Wednesday, December 31, 2008

Palembang...9w2yr




Untuk gambar selanjutnya sila klik link ini.. (gambar sumbangan 9w2yr)
http://s204.photobucket.com/albums/bb319/9w2rie/Visit%20Palembang/

Friday, December 26, 2008

Thursday, December 4, 2008

PUSAT PEPERIKSAAN RAE 2008-2 CENTRE REGION

Maltrade Hall
Level 3, Menara Maltrade
Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
50450 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Date/Time: 17 Dec 2008 (Wednesday) at 2.00PM
Good Luck !!!

Wednesday, November 19, 2008

Program Korban Hari Raya Haji

Tarikh: 11-12-2008 bersamaan 13 Zulhijjah 1429 H (Hari keempat)

Tempat: Tanah Merah kat surau pak omar.

Hari: Khamis

Jam: 7.00pg



Di jemput rakan amator untuk majlis korban dan pengagihan daging korban. Kepada rakan yang berkemahiran dalam masakan anda adalah di jemput untuk memasak seterusnya menyediakan masakan/ hidangan pada hari tersebut.



Di samping itu juga sesiapa yang berminat untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam korban /Aqiqah boleh menghubungi 9w2mdy-pak mady dan 9w2kmt- kang mat. Harga lembu untuk di korbankan bergantung harga semasa dan fizikal lembu itu sendiri.

Semua rakan amator di jemput hadir bagi memeriahkan program korban ini sempena Hari Raya Haji.

Monday, November 10, 2008

Kod Etika Radio Amator


1. Amator Radio Berjiwa Perwira.
Secara sedar ia tidak akan menggunakan udara untuk
kesenangan peribadi sedemikian rupa sehingga
mengurangi kesenangan atau pun menyusahkan orang lain.

2. Amator Radio adalah Setia
Ia mendapat izin amator dari pemerintah kerana organisasi
nya dan akan setia dan patuh kepada negara nya dan
organisasi nya.

3. Amator Radio adalah Progresif
Ia selalu sesuaikan stesen radionya selaras dengan ilmu
pengetahuan kini. Ia membuatnya dengan baik dan efisien
dan menjaga nya dengan bersih dan teratur.


4. Amator Radio adalah Ramah Tamah
Jika diminta, ia akan menghantar berita dengan perlahan
dan sabar. Kepada yang kurang berpengalaman ia akan
memberi nasihat, bantuan dan pertimbangan secara ramah
tamah.


5. Amator Radio adalah Berjiwa Seimbang.
Radio merupakan hobinya, ia tidak akan membenarkan
hobinya mempengaruhi kewajipan nya terhadap rumah
tangga, pekerjaan, persekolahan atau masyarakat sekitar
nya.

6. Amator Radio Patriotik
Ia selalu siap sedia dengan pengetahuan dan stesen radio
untuk mengabdikan kepada negara dan masyarakat.

Friday, November 7, 2008

Amateur Radio Reunion Day (ARRD 08)

Event Name:Amateur Radio Reunion Day 2008
Event Date/Time:13 December 2008, 3:00 PM until 14 December 2008, 12:00 PM Host:9M2PD & 9W2PD
Location:Venue of the Dinner: JB Bungalow, LOT 2746, Bt 9, JLN Pantai, Port Dickson.(2.26'19.24"N - 101.51'31.59"E)

Description:Amateur Radio Reunion Day is an event planned to unite all radio amateurs in Malaysia , Mikes, Whiskeys and Short Wave Listeners , regardless of club affiliation. Furthermore, we are also celebrating 80 years of amateur radio in Malaysia. Our Senior 9M are not getting younger and we have lost a few already. This is the time for 9W and SWL to get to know them.

For info please direct to blog by click this logo







Amateur Radio Reunion Day (ARRD 08)

Saturday, October 18, 2008

Syarat Menjadi Ahli Astra.

Berumur 18 tahun ke atas. Warganegara Malaysia (lelaki dan perempuan). Orang Melayu atau Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
Jenis Keahlian, Bayaran Masuk dan Yuran Tahunan.
Ahli Biasa [Pemancar], Memiliki Lesen.
Bayaran masuk RM.20.00
Yuran tahunan RM 30.00
Ahli Biasa Seumur Hidup (Pemancar), Memiliki Lesen. * Perlu menjadi Ahli selama setahun.
Bayaran masuk RM 20.00
Yuran seumur hidup RM 250.00
Ahli Bersekutu (SWL), Tiada Lesen.
Bayaran masuk RM 20.00
Yuran tahunan RM 15.00
Tambah RM5.00 bagi mendapatkan kad keahlian ASTRA.
Permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli ASTRA.

Karnival PIBG Sek Keb Sek 6 Shah Alam



Seterusnya anda boleh melihat banyak lagi gambar di link ini.Gambar sumbangan 9W2AZX.
Click sini untuk gambar Karnival PIBG Sekolah Sek 6 Shah Alam>>>Gambar Karnival PIBG

Monday, October 13, 2008


Sumbangan 9W2MSG

Sunday, October 12, 2008

Friday, September 26, 2008

Pesanan Dan Saranan Pengurus Astra Selangor Dan Wilayah Persekutuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri



A'kum warahmatullah hiwabarakutuh,

Kepada semua warga astra tengah dan semua warga amatur muslim dan muslimat, saya sekeluarga mengambil kesempatan in utk mengucapkan selamat menyambut hari kemenangan 1 syawal 1429h.

Insyaallah tidak berapa hari lagi yang tinggal kita akan bersama-sama dengan sanak saudara di kampung akan merayakan hari raya aidil fitri, hari kemenangan setelah kita menjalani ibadah puasa selama sebulan.

Di kesempatan ini ingin saya mengingatkan diri saya sendiri dan kepada warga astra tengah semua, agar,semasa pergi dan balik ke kampung nanti, kita semua akan lebih berhemat dan lebih waspada ketika memandu dijalan raya. Pastikan keselamatan adalah menjadi objektif utama dalam pengendalian kenderaan kita ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Agar kita akan samapai ke destinasi masing-masing tanpa sebarang musibah, insyaallah.

Dan di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua warga amatur terutama warga ASTRA TENGAH, atas segala salah silap yang terjadi ketika bersama dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan "ham"
Selamat menyambut aidil fitri maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

73 de 9w2yr.

Monday, September 22, 2008

Types of Coax Cable and Line Loss Calculator









click here

Types of Coax Cable and Line Loss Calculator

Thursday, September 11, 2008

Aktiviti Bulan Puasa 2

Eyeball Moreh

Tempat: Batu Ladung, Sek 24, shah alam.
Jam:10.45pm
Hari: Jumaat malam
Tarikh: 12/9/08

Kepada rakan-rakan berdekatan dan yang berkesempatan di jemput.

Saturday, September 6, 2008

Aktiviti Bulan Puasa

Satu sumbangan/kutipan derma telah di lancarkan bagi membantu Rumah Kebajikan Anak Yatim. Rumah Anak Yatim yang terlibat ialah:-

Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Jalan Johan Setia off Jalan Langat, Kelang
Tarikh tutup: Sebelum 13/9/2008
Hari: Sabtu
Sumbangan boleh dibuat melalui AJK Astra Tengah iaitu 9W2MSG-SUHAIMI, 9W2MDY-PAK MADI, 9W2YR-PAK YOP dan 9W2BDZ- FAZLI.

Di harap rakan-rakan amator atau bukan rakan amator dapat memberi sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim ini. Semoga sumbangan anda semua di berkati Allah s.w.t

Aturcara Penyerahan

Di jemput mana-mana rakan yang berkelapangan dan berkesempatan untuk convoi bersama ke rumah anak yatim.

Tarikh: 13/9/08
Hari: Sabtu
Jam: 3.00 petang
Tempat: Sekitar Shah Alam ( Monitor Di Local Repeater 9M4RBC)
Calling Channel: V44 dan local repater 9M4RBC

Jumlah kutipan sehingga eyeball semalam berjumlah RM1328. Terima kasih kepada rakan-rakan amator dan jugak orang perseorangan yang memberi bantuan untuk anak-anak yatim ini. Semoga Allah swt dapat membalasnya

Bantuan ini akan di salurkan terus ke
Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Jalan Johan Setia off Jalan Langat, Kelang

Untuk maklumat lanjut anda boleh menhubungi
9W2MSG-SUHAIMI, 9W2GTR- FAIZAL, 9W2MDY-PAK MADI, 9W2YR-PAK YOP dan 9W2BDZ- FAZLI untuk aturcara penyerahan kutipan derma ini.

Thursday, September 4, 2008

Anda Berminat Dalam Electronic Circuit boleh mencuba website ini












Click here




DiscoverCircuits.com, has 27,000+ electronic circuits. The electronic schematics
are carefully cross-referenced into 500+ categories. As a vital resource for engineers, hobbyists, inventors & consultants, the site's collection of information will help you find quick design ideas to electronic design problems.


Bagi mereka yang berminat dalam electronic circuit boleh mencuba macam-macam electronik circuit dalam website ini. Semoga memberi faedah kepada anda semua. Selamat Mencuba !!!!!

Wednesday, August 27, 2008

Gambar Program Lawatan ORARI- ASTRA

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Seterusnya anda boleh melihat banyak lagi gambar di link ini.
Click sini untuk gambar Lawatan ORARI- AsTRA Sumbangan 9w2kmt>>>Gambar Lawatan ORARI- AsTRA

Persedian Puasa



Thursday, July 10, 2008

CARA MENCARI FREKUENSI SIMPLEX (V-CHANNEL)

1. V16 SEHINGGA V47
Simplex V16 sehingga V47 menggunakan 145MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Oleh itu kita hanya perlu mencari MHz selepas titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel.

Contoh 1:
V16 12.5 x 16 = 200
Oleh itu Frekuensi V16 ialah 145.2000

Contoh 2:
V2712.5 x 27 = 337.5
Oleh itu Frekuensi V27 ialah 145.33752.

2. V48 SEHINGGA V63
Simplex V48 sehingga V63 menggunakan 146MHz sebelum titik perpuluhan (Desimel).
Formulanya 12.5 DARAB dengan V Channel TOLAK 200

Contoh 1:
V50 12.5 x 50 = 625 TOLAK 200 = 425
Oleh itu Frekuensi V50 ialah 146.4250

Contoh 2:
V63 12.5 x 63 = 787.5 TOLAK 200 = 587.5
Oleh itu Frekuensi V63 ialah 146.5875

Nota:Oleh kerana selepas titik perpuluhan (Desimel) ada 4 nomber maka jika 3 nomber, ditambah dengan 0 sahaja untuk mencukupkan 4 nomber.
Sumbangan 9W2SMH

Tuesday, July 8, 2008

Gambar Mega Eyeball Morib







Seterusnya anda boleh melihat banyak lagi gambar di link ini. Sumbangan 9w2yyb.

Click sini untuk gambar Morib Mega Eyeball
Gambar Morib Sumbangan 9W2YYB

Monday, July 7, 2008

Sihat Selalu. Jom gi kayuh basikal bersama 9w2yr...

Kayuhan dari gombak ke rnr genting sempah pada 28 jun.











Friday, June 6, 2008

Antenna Yang Mudah Di Buat Yagi Antenna Daripada Measuring Tape



Rakan-rakan yang berminat boleh teruskan untuk membuat antenna sendiri. Antenna ini kebanyakannya menggunakan barang-barang terpakai. Selamat Berjaya !!!!!



Untuk memudahkan anda semua. Anda boleh lawat website di bawah untuk membuat antenna yagi ni:-

Click here to make the simple antennaSimple Yagi Antenna!

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...