Monday, May 16, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH

Eyeball Bersama Rakan Orari Di Tasik Titiwangsa (15-Mei-2011, 10pm)

9W2DJM (Pak Din) & 9W2JSM (Jsham)

Kunjungan Rakan Orari

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,
ASTRA Wilayah Tengah (AWT) ingin mengungkapkan rasa syukur ke hadirat Allah SWT, dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas segala sambutan dan sokongan yang telah diberikan oleh ahli-ahli ASTRA semua sempena HAMFEST 2011 yang telah diadakan di Menara KL pada 14&15-Mei-2011 yang lalu.

Ada yg datang dari jauh semata2 untuk bersalaman dengan rakan2 semua demi mengeratkan lagi Ukhwah sesama kita.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan disekitar tapak Festival. Antara yg telah dapat dijalankan yang melibatkan AWT adalah Kelas RAE, DXing, Fox Hunting, 2M Net Special Event, Mega Eyeball, Semakan Keahlian ASTRA, Kemaskini Data Keahlian AWT, Pengambilan Kad Ahli yg telah siap, Pesanan Baju Rasmi AWT, Survey Tentang Khairat Kematian untuk AWT, Menerima Aduan / Cadangan Ahli ASTRA.
Kepada yang tidak berkesempatan menghadirkan diri diharap dapat bersabar & semoga kita dapat berjumpa lagi di majlis Mega Eyeball yang lain pula.

ASTRA Wilayah Tengah (AWT) mewakili ASTRA Pusat merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur HAMFEST 2011, JASRA, KRAMAT, MARES, MARTS dan PEMANCAR kerana membantu kami yang buat pertama kali membuka meja di HAMFEST Malaysia.

Tidak lupa juga penghargaan kepada 9M2GTR, abg Faizal & 9M2AGC, abg Azlan diatas bantuan & tunjuk ajar yang telah diberikan semasa membimbing Kelas RAE yang telah dihadiri seramai 29 orang Peserta yang bakal menduduki RAE pada bulan Jun nanti.

AWT turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jawatankuasa AWT, Ahli ASTRA, 9W2JJX (Pengawal Rangkaian, 2M Net), 9W2FYI, 9W2BHL, 9W2CEH, 9W2ZZV, 9W2YUP, 9W2ROB, 9W2INS, 9W2BMY,9W2BIZ & SWLYusri yg telah turut sama memberikan bantuan & kerjasama.

Semoga jasa baik anda semua dibalas Allah dengan keberkatan.

Wassalam..

Thursday, May 12, 2011

Mesyuarat Persiapan Terakhir HAMFEST 2011..

Mesyuarat Persiapan Terakhir HAMFEST 2011 telah diadakan di Felda Jalan Semarak, 11-Mei-2011, 9.00pm.. Antara yang telah dibincangkan:

i. Class RAE akan diadakan untuk mengisi tabung ASTRA Wilayah Tengah. Sambutan amat mengalakan.
ii. DXING 80meter & 40meter - pasti akan diadakan.
iii. Beberapa persiapan tentang ASTRA (Flyer, Borang Aduan/Cadangan, Kad Ahli yg telah siap, Borang Tempahan Baju Rasmi ASTRA Wilayah Tengah, Borang Survey tentang Khairat Kematian Berkelompok untuk Ahli ASTRA Wilayah Tengah).
iv. Komunikasi Pandu Arah ke Tapak HAMFEST menggunakan Simplex V44 = 145.550MHz.
v. Hanya tapak Perkhemahan sahaja tidak dapat disediakan kerana ruangan perkhemahan telah penuh. Group
ORARI seramai 30 orang kemungkinan akan menginap di sekitar hotel di Brickfield. Manakala rakan2 dari Brunei & Thailand akan tinggal di sekitar Kuala Lumpur.

Wednesday, May 11, 2011

Jawatankuasa ASTRA Wilayah Tengah Menziarahi Rakan Amator..



Pada 10-Mei-2011: Syukur.. Jawatankuasa ASTRA Wilayah Tengah & beberapa rakan Amator (10 orang) telah menziarahi 9W2WKN, Cikgu Ismail. Kegembiraan terpancar diraut wajahnya semasa menerima kunjungan kami biar pun dalam masa yg sama beliau terpaksa menahan sakit belakang dll. Semoga beliau cepat sembuh..
Terima kasih kepada Group Eyeball Simpang Semarak yang telah membuat sumbangan derma yg telah disampaikan oleh Pengurus Negeri ASTRA Wilayah Tengah..

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa ASTRA Wilayah Tengah 2011/2012

Mesyuarat Pertama telah diadakan:
Tarikh : 27-April-2011 (Hari Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Balai Masyarakat BK2, Jalan 2/10, Bandar Kinrara, Puchong.
(Bersebelahan Sek. Ren. Seksyen 1, Bandar Kinrara)
GPS / Coordinate: N 3º 3.130’ E 101º 38.639’ (Garmin)
Pengerusi: En. Mohd Yunus bin Abdul Malek, 9W2XYM (Pengurus Negeri)

Wednesday, April 27, 2011

Senarai EXCO & AJK ASTRA Wilayah Tengah Tahun 2011-2012

Antara Barisan EXCO & AJK ASTRA Wilayah Tengah

Penasihat :
9M2YRS, En. Abd. Rashid bin Ahmad Sidek.

Pengurus Negeri : 9W2XYM, En. Mohd Yunus bin Abdul Malek.
Naib Pengurus : 9M2YRS, En. Abd. Rashid bin Ahmad Sidek.
Setiausaha : 9W2ZLZ, En. Zulkarnain bin Ahmad.
Penolong Setiausaha : 9W2JSM, En. Noor Risham bin Md. Arus.
Bendahari : 9W2MHC, En. Mahadzer bin Harun.
Biro Repeater : 9M2AGC, En. Ahmad Azlan bin Ab Aziz.
Penolong Biro Repeater : 9W2EDK, En. Junaidi bin Jabidin.
Biro Peperiksaan & Perlesenan : 9W2LST, Noor Azli bin Yahaya@Zakaria.
Biro Kebajikan : 9W2HYY, Tn. Hj. Mohamad Yusuff bin Wahid.
Biro Siaraya : 9W2ZBV, En. Zamri bin Aziz.
Biro Wanita : 9W2SCQ, Pn. Zarina bte Ibrahim.
Biro ADEC : 9M2GTR, En. Mohd Faizal bin Hamzah.
Biro Aset : 9W2BMX, En.Yon Nor Azman bin Bidin.
Pemeriksa Kira-Kira : 9W2OOS, En. Sallehudin bin Hashim.
Pemeriksa Kira-Kira : 9W2JQQ, En. Mohd Razif bin Husaini.

Friday, April 15, 2011

MUZAKARAH ASTRA WILAYAH TENGAH 23 April 2011

Peta Lokasi muzakarah

Adalah dimaklumkan dan dijemput semua ahli-ahli, bukan ahli dan peminat radio amatur untuk bersama-sama bermuzakarah, bermesyuawarah, berbincang, eyeball ke:


MUZAKARAH ASTRA WILAYAH TENGAH
Tarikh: Sabtu, 23hb April 2011
Masa: 2:00 petang
Lokasi: Dewan Orang Ramai Taman Makmur Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur
Koordinat GPS: N 3' 5' 20.1" E 101' 43' 28.1"


Aturcara:
1,30pm - 2.00pm - Pendaftaran
2.00pm - 4.00pm - Muzakarah/Mesyuarat/Perbincangan
4.00pm - ke atas - Eyeball & Acara bebas

* Pendaftaran keahlian ASTRA dibuka pada hari tersebut. Sila download borang keahlian di Website ASTRA atau blogspot Astra Tengah.

b/p: 9M2YRS Pak Yop

Tuesday, March 29, 2011

Mesyuarat Agung ASTRA Kali ke-14

Tarikh : 16 April 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis


Agenda:

1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Melantik 2 Pencatit Minit Mesyuarat
3. Ucapan Presiden ASTRA
4. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-13 2010
5. Pengesahan Laporan Kewangan 2010
6. Membahas usul (memanjangkan semula usul pindaan keahlian)
7. Membahas usul (jika ada)
8. Pembubaran Jawatankuasa 2010/2011 & perlantikan Jawatankuasa 2011/2012

Sebarang usul boleh diemelkan terus kepada setiausaha.astra@gmail.com

Sekian dimaklumkan. Terima kasih

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...