Sunday, October 24, 2010

Vertex Standard Brings its Two-Way Radio Service to Malaysia


Vertex Standard, a Japanese company who manufacturer two-way radio and communications devices, has been around for quite some time now and yesterday, they have partner with Tele Dynamics Global Com to expand its business to our local market. Featuring very rugged two-way radios that can meet U.S. military standards, Vertex Standard’s communication devices are aimed to be used at retails, construction sites, vehicles such as taxis (using their mobile two-way radio as opposed to portables) and even hotels.

For now, they will be launching their commercial radios in Malaysia namely the VX-160, VX-231 and VX-350 which will be priced from RM600 to RM850 for one communication device. In the future – near future I hope, Vertex Standard and Tele Dynamics will be bringing in the higher range of communication devices which will be priced at around RM1,500 as well as amateur and marine two-way radio devices. The company also manufactures other radio communication devices for other use such as airband radios as well as accessories and peripherals.

http://www.vertexhouston.com

Friday, October 1, 2010

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ASTRA Wilayah Tengah

Kami dengan penuh ikhlas dan hormat menjemput semua rakan-rakan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri details seperti dibawah:

Pada : 2 Oct 2010 (Sabtu)

Masa : 08:00 malam (Hingga Selesai)
Alamat : No 28 Lrg Naluri Sukma 8/2, Bandar Puncak Alam, Selangor D.E
CQ FRQ
: 145.250 Mhz (V20) Atau 147.750 Mhz Shift - 0.600 Tone 103.5 (9M4RBC)
GPS Info : N 03° 13.675' E 101°25.542'

Turut menjemput bersama keluarga, kenalan, rakan2 radio dan swl. Semoga dapat kita semua berjumpa & eratkan lagi silaturrahim.

Map Bdr Puncak Alam



Tuesday, September 21, 2010

KELAS PERSEDIAN RAE 2010-03

Kelas RAE Kembali lagi!!!!!!!!!!!!

Kepada calun2 bakal mengambil RAE 2010-03 pada 6/10/2010 dan berminat untuk mengambil kelas persediaan/ulangkaji anjuran ASTRA WILAYAH TENGAH, sila hubungi - 9M2GTR - Faizal (012-3109869) atau 9W2AKY - Zaki (012-3353253)

Tarikh : Sabtu, 2/10/2010
Tenaga Pengajar: 9M2GTR & 9M2AGC
Tempat : Clubhouse ASTRA Wilayah Tengah
No 5A Jln. Pengeluaran U1/78
Batu 3 Light Industrial Park,
40150 Shah Alam Selangor

Yuran : RM50.00 (Duit Tabung Repeter & Alat Tulis)

Tuesday, September 7, 2010

UNDANGAN WALIMATUL URUS 9W2AKY - AHMAD ZAKI



Tarikh: Ahad, 19/9/2010
Tempat: No. 3, Lot 3153, Tmn. Seri Negeri, Jln. Senawang-Paroi,
70450 Seremban, N.Sembilan.
Contact: 012-5370509 - Hjh. Siti Aeshah (Bonda)

Marilah bersama memeriahkan majlis tersebut. Semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat. Terima kasih.

Sunday, September 5, 2010

Dukacita - Berita Kecemasan - Kemalangan Kenderaan


Dukacita dimaklumkan bahawa Pengurus ASTRA Wilayah Tengah 9W2MDY - Pak Mahadi telah terlibat dalam satu kemalangan pada lebih kurang 12:45 malam tadi di Persiaran Raja Muda, Seksyen 16, Shah Alam. Turut telibat bersama beliau ialah 9W2DNO Saudara Dino dan 9W2BGQ Saudara Zalie. Sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa cina telah terbabas semasa keluar dari persimpangan Persiaran Kemajuan lalu merempuh divider dan termasuk kejalan arah yang bertentangan. Kereta Perodua Kelisa yang dipandu oleh 9W2BGQ yang menghala ke seksyen 18, tidak sempat mengelak lalu dirempuh oleh kenderaan pacuan 4 roda tersebut.

9W2DNO dan 9W2BGQ telah menerima rawatan pesakit luar atas kecederan luka2 badan. Manakala 9W2MDY yang mengalami kecederaan yang agak teruk seperti luka2 dan kesan hentaman, dimasukan ke Wad Semi Kritikal, Unit Kecemasan Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut. Pada 4:30 pagi beliau telah di x-ray, masih berkeadaan stabil dan sedar. Adalah diharapkan tiada komplikasi lain yang belum dikesan.

Doa dari semua rakan-rakan adalah diharapkan agar semua yang terlibat selamat dan kembali pulih seperti sediakala. Harap maklum.

Untuk info terkini, sila hubungi Pen. Pengurus Negeri 9M2GTR Saudara Faizal ditalian - 0123109869 atau Biro Penerangan 9W2CYB Saudara Yusnizam ditalian - 0192451175.

Kami juga akan berusaha mengemaskini sebarang berita lanjut di blog ini dari masa kesemasa. Terima kasih.

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...