Wednesday, September 2, 2009

Majlis Berbuka Puasa MARES 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Bulan Ramadhan al Mubarak yang mulia ini, MARES akan menganjurkan satu majlis berbuka puasa, bagi semua rakan-rakan ham di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya (Terbuka untuk ahli, bukan ahli dan SWL). Majlis ini akan diadakan secara "pot luck".

Abang Omar 9W2OMR telah mendapatkan tajaan dari kedai nasi kandar untuk makanan bagi 100 peserta. Diharap rakan-rakan yang hadir dapat memberi sedikit sumbangan bagi menjayakan majlis ini.

Lokasi: Rumah Kelab MARES Petaling Jaya
Tarikh: 5 September 2009
Masa: 2:30PM - lewat malam.

Aturcara majlis
2.30 PM - Flea Market
4:40 PM - Ketibaan dan persediaan ( Pot Luck)
7:15 PM - Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
7:45 PM - Jamuan
8:30 PM - Solat Isya' dan Tarawikh
10:00 PM - Jamuan ringan dan seisi terbuka

Rakan-rakan ham yang ingin menyertai acara ini, jika anda ingin membawa makanan, sila hubungi mana-mana ahli Jawatan Kuasa MARES untuk pengesahan.

Diharap semua warga MARES dan rakan radio amatur, dapat menghadiri majlis ini.

Semoga kita dapat mendapat berkat dari acara yang dijalankan ini. Jumpa di rumah kelab pada tarikh diatas.

73 de MARES

*dipetik dari laman web MARES oleh 9w2muc

No comments:

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...