Thursday, September 17, 2009

PROGRAM INFO TRAFIK ASTRA BERSAMA MALAYSIA HARI INI TV3

Sukacita dimaklumkan, pihak ASTRA Selangor & Kuala Lumpur telah mendapat jemputan daripada pihak Media Prima Berhad melalui TV3 bagi menjayakan program Info Trafik pada tarikh seperti berikut :-

Tarikh : 19 September 2009

Tempat : Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya

Masa : 0630hrs-0900hrs

Di minta rakan-rakan amatur yang memandu pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing agar dapat memberi Info Trafik ke ‘Linking Repeater’ TRANSNASIONAL ASTRA antara jam 0630hrs-0900hrs kerana ianya akan disiarkan secara langsung di dalam program Malaysia Hari Ini terbitan TV3. Secara tidak langsung ianya akan dapat member pendedahan kepada para penonton Malaysia Hari Ini di TV3 mengenai hobi Radio Amatur.

Selamat memandu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidil Fitri yang mulia ini.

Salam Aidil Fitri daripada kami di ASTRA Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Maaf zahir dan batin.

4 comments:

Unknown said...

info trafik ???

amateurs di msia ni dah terseleweng la. info trafik atau information traffics (en) tu bermaksud suasana kesibukan laluan maklumat di udara (frequency) BUKAN trafik di jalan raya la.

sila lihat http://www.oharts.org/ dan http://www.oharts.org/NTS.html

saya malu la dengan maksud info trafik di tanah air kita ni.

IKA said...

Apa yang nak dimalukan.Istilah INFO TRAFIK,merangkumi banyak perkara.Sama ada kesesakan di ruang udara atau di frakungsi atau di jalan raya atau apa saja yang berkaitan dan melibatkan setuasi,keperluan,suasana,keadan ketika itu.Pun tidak salah,jika kita gunakan istilah info trafik didalam amatur kita sebagai info kesesakan jalan raya didalam negara kita.Kerana ianya juga merangkumi keperluan harian kita disini ketika ini.dan yang kerap terjadi,ialah kesesakan jalan raya dan bukanya kesesakan diudara atau di frakungsi.Lihat pada keperluan semasa kita.dan kita sebagai penggunanya.
Saudara "Gurkha".Peralatan adalah peralatan (radio ) kita,keperluan semasa kita,istilah,istilah kita negara pun negara kita.Yang penting sekali Ham Radio kita dah memahami sangat-sangat istilah info trafik itu ialah info atas jalan.Istilah,atau sebutan,morse code,atau apa saja perhubungan yang penting.Si penghantar dan si penerima sama-sama memahami apa yang disampaikan itu sudah jadi satu komunikasi.Tidak kira lah bahasa dan istilah apa sekali pun.
Kesimpulanya,Anda tidak perlu malu.Jangan patahkan semangat rakan-rakan amatur yang lain.yang mana cuba membantu pihak tertentu untuk menyampaikan info trafik dijalan raya bagi membantu pengguna jalan raya yang lainya untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kesesakan jalan raya.
Apa pun comment anda adalah betul.Jadinya bila kita berhubung keluar negara ingat lah istilah "info trafik" luar negara adalah bermaksut kesesakan diudara atau difrakungsi.Apa pun terima kasih pada anda yang cuba membetulkan keadaan.
Terima kasih juga pada pihak ASTRA DAN TV3.Kerana perihatin pada pengguna jalan raya.Sesungguhnya "PROGRAM INFO TRAFIK DI JALAN RAYA ASTRA BERSAMA MALAYSIA HARI INI DI TV3"ada lah sesuatu program yang sepatutnya di contohi dan di sokong oleh semua masyarakat khasnya Amatur Radio seluruh Malaysia.


"JANGAN DITANYA APA SUMBANGAN NEGARA KEPADA KITA,SEBALIKNYA TANYAKAN DIRI KITA SENDIRI,APA PULA SUMBANGAN KITA KEPADA NEGARA KITA (MALAYSIA)"satu malaysia.

"selamat Hari Raya maaf zahir dan batin".

PHZ QRT 73 CARIO.

Unknown said...

memang memalukan bila seluruh amateur di negara-negara lain yang lebih terdahulu sudah menerima pakai suatu istilah untuk kegunaan kelaziman. tetiba kita, yang masih kalam-kabut memandai (bukan pandai) ubah istilah-istilah berkenaan. apa yang sebenarnya yang nak kita bangga/tunjuk/terampilkan? tidak lain hanyalah ketidak prihatinan kita terhadap ilmu, kurangnya membaca, kurangnya merujuk kepada fakta-fakta yang lebih tepat. tidakkah ianya menerampilkan bahawa kita ni JAHIL?

Rafidah said...

Buat Gurkha (Gunalah nama sebenar).. Istilah tu memang benarnya tapi Program yang dibuat cuma di Frekuensi Transnasional. Dan bahasa yang digunakan bahasa ibunda kita. Maklumat yang nak disampaikan pun kepada rakyat Malaysia. Komunikasi ini adalah penyampaian Maklumat antara Pemberi maklumat dan Penerima Maklumat. Kalau dua-dua pihak faham info trafik bermaksud kesesakan jalanraya maka komunikasi itu berkesan.
Tambahan pula Transnasional waktu biasa tak sesak manapun. Cuma waktu perayaanlah kita nak menggunakan frekuensi dan saya yakin pendengarnya juga ramai. Betul Andi (lama tak dengar berita) Kita tanya apa yang kita sumbang kepada komuniti Ham jangan kita patahkan semangat rakan Ham yang cuba mewujudkan aktiviti rakan bersama rakan yang berfikiran positif.... Sekarang dah 2009... Rapatkan silaturahim adalah tanggungjawab...Komuniti Ham negara kita tak besar manapun... Berikan sokongan bukannya mematahkan semangat...

Selamat hariraya Maaf Zahin Batin.

YD1AQG

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...