Sunday, June 26, 2011

Ucapan Terima Kasih Mega Eyeball Terbuka 2011/1..


Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin serta limpah kurnia-Nya maka kita dapat dipertemukan pada Majlis Mega Eyeball Terbuka anjuran ASTRA Wilayah Tengah (AWT) yg telah berlangsung pada malam tadi (25-Jun-11).

AWT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 Ham yang telah berkesudian hadir & sambutan yg telah diberikan pada majlis tersebut.
AWT turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 dari 9M4CKL diwakili oleh 9W2LLH & rakan2nya, Rakan2 dari Astra Johor & Jasra diwakili oleh 9W2JJX, Rakan2 dari Nesrac diwakili oleh 9W2BDL & rakan2nya, Rakan2 Melaka diwakili oleh 9M2TRX & rakan2nya. Tidak lupa juga kepada rakan2 Cormmercial Club (SCS Communication & Event, G14, Pradas dan SD).

Akhir sekali AWT merakamkan tahniah kepada rakan2 yg telah memohon menjadi ahli & membuat memperbaharuan keahlian ASTRA serta penghargaan kepada yg telah sudi menyumbangkan Hamper/Hadiah untuk memeriahkan lagi Cabutan Bertuah.
Statistik Mega Eyeball 2011/1:
Jumlah Kehadiran = 180 orang.
Jumlah Hadiah/Hamper = 38.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di Mega Eyeball yg akan datang.
73, 9W2JSM (J.Sham)..

Wednesday, June 22, 2011

MAJLIS MEGA EYEBALL TERBUKA ANJURAN ASTRA WILAYAH TENGAH


'Majlis Mega Eyeball Terbuka' anjuran ASTRA Wilayah Tengah (AWT) akan diadakan seperti berikut:
Tujuan: Bersuai Kenal dan Mengeratkan Lagi Hubungan Di Antara Ahli-Ahli ASTRA, Rakan-Rakan Radio Amator & SWAL (Short Wave Amateur Listener).

Tarikh: Hari Sabtu, 25-Jun-2011. Masa: 8:00 malam sehingga 12 malam.
Tempat: Perkarangan Rumah Tn. Hj. Azar & Restoran Hj Café,
Lot 7461, Kg Baru Bt. 14 Puchong. (Bandar Bukit Puchong) Selangor. (Bersebelahan ‘The Heron Condominium’)
GPS/Coordinate: N 02°59.352’ E 101° 37.613’ (Garmin)
Calling Channel: Simplex V40 = 145.500MHz. & V38 = 145.475MHz.

Penyertaan terbuka kepada semua rakan-rakan Radio Amator & SWL dengan sumbangan untuk penyertaan Seorang = RM20.00 & Keluarga = RM30.00.

Aturcara Majlis Mega Eyeball Terbuka Anjuran AWT (Tentative):
8.00 mlm : Ketibaan Peserta & Tetamu & Pendaftaran Kehadiran.
8.30 mlm : Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 mlm : Majlis dimulai dengan Bacaan Doa (Ust. Mohamed, 9W2BTK)
9.05 mlm : Ucapan Alu-Aluan Pengurus AWT (9W2XYM)
9.15 mlm : Pengenalan Barisan AJK 2011/2013 oleh Pengurus AWT
9.30 mlm : Penyampaian Sijil:
a) Peserta kelas Persediaan RAE 2011 / Bil 1 (29 Orang).
b) Penghargaan Petugas2 HAMFEST 2011 (15 Orang).
c) Penyampaian Penghargaan kepada Restoran Hj. Cafe.
: Jamuan Makan Bermula (Bufet).
10.00 mlm : Cabutan Bertuah - Pusingan 1
10.45 mlm : Bergambar Beramai-Ramai & Cabutan Bertuah - Pusingan 2
11.30 mlm : Acara Cabutan Bertuah - Pusingan 3 (Akhir)
12.00 mlm : Acara Eyeball Tamat.

73, 9W2JSM (J.Sham)..

Sunday, June 19, 2011

Eyeball Bersama Presiden ASTRA..



Jalan Ampang, Ahad 19-Jun-2011, 2.00 pm: Y.Bhg. Dato' Bahari (Presiden ASTRA 2011/2013) telah berada di Kuala Lumpur kerana mesyuarat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) di Jalan Nipah Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Oleh itu kesempatan ini telah diambil oleh ASTRA Wilayah Tengah (AWT) untuk berbincangan bersama Dato' Bahari selepas mesyuarat PBSM tersebut.
Y.Bhg. Dato' Bahari telah menyampaikan salam kepada AJK AWT & semua rakan2 ASTRA di Kawasan Tengah diatas sokongan yg telah diberikan.
Beberapa perkara utama yg telah dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Status Keahlian ASTRA - Masih didalam proses kemaskini oleh ASTRA Pusat.
2. Proses Permohonan Ahli ASTRA - Berjalan seperti biasa. Beberapa perkara telah dibincangkan bagi mempermudahkan proses permohonan & pembaharuan ahli.
3. Pentadbiran - Kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia terhadap pindaan kecil perlembagaan dalam Mesyuarat Agong lalu akan diterima dalam bulan Julai ini, insyaallah.

Selain itu beberapa perkara juga telah turut disentuh bagi memantapkan lagi Pentadbiran & Operasi ASTRA seperti:
a. Perbincangan Strategik diantara ASTRA Pusat terhadap ASTRA Wilayah Utara, Timur, Tengah & Selatan oleh Pengerusi Biro Repeater, Biro ADEC, Dll.
b. Kemaskini data ahli ASTRA - akan dilakukan secara berterusan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli seperti penghantaran berita/kesedaran (awareness) terhadap sesuatu perkara.
c. Kemaskini berkenaan Repeater - ASTRA Pusat amat memerlukan beberapa info berkenaan Repeater di setiap Wilayah. Ini bagi memastikan perancangan jangka panjang akan dapat dilakukan bagi memastikan prestasi Repeater sentiasa dalam keadaan baik. ASTRA setiap Wilayah akan diminta menyiapkan laporan berkenaan Repeater di kawasan masing-masing seperti Status, Peralatan yg digunakan sekarang (handy & jenis handy, Antena, Dll), Backup/sokongan tenaga yg digunakan, Coverage/Liputan & Info-info lain seperti population & penggunaan Repeater. Dengan ini maka dapatlah ASTRA Pusat memberikan bantuan & merangka perancangan yg lebih baik lagi seperti menaikan Repeater di Negeri Sembilan serta dilokasi yg sesuai, contohnya.
d. Beberapa cadangan akan dimajukan ke Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) dengan melalui/sokongan Kementerian Penerangan Komunikasi bagi menempatkan beberapa Repeater ASTRA di Menara Telekomunikasi.
e. Memohon MCMC menganjurkan beberapa Seminar berkenaan Radio Dua Hala bersama pihak-pihak berkuasa seperti PDRM, Jabatan Kebajikan, Pertahanan Awam, Bulan Sabit, Rakan Cop, Dll bagi memantapkan lagi peranan Rakan HAM kepada masyarakat.
f. Beberapa MOU akan diadakan bersama dengan Jabatan Perpaduan (Rukun Tetangga & RELA) bagi memperkenalkan lagi kebaikan menggunakan perhubungan radio amatur serta sebagai pengendali Radio Amatur yg beretika & betul.
g. Beberapa siri lawatan ASTRA Pusat akan diadakan keseluruh Semenanjung Malaysia, bermula lawatan dari arah Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang, ke Kelantan, Terengganu, Pahang, AWT, Negeri Sembilan, Melaka & Johor.

Akhir sekali Y.Bhg. Dato' Bahari berdoa semoga segala usaha kita ini diberkati Allah.
73, 9W2JSM (J.Sham)

Wednesday, June 15, 2011

Suasana RAE 2011 - Bil. 1 Kawasan Tengah..



Shah Alam 15-Jun-2011: RAE 2011 - Bil. 1 bagi Kawasan Tengah telah dijalankan pada pukul 2 petang, di
Dewan Shah Alam 2, SACC Convention Center,
Shah Alam, Selangor.
Sebanyak 423 tempat duduk untuk calon RAE telah disediakan oleh pihak MCMC.

Terima kasih kepada rakan-rakan 9M2 & 9W2 yg telah hadir & memberikan kata-kata semangat kepada calon-calon RAE.

73, 9W2JSM (J.Sham)..

Monday, June 13, 2011

BERITA KEBAJIKAN - 9W2RZ KEMALANGAN..


Pada 11-Jun-2011, Sabtu, Pukul 4.30pm. AWT telah dapat menemubual Pn. Asiah Abd. Ghani iaitu XYL kepada 9W2RZ (Mohammad Rodzi bin Tuan Ismai) di tingkat 7, Hospital Besar Ipoh/Hospital Tengku Bainun. Mereka mempunyai 4 orang anak dan tinggal di Pulau Langkawi. Kemalangan telah berlaku berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada 7-Jun-2011, Hari Selasa, Jam 11.20 pagi. Iaitu semasa mereka berconvoi (2 buah kereta) dari Jeli ke Pulau Langkawi (Base Station). Semasa kejadian Pn. Asiah memandu kereta jenis Wira kepunyaan kakaknya manakala Mohammad Rodzi memandu kereta jenis Iswara. Kenderaan yg di pandu oleh Pn. Asiah ada 5 orang penumpang termasuknya & kenderaan yg dipandu oleh Mohammad Rodzi pula ada 5 orang penumpang termasuknya.

[BAGAIMANA KEJADIAN KEMALANGAN ITU BERLAKU TIDAK DAPAT DICERITAKAN KERANA DALAM SIASATAN POLIS]

2 orang anaknya (10 tahun & 1 tahun 10 bulan) & seorang Anak Buahnya berumur 4 tahun meninggal dunia. Manakala seorang anaknya (Aiman) yg turut berada didalam kenderaan Iswara itu terselamat tetapi cedera. Aiman sekarang telah berada di wad biasa (Hospital yg sama), tingkat 5. Manakala seorang anak mereka, Akilah (9 tahun) terselamat kerana menaiki kenderaan yg dipandu oleh ibunya.

Jenazah anakanda-anakanda mereka telah selamat dikebumikan di Jeli, Kelantan. Semoga dicucuri rahmat keatas mereka & ditempatkan bersama orang2 yg soleh. Setakat semalam 9W2RZ, Mohammad Rodzi masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Wad 7A. Beliau masih belum sedarkan diri tetapi telah ada sedikit pergerakan di kaki & tangannya. Diharap semua rakan2 berdoa semoga 9W2RZ, Mohammad Rodzi akan kembali sedar & cepat sembuh.

Rakan2 HAM lokalan Ipoh telah memberikan bantuan awal & sepatutnya selepas 9W2RZ, Mohammad Rodzi dipindahkan drpd Hospital Gerik ke Hospital Ipoh. Manakala PARTS (Perak Amateur Radio Transmitter's Society) juga telah memberikan bantuan yg begitu pantas serta turut menyediakan tempat utk keluarga mangsa berehat di Wakaf PARTS yg berhampiran dgn Hospital tersebut. Kepada Rakan2 yg ingin menghulurkan bantuan/derma boleh menghubungi 9M2SLJ (Wak Lop, 012-5187580) / 9W2YZR (Yazar,017-5882122).
Sila email ke ASTRA Wilayah Tengah (astra.tengah@gmail.com) bagi sebarang pertanyaan.

73, 9W2JSM (J.Sham)..

Thursday, June 2, 2011

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RAE TAHUN 2011 (RAE2011-1)..

Perhatian Kepada Bakal-Bakal Calon RAE..
Semakan permohonan menduduki peperiksaan Radio Amator Tahun 2011, Siri 1 telah diterbitkan.
Sila masukan No. Kad Pengenalan untuk mengetahui status permohonan & No. Index.

Surat menduduki peperiksaan akan dikirimkan pada awal bulan Jun 2011.

Tarikh dan Masa Peperiksaan: 15-Jun-2011 (Hari Rabu), pukul 2:00 Petang.
Dewan Shah Alam 2, SACC Convention Center,
4, Jalan Perbadanan 14/9,
40000 Shah Alam, Selangor.

SILA KLIK DISINI

73
9W2JSM (J.Sham)

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...