Saturday, February 27, 2010

9M4RBC Dah OK!!!!!!!!!!

Pengumuman:

Atas kerjasama dan sokongan semua rakan-rakan, kita telah berjaya membaikpulih semula repeater 9M4RBC pada hari semalam 26/2/2010.

Sedikit perubahan teknikal telah dilakukan untuk memastikan pemancaran yang lebih baik.

Sila Ubah Setting Tone kepada 85.4 serta merta untuk memastikan anda boleh memancar di 9M4RBC seperti biasa. Frekuensi dan offset adalah seperti biasa.

Kami juga amat menghargai kepercayaan, sokongan dan kesabaran semua rakan2 semasa usaha membaikpulih dilakukan. Gambar2 akan di UpLoad dalam masa terdekat. Terima kasih.

" RAMAI BARU CERIA "


Tuesday, February 23, 2010

Kelas Persedian RAE 2010-01

Merujuk kepada notis terbaru SKMM, peperiksaan akan diadakan pada ,Tarikh: 14/4/2010, Masa: 2:00pm, Lokasi: Tengah & Utara. Sehubungan dengan itu, Astra Wilayah Tengah akan menganjurkan Kelas Persediaan seperti di bawah:

(1) Kelas Pertama
Tarikh: 28/03/2010 (Ahad)
Masa: 9:00am - 5:00pm
Tempat: Pusat Pendidikan JAIS, Jln. Bukit Jati, Kg. Jawa, Klang.

(2) Kelas Kedua
Tarikh: 4/04/2010 (Ahad)
Masa: 9:00am - 5:00pm
Tempat: Pusat Pendidikan JAIS, Jln. Bukit Jati, Kg. Jawa, Klang.

Tenaga Pengajar: 9M2AGC & 9M2GTR
Bayaran: RM40.00*
Lain-lain: Nota & Alatulis disediakan.

*Bayaran minima dikenakan bagi mengisi tabung repeater 9M4RBC yang semakin kempis, bayaran dewan kuliah dan nota-nota.

Untuk keterangan lanjut atau tempahan dan bayaran, sila hubungi:

9W2MSG - Pak Suhaimi - 016-3064300 / 016-3859795
9W2AKY - Abang Zaki - 012-3353253

sekian terima kasih.

de 9w2msg.

"PERSAHABATAN MELALUI UDARA"

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...