Monday, October 28, 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMATULURUS:

Assalamulailum buat semua Rakan2 Ham:

Dua (2) Jemputan ke Majlis Walimatulurus rakan Ham:

1. Jemputan dari 9W2WZQ Cik Noor Azaliati bt. Mohd Isa bersama pasangannya 9W2BHB Sdr. Badrulhisyam b. Bostaman pada :

Tarikh : 3/11/2013 (9W2WZQ)
Bertempat : No. 282 Jalan Besar Kg. Seri Gombak Indah 68100 Batu Cave Selangor

Dan 
Tarikh : 10/11/2013 (9W2BHB)
Bertempat : No.9069 Taman Jaya Padang Temu 75050 Melaka

2. Jemputan dari 9W2BMG Sdr. Megat Norazlan bersama pasangannya Cik Nani bt. Aphindy pada:

Tarikh : 3/11/2013
Bertempat : No.73 Jalan 5/12D Kg. Seri Batu, Batu 4 1/4 Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur

Diharap rakan dapatlah menghadirkan diri ke Majlis kedua2 mempelai ini bagi memeriahkan lg majlisnya. Apapun Majlis Komuniti Astra Tengah mengucapkan "Selamat Pengantin Baru dan didoakan berkekalan hingga ke Akhir Hayat"

Thursday, March 21, 2013

INFO SEMASA:


Tuan/Puan adalah dijemput hadir kemajlis Tahlil Arwah 9W2FYI (Arwah Azli Paat) pada :
Tarikh : 24/3/2013
Masa : 12.01pm ~ 6.00pm
Alamat : No. 43, Jln 8D, Desa Melor, Serendah Selangor.

Rakan2 adalah dijemput kemajlis tersebut.
Jemputan dari Adinda beliau Sdr. Azhar Paat

Harap Maklum 

Friday, January 25, 2013

TAHNIAH KEPADA RAKAN2 SWAL YANG LULUS RAE 2/2012

INFO SEMASA :
Ucapan Tahniah kepada rakan2 SWAL yg telah lulus dalam peperiksaan RAE 2/2012. Selamat datang ke dunia amateur. Gunakanlah segala pembelajaran dari segi SOP, dan sebagainya dengan baik.

Kepada yang gagal jangan berputus asa.. cuba dan terus mencuba hingga berjaya. Terimakasih juga kepada rakan2 yg hadir ke kelas persediaan RAE 2//2012 dibawah anjuran Komuniti Astra Tengah serta tenaga pengajar 9M2PRO yg banyak membantu rakan2.

Admin
INFO SEMASA:
Kepada rakan2 yang berminat untuk menyertai "ASTRA MTB OPEN CHALLENGE 2013"
bolehlah merujuk atau hubungi urustia penganjur.

Tarikh : 13hb Apr 2013
Bertempat : Sek. Sri Tasek Seberang Perai Selatan
Yuran Pendaftaraan : RM 70.00 seorang dan TERHAD KEPADA 1500 PESERTA SAHAJA
Hubungi Urusetia : 019-4405 275 utk sebarang maklumat lanjut
Web page : http://astra.org.my/mtbchallenge
Anjuran : Koperasi Astra Pulau Pinang

Sekian Harap Maklum
Admin


NOTIS MESYUARAT AGONG ASTRA KALI KE-16


NOTIS MESYUARAT AGONG ASTRA KALI KE-16
Tarikh : 23hb, Mac 2013 (SABTU)
Masa 2.00 PETANG
Tempat: KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN STADIUM INDERA MULIA, IPOH, PERAK.
Sebarang usul boleh diemelkan terus kepada admin@astra.org.my atau diposkan ke alamat 127, KM. 5, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis sebelum 10 March 2013
INFO SEMASA ASTRA :
Adalah dimaklumkan kepada warga Astra..Yuran Pembaharuaan Dan Pendaftaraan baru keahlian Astra bolehlah terus ke acc astra (maybank acc 5582 4820 4545) atau melawat laman sesawang de www.astra.org.my utk keterangan lanjut.

Setiap kemuskilan bolehlah terus emailkan dialamat admin@astra.org.my / berhubung terus dgn 9W2VDY Sdr Rudiaswady selaku Bendahari Kehormat Astra Pusat ditalian 019-4441030

Harap Maklum
9w2zbv

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR-RASUL BAGI TAHUN 1434 / 2013"

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 
WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH 

Komuniti Astra Tengah mengambil kesempatan ini mengucapkan kepada semua rakan2 Ham "SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR-RASUL BAGI TAHUN 1434 / 2013" diatas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W 

Marilah kita sama2 berselawat keatas Junjungan Besar kita (Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepada ku ) Al-Nasai & Ibnu Hibban..

Admin



Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...