin atau hari Selasa. Buat masa ini beliau ditempatkan di Wad Mawar, Tingkat 2, Katil nombor 9. Pembedahan yg akan dijalankan ini agak besar juga kerana melibatkan 3 drpd 4 injap jantungnya akan terlibat. Serangan oleh  kuman tadi telah menyebabkan 2 injapnya telah rosak (Valvular Heart Disease) & perlu ditukar baru (Injap Plastik), manakala 1 injap lagi akan cuba dibaiki oleh Pakar Jantung IJN. Pembedahan ini terpaksa dilakukan secepat yg mungkin kerana kompilasi ini menyebabkan jantungnya bekerja lebih keras dari biasa. Semasa saya menemubual beliau tengahari tadi memang jelas kelihatan beliau agak sukar untuk bernafas & duduk. Beliau juga bercakap dgn nada yg agak perlahan sahaja.

Akhir sekali Bg. Nuai yg ditemani oleh Ibundanya menyampaikan salam kepada semua rakan2 Amatur yg mengenalinya & beliau berterima kasih kepada rakan2 yg telah sudi datang menziarahi beliau samada di HSA & IJN.

Marilah kita sama2 berdoa, bacaan yasin, membuat solat hajat & apa2 yg perlu bagi mendoakan keselamatan & kesihatan keatas SYAHRUL ANUAR BIN ABU SAMAH. Sebelum saya balek tadi (14.30 Hrs), ramai rakan2 yg telah datang melawat beliau (9W2RES, 9W2UHF, 9W2OOB, 9W2ZBV & 9W2JQQ. Manakala 9W2ALS & 9W2RES telah pun datang melawat sejak semalam). Sebarang perkembangan terkini akan diberitahu secepat yg mungkin.

73, 9W2JSM (J.Sham)..

Friday, July 8, 2011

Nombor Ahli & Kad Ahli ASTRA..

Kepada Ahli ASTRA & Ahli Bersekutu ASTRA Wilayah Tengah (AWT) yg telah menghantar permohonan sebelum bulan April 2011 tetapi masih belum mendapat Nombor Ahli & Kad Ahli. Anda diminta supaya dapat menghubungi mana2 AJK AWT bagi tindakan kami selanjutnya.

Anda juga boleh membuat aduan ini melalui email (astra.tengah@gmail.com) dengan menyatakan:
1. Nama Penuh, Alamat, H/Phone & Callsign.
2. Tarikh hantar Permohonan, Jumlah Bayaran & Resit Bayaran.
3. Nama AJK yg telah menerima Permohonan anda tersebut.

Sila ambil perhatian permohonan yg dihantar melalui AWT sahaja yg dapat kami ambil tindakan. Bagi permohonan yg dihantar terus atau bukan melalui AJK AWT pula, kami hanya akan kumpul rekod ini & akan memajukannya ke ASTRA Pusat.

Diharap semua ahli ASTRA dapat menyampaikan pesanan ini kepada rakan2 yg berkenaan.
Bagi melancarkan lagi pengurusan keahlian AWT & kebajikan kita semua, semua ahli AWT diminta membantu kami utk mengemaskini data keahlian anda. Kepada yg belum pernah kemaskini data, anda boleh lakukannya melalui Links:

Akhir sekali AJK AWT bermohon kepada ahli2 ASTRA supaya dapat membuat Pembaharuan Keahlian bagi kebaikan kita semua & dengan ini akan memudahkan proses pengedaran Perlembagaan ASTRA (format handbook) kepada ahli2 ASTRA oleh ASTRA Pusat tidak berapa lama lagi.

73, 9W2JSM (Penolong Setiausaha AWT).

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...