Thursday, January 8, 2009

4x4 SUNGAI KERLING ASTRA TENGAH









ASTRA TENGAH MENGADAKAN AKTIVITI 4X4


Perhatian kepada semua yang terlibat dalam aktivitu 4x4 anjuran Astra-Tengah. Tarikh untuk aktiviti ini telah di tunda. Ini di sebabkan lokasi tersebut telah penuh aktiviti daripada rakan2 yang lain. Selain tu faktor lokasi tersebut sedang dalam pembinaan dan sedang giat di jalankan.

Mana2 rakan yang telah membuat bayaran di minta memberi No Akaun masing2 untuk pembayaran semula. Sila beri info ni kepada rakan2 anda yang terlibat.

Pihak astra-tengah memohon maaf atas penundaan tarikh ini. Segala kesulitan adalah amat dikesali.

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi 9w2bct-aswadi atau mana2 ajk astra-tengah.

TARIKH DITUNDA: 14-2-09 hingga 15-02-09

HARI : Sabtu dan Ahad

TEMPAT: Lokasi Sungai Kerling, Kuala Kubu Baru, Selangor

BAYARAN: Individu- RM40 dan Family- RM50

Anda Berminat!!!! Di jemput rakan-rakan 4x4, rakan-rakan amator ataupun siapa saja untuk menyertai aktiviti 4x4 anjuran Astra Tengah ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 9W2BCT-ASWADI (016-3111528).

Saturday, January 3, 2009

CAMPING & DX-ING AT ULU KALI

TARIKH:- 17/1/2009 - 18/1/2009

MASA BERTOLAK:- Jam 8 pagi pada 17/1/2009

TEMPAT BERKUMPUL:- Mobil Kg. Subang

BAYARAN:- RM10/ head

KOORDINAT:- N 03° 09' 33.0" E 101° 31' 48.5"

*Kepada yang ingin terus ke lokasi, berkumpul di Ulu Kali pada jam 10.30 pagi..

Para peserta diminta membawa peralatan camping masing-masing (khemah, sleeping bag, dan sebagainya..)

Semua warga Radio Amatur dijemput hadir untuk memeriahkan lagi aktiviti ini..

Kepada yang berminat, sila hubungi 9W2EEE - 019-3400004, 9W2CYN - 016-2058670. Tarikh akhir pendaftaran ialah pada 11/1/2009..

Wednesday, December 31, 2008

Palembang...9w2yr




Untuk gambar selanjutnya sila klik link ini.. (gambar sumbangan 9w2yr)
http://s204.photobucket.com/albums/bb319/9w2rie/Visit%20Palembang/

Friday, December 26, 2008

Thursday, December 4, 2008

PUSAT PEPERIKSAAN RAE 2008-2 CENTRE REGION

Maltrade Hall
Level 3, Menara Maltrade
Jalan Khidmat Usaha Off Jalan Duta
50450 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan

Date/Time: 17 Dec 2008 (Wednesday) at 2.00PM
Good Luck !!!

Wednesday, November 19, 2008

Program Korban Hari Raya Haji

Tarikh: 11-12-2008 bersamaan 13 Zulhijjah 1429 H (Hari keempat)

Tempat: Tanah Merah kat surau pak omar.

Hari: Khamis

Jam: 7.00pg



Di jemput rakan amator untuk majlis korban dan pengagihan daging korban. Kepada rakan yang berkemahiran dalam masakan anda adalah di jemput untuk memasak seterusnya menyediakan masakan/ hidangan pada hari tersebut.



Di samping itu juga sesiapa yang berminat untuk menyertai atau mengambil bahagian dalam korban /Aqiqah boleh menghubungi 9w2mdy-pak mady dan 9w2kmt- kang mat. Harga lembu untuk di korbankan bergantung harga semasa dan fizikal lembu itu sendiri.

Semua rakan amator di jemput hadir bagi memeriahkan program korban ini sempena Hari Raya Haji.

Monday, November 10, 2008

Kod Etika Radio Amator


1. Amator Radio Berjiwa Perwira.
Secara sedar ia tidak akan menggunakan udara untuk
kesenangan peribadi sedemikian rupa sehingga
mengurangi kesenangan atau pun menyusahkan orang lain.

2. Amator Radio adalah Setia
Ia mendapat izin amator dari pemerintah kerana organisasi
nya dan akan setia dan patuh kepada negara nya dan
organisasi nya.

3. Amator Radio adalah Progresif
Ia selalu sesuaikan stesen radionya selaras dengan ilmu
pengetahuan kini. Ia membuatnya dengan baik dan efisien
dan menjaga nya dengan bersih dan teratur.


4. Amator Radio adalah Ramah Tamah
Jika diminta, ia akan menghantar berita dengan perlahan
dan sabar. Kepada yang kurang berpengalaman ia akan
memberi nasihat, bantuan dan pertimbangan secara ramah
tamah.


5. Amator Radio adalah Berjiwa Seimbang.
Radio merupakan hobinya, ia tidak akan membenarkan
hobinya mempengaruhi kewajipan nya terhadap rumah
tangga, pekerjaan, persekolahan atau masyarakat sekitar
nya.

6. Amator Radio Patriotik
Ia selalu siap sedia dengan pengetahuan dan stesen radio
untuk mengabdikan kepada negara dan masyarakat.

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...