Thursday, November 26, 2009

Ibadah Qurban ASTRA Selangor & Kuala Lumpur 2009 (1430H)




Ibadah Qurban akan diadakan pada 28 Nov 2009. Bermula pada jam 8.00 pagi. Bertempat di Tapak Masjid Baru Kampong Jawa. Lokasi berhampiran Syikin Restoran/Tom Yam, Jalan Sungai Jati menghala ke Andalas, sekiranya dari arah lampu isyarat Masjid Tok Dagang, Kg. Jawa.

Kepada saudara-saudara yang mengambil bahagian diucapkan jazakallhu Khairan Kthira.

Semua rakan-rakan amatur dijemput hadir bersama-sama menyaksikan pelaksanaan ibadah qurban. Mudahmudahan di berkati Allah. Amin

Biro Penerangan ASTRA Selangor & Kuala Lumpur

Wednesday, November 25, 2009

Seminar RAE 2-2009 anjuran MCMC

Kepada semua SWL yang ingin mengambil peperiksaan pada 16/12/2009, anda
digalakkan hadir ke Seminar Persediaan RAE yang dianjurkan oleh pihak MCMC
bagi mendapatkan tip-tip menjawab peperiksaan dan maklumat terkini berhubung
MCMC.

Anda boleh mendaftar terus ke pejabat MCMC Selangor di Shah Alam atau dengan
menghantar fax atau email seperti di bawah.

Pada waktu ini masih banyak kekosongan dan tempat adalah terhad. Penyertaan adalah
percuma. Sila hantar Nama, No Kad Pengenalan dan no telefon untuk
pendaftaran kepada

Fax : 03-5518 7710
Email : hasniza@cmc.gov.my

Butir-Butir Seminar adalah seperti berikut :-

Tarikh : 10hb. Disember 2009 (Khamis)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Paradise Valley Golf Resort
Persiaran Seremban Tiga 2, Seremban 3

Sekian. Terima kasih

Biro Penerangan ASTRA Selangor & Kuala Lumpur

Tuesday, November 3, 2009

PARTI ANTENNA

TARIKH : 08/11/2009
MASA : 10.00 AM
LOKASI : TANAMERA SUNGAI BULOH, SELANGOR
KOORDINAT : N 03 13.289 E101 29.732
CALLING CHANNEL : V44 (145.550MHz)
PERSON IN-CHARGE : 9W2MDY MAHADI MD DESA (012-398 2577)



Ingin belajar membuat ‘homebrew’ antenna dengan tunjuk ajar rakan-rakan yang berpengalaman?
Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Peralatan untuk pembuatan antenna hendaklah dibawa sendiri oleh para peserta. Pihak penganjur hanya menyediakan bengkel, khidmat nasihat & teknikal.
Bagi rakan-rakan yang tidak berminat untuk membuat antenna, anda juga dijemput hadir bagi sesi eyeball atau pun paintball! Jumpa di sana!

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...