Monday, May 17, 2010

17 May - World Telecommunication and Information Society Day

The purpose of World Telecommunication and Information Society Day (WTISD) is to help raise awareness of the possibilities that the use of the Internet and other information and communication technologies (ICT) can bring to societies and economies, as well as of ways to bridge the digital divide.

17 May marks the anniversary of the signing of the first International Telegraph Convention and the creation of the International Telecommunication Union.

http://www.itu.int/wtisd/

Thursday, May 13, 2010

13/5/2010 - PERUBAHAN terhadap Frekuensi 9M4RBC


EDITED
Buat sementara waktu, setting terhadap frekuensi 9M4RBC akan dikekalkan seperti berikut:

Frekuensi Baru: 147.750mhz
Offset: -0.600
Tone: 85.4
Tarikh kuatkuasa: 16/5/2010 , 6:00pm, sehingga diberitahu kelak


Harap maklum....

13/5/2010 - Pameran Radio Amatur Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14-16 Mei 2010



Sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14, 15 dan 16 Mei 2010, ASTRA TENGAH akan mengadakan Pameran Radio Amatur bersama Bulan Sabit Malaysia dan RakanCop seperti berikut:

Tarikh: 14 - 16/5/2010
Masa: 10am - 10pm
Lokasi: Putrajaya (sila rujuk ke link KBS - www.kbs.gov.my )
Koordinator: 9W2OOS - 0163188393
Calling Freq: V40

Dengan itu adalah diharapkan rakan-rakan dapat memberi sumbangan dari segi material, masa dan tenaga untuk menjayakan program di atas.
Material - Bahan Pameran - Alat2an seperti kerusi/meja, Gambar, pamplet, reading material..
Tenaga/Masa - Untuk menjaga booth mengikut giliran.

Jika berminat, sila hubungi terus kepada Koordinator Pak Sallehuddin seperti nombor di atas.

"SETIA BERSAMA ASTRA"

12/5/2010 - Program Camping & DXing Santai di Puncak dan Penambahbaikan Repeter 9M4RBC



Adalah dimaklumkan bahawa Astra Tengah menganjurkan satu perkhemahan & dxing bercorak santai di puncak gunung ulu kali seperti berikut:

Hari: Sabtu 15/5/2010
RV Point: Berkumpul di Petronas Tol Gombak pada 4:00pm.
Contact: 9W2VOL - 0123160537.
MOnitoring Freq: monitor/cq di V44, V20 atau 9M4RBC.
Camping mode: Santai sambil DXing
Kelengkapan: Sendiri - Pakaian Sejuk, Khemah, Tempat tidur, Dapur dsb.
Ration: Sendiri - Sila bawa makanan sendiri - Penderma dialu-alukan....

Sempena dengan program ini, ASTRA TENGAH juga akan membuat kerja-kerja penambahbaikan terhadap repeter 9M4RBC pada 16/5/2010. Kepada yang berminat diharap dapat berkumpul ditapak perkhemahan diatas seperti masa di bawah:
Hari: Ahad 16/5/2010
RV Point: Tapak Perkhemahan Puncak Ulu Kali, 9:00am
Contact: 9W2EEE - 0193400004.
Call/Monitor Freq: monitor/cq di V44, V20 atau 9M4RBC.
Kelengkapan: Sila bawa peralatan/tools yang bersesuaian dengan kerja2 penyelenggaraan repeter


Ceria bersama ASTRA

Monday, May 10, 2010

10/5/2010 - Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat buat 9W2KMT

Astra Tengah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat buat 9W2KMT - Kang Mat (http://9w2kmt.blogspot.com/)yang sedang terlantar sakit tenat di Wad ICU, Hosp. Tunku Ampuan Rahimah, Klang seperti dibawah:

Tarikh: 10/5/2010
Tempat: Residen Pengurus Negeri 9W2MDY - Pak Mahadi
No10 jalan petola3,24/8c
40300,shah alam ,selangor
Latitude: 3.040862 (3° 2' 27'' N)
Longitude:101.516740 (101° 31' 0'' E)
Masa: 8:30pm (selepas Isya')

Semua rakan2 amatur, SWL dan orang perseorangan dijemput hadir bersama untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau dan keluarga. Terima kasih. Wassalam...

UPDATE:

Alhamdulillah majlis telah selamat dijalankan. Seramai lebih 30 station amatur & SWL telah bersama-sama menjayakannya. Sempena majlis tersebut, telah dilancarkan juga Kutipan Derma Kilat bagi membantu meringankan bebanan keluarga KangMat(9W2KMT) dan telah berjaya mengumpul sebanyak RM230.00 yang akan disampaikan terus pada keesokkan harinya. Semua juga berterima kasih kepada tuan rumah Tuan Pengurus Negeri Pak Mahadi(9W2MDY)dan keluarga yang telah bersusahpayah menyediakan jamuan walaupun dalam masa yang singkat. "Terima Kasih Daun Keladi, Pak Madi.. Lain Kali Nak Lagi"...

Juga majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang menjayakan program tersebut. Sekian.

"DARI AMATUR UNTUK AMATUR, BERSAHABAT MELALUI UDARA"

9/5/2010 - Barisan Kepimpinan Baru

Wednesday, May 5, 2010

Jualan Limited Edition Sticker 9M4RBC oleh Astra Tengah



Tujuan: Mengutip dana bagi tujuan maintenance repeter 9M4RBC
Jumlah: 24 set sahaja (LIMITED EDITION)
Harga: Rm5.00 sahaja / set
Sila hubungi: 9W2RES - Pak Tam (0132250423), 9W2MSG - Mie (0163064300)

DAPATKAN SEGERA SEBELUM KEHABISAN STOK......

SAYANGI LAH 9M4RBC ANDA ....................

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...