Wednesday, September 30, 2009

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI ANJURAN BERSAMA 9W2THA & ASTRA SELANGOR/KUALA LUMPUR

Rakan-rakan dijemput hadir bersama keluarga ke majlis sambutan Aidilfitri anjuran bersama 9W2THA Haji Azhar bin Haji Ahmad & ASTRA Selangor/Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Butirannya adalah seperti berikut:-

Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Masa : 8.30pm
Alamat : Lot 7460, Batu 14 Bandar Bukit Puchong, Selangor (bersebelahan The Heron Condominium)
Koordinat GPS : N 02 59.373 E101 37.630
Calling Channel : V 38 145.4750MHz

Saturday, September 26, 2009

52nd JOTA / 13th JOTI 2009 - Worldwide

52nd JOTA - Jamboree On The Air
13th JOTI - Jamboree On The Internet
17 & 18 October 2009
====================================

The Jamboree On The Air (JOTA) and Jamboree On The Internet (JOTI) is an annual event in which about 500,000 Scouts and Guides all over the world make contacts with each other by means of amateur radio.

The worldwide Jamboree-On-The-Air (JOTA) and Jamboree On The Internet (JOTI) is organized to coincide with the third full weekend of October each year. The event starts at 00.00 hours local time on the Saturday and concludes 48 hours later at 24.00 hours local time on the Sunday. Each station can choose its own operating hours within this period.

The 52nd Jamboree-On-The-Air (JOTA) and 13th Jamboree On The Internet (JOTI) this year during the weekend of 17 and 18 October 2009.

Thursday, September 17, 2009

PROGRAM INFO TRAFIK ASTRA BERSAMA MALAYSIA HARI INI TV3

Sukacita dimaklumkan, pihak ASTRA Selangor & Kuala Lumpur telah mendapat jemputan daripada pihak Media Prima Berhad melalui TV3 bagi menjayakan program Info Trafik pada tarikh seperti berikut :-

Tarikh : 19 September 2009

Tempat : Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya

Masa : 0630hrs-0900hrs

Di minta rakan-rakan amatur yang memandu pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing agar dapat memberi Info Trafik ke ‘Linking Repeater’ TRANSNASIONAL ASTRA antara jam 0630hrs-0900hrs kerana ianya akan disiarkan secara langsung di dalam program Malaysia Hari Ini terbitan TV3. Secara tidak langsung ianya akan dapat member pendedahan kepada para penonton Malaysia Hari Ini di TV3 mengenai hobi Radio Amatur.

Selamat memandu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidil Fitri yang mulia ini.

Salam Aidil Fitri daripada kami di ASTRA Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maaf zahir dan batin.

Wednesday, September 2, 2009

Majlis Berbuka Puasa MARES 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan ham di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya (Terbuka untuk ahli, bukan ahli dan SWL). Majlis ini akan diadakan secara "pot luck".

Abang Omar 9W2OMR telah mendapatkan tajaan dari kedai nasi kandar untuk makanan bagi 100 peserta. Diharap rakan-rakan yang hadir dapat memberi sedikit sumbangan bagi menjayakan majlis ini.

Lokasi: Rumah Kelab MARES Petaling Jaya
Tarikh: 5 September 2009
Masa: 2:30PM - lewat malam.

Aturcara majlis
2.30 PM - Flea Market
4:40 PM - Ketibaan dan persediaan ( Pot Luck)
7:15 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7:45 PM - Jamuan
8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh
10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbuka

Rakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini, jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi mana-mana ahli Jawatan Kuasa MARES untuk pengesahan.

Diharap semua warga MARES dan rakan radio amatur, dapat menghadiri majlis ini.

Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas.

73 de MARES

*dipetik dari laman web MARES oleh 9w2muc

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...