Saturday, April 28, 2012


MAJLIS EYEBALL PELEPASAN KONVOI JOM MEMANCING KE PULAU PEMANGGIL MERSING:

Tanggal 27/4/2012 detik jam 12:01am, rakan2 ham dari Komuniti Astra Tengah / Selangor telah selamat di resmikan oleh 9M2YRS Pak Yop di Danau Anggrik Sek.24 Shah Alam.

Kepada rakan2 yg hadir diucapkan ribuan terimakasih kerana memberi sokongan bagi aktiviti Astra Tengah bagi tahun 2012. Tidak lupa juga ucapan ribuan terimakasih kpd rakan SWAL Azza Asliza yg banyak membantu dlm event tersebut.











Rakan2 konvoi seramai 17 station yg menyertai xpdc tersebut didoakan agar selamat pergi dn selamat kembali.

Thursday, April 26, 2012

REPEATER 9M4RBC:
Ucapan ribuan terimakasih kepada rakan2 yg telah menyumbangkan wang ringgit serta bentuk bantuan bagi membangunkan semula repeater local 9M4RBC.


Tahiah dan terimakasih kpd 'KRAMAT" koperasi radio amatur malaysia berhad yg telah menyumbang 2unit handy TYT kepada 9M4RBC yg telah disampaikan oleh 9M2YRS Pak Yop kepada 9W2EDK sdr. Eddie selaku Biro Repeater. Moga hubungan baik ini dapat diteruskan bagi mengeratkan lg persahabatan.


Penyerahan sumbangan tranceiver oleh Pengerusi KOPERASI KRAMAT kepada 9W2EDK,biro repeater komuniti astra selangor. Semoga memantapkan lagi 9M4RBC
AKTIVITI MEMANCING RAKAN HAM KAWASAN TENGAH PADA 28HB APRL ~ 30HB APRIL 2012:

Eyeball utk rakan2 konvoi ke Mersing Johor bg acara Memancing di Pulau Pemanggil akan diadakan spt berikut:

Tarikh : 27/4/2012
Masa : 8.00pm
Bertempat : Batu Ladung kolam ikan air tawar sek. 24 Shah Alam, Selangor.
Aktiviti : Pelepasan Rakan Konvoi serta tandatangan pd banner yg akan diserahkan kpd rakan2 Komuniti Astra Johor Lokalan Mersing.
Frq yg digunakan : V 56 atau 9M4RBC

Menjemput semua rakan2 yg berkelapangan utk turut hadir sebagai sekongan rakan2 Ham kawasan Tengah amnya.

Harap maklum.

73
SESI TAKLIMAT BERSAMA JKM WP KUALA LUMPUR PADA 25 APR 2012









TAKLIMAT BERSAMA JKM WP KUALA LUMPUR BERKENAAN PERANAN RADIO 2 HALA:-

Ahlamdullilah "Persatuan Radio Amator Melayu Utara Semenanjung Malaysia (ASTRA)" telah dapat peluang bagi memperkenalkan Peranan Radio 2 Hala kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Grand Season Hotel, tingkat 9.

Turut hadir Presiden Astra 9W2DBT Dato' Bahari berserta rombongan, Pengarah JKM Perlis, Komuniti Astra Negeri Selangor, Komuniti Astra Johor yg menerangkan peranan utama penggunaan radio 2 hala dimasa kini. Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Pn. Noormah bt. Dato' Abdul Rauf serta Tim. Pengaarah En. Rosman Khan bin Zainul Abidin Khan serta kakitangan JKM telah diberikan peneranagan seara terperinci penggunaan radio 2 hala ini.

Moga perhubungan dikedua-dua pihak dapat berkerjasama dalam satu kumpulan.



Monday, April 23, 2012

INFO KERAIAN : 
Ucapan Tahniah kpd XYL 9W2 AYH sdr Syam / ayah yg selamat melahirkan "Baby Girl" di Hospital Putrajaya pg td. Didoakan moga XYL dn Baby Girl nya berada didlm keadaan sihat2 hendaknya.

73

INFORMASI RAKAN2 SWAL :-

Peperiksaan RAE Series 1, 2012 telah dibuka untuk pendaftaraan. Tarikh peperiksaan adalah seperti berikut:-

Tarikh Peperiksaan : 27/6/2012
Masa Peperiksaan : 2.00pm
Tarikh Tutup Pendaftaraan : 11/5/2012

Pada rakan2 SWAL bolehlah membuat persiapan bagi peperiksaan tersebut.

harap maklum

73
9w2zbv
INFO SEMASA REPEATER 9M4RBC:

Adalah dimaklumkan kepada semua pengguna repeater 9M4RBC diharap dapat bersabar kerana Repeater masih lg dalam ujian penggunaan. Mana2 rakan2 mobile akan menghadapi kesukaran sedikit untuk RX audio rakan2 lain tetapi di Base station masih blh dipahami. 

Buat sementara ini dipergunakan dahulu sehingga bahagian teknikal berbuat sesuatu.

Harap maklum
JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMATULURUS 9W2 WFI SDR MOHD FARIZ IMRAN BIN MOHD SHAARI:
Menjemput rakan2 ham dan keluarga utk menghadiri majlis perkahwinan 9W2 WFI, pada:


Tarikh :29/4/2012 bersamaan hari ahad 
Masa : 11.00 am ~ 5.00pm
Di Alamat : RB 11 TAMAN DATUK SETIA, RAMUAN CHIA BESAR, 78300 MASJID TANAH, MELAKA. 

kehadiran rakan2 semua amatlah dialu-alukan..

harap maklum





JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN DAN AKTIVITI PERSATUAN RADIO DI FESTIVAL HAMFEST MALAYSIA 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Ada Vista Sdn Bhd, penganjur rasmi HAMFEST MALAYSIA akan sekali lagi menganjurkan festival Hamfest Malaysia 2012 pada tahun ini bersempena dengan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia seperti berikut:

Acara: Hamfest Malaysia 2012
Tarikh: 19 & 20 Mei 2012 
Tem
pat: Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Oleh itu, kami berbesar hati sekali lagi menjemput tuan tuan untuk menyertai festival hamfest pada tahun ini dengan tema “HAM KOMUNITI 1 MALAYSIA” dengan konsep perkemahan bersama keluarga, yang dianjurkan bagi tujuan untuk mengujudkan satu platform kepada komuniti radio amatur untuk berkumpul dalam satu festival Hamfest setiap tahun serta dapat memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada orang ramai berkenaan penggunaan radio amatur di Malaysia.

Peluang ini boleh digunakan sebagai platform bagi persatuan persatuan radio amatur untuk memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya warga radio amatur mengenai aktiviti aktiviiti yang dijalankan oleh persatuan. Semua penyertaan dari persatuan atau Kelab yang berdaftar akan diperuntukan dengan satu meja pameran secara percuma diruang pameran dan aktiviti persatuan. 

Kami juga mengalu –alukan sekiranya ada persatuan yang berminat untuk mengadakan sebarang aktiviti sebagai tambahan kepada acara yang sedia ada bagi memeriahkan lagi program Hamfest dengan syarat persatuan membiayai sendiri kos yang diperlukan.
Sila isikan dan kembalikan borang dilampiran sebelah sebelum 30 April 2012 atau hubungi Urusetia Hamfest 2012 En. Roslan Ghani di talian 019 3378088 atau Pak Yob 9M2YRS no Tel 019 3317388 atau Pak Lah 9W2HOZ no tel 019 7770435 bagi sebarang maklumbalas selanjutnya dan bersama ini di sertakan juga jemputan majlis perasmian serta aturcara FESTIVAL HAMFEST MALAYSIA 2012.

Kami percaya dengan penglibatan persatuan tuan tuan di dalam menjayakan Hamfest Malaysia 2012 akan memberikan impak yang besar kepada komuniti radio amatur tanah air, seterusnya membuktikan kemampuan Malaysia menganjurkan festival ham bertaraf dunia sekaligus menarik minat komuniti ham luar negara untuk turut menghadiri festival pada tahun ini.
Sekian, sokongan serta kerjasama tuan tuan dalam menjayakan FESTIVAL HAMFEST MALAYSIA 2012 pada tahun ini sangatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

ROSLAN GHANI
HAMFEST MALAYSIA 2012

Sunday, April 22, 2012

INFO KEBAJIKAN:

Salam Takziah buat keluarga 9W2AKY Sdr. Aky diatas pemergiaan Ibu Mertuanya ptg td lebihkurang jam 4.pm buat selama2nya dn Al-Fatihan keatas Rohnya..didoakan moga Rohnya akan ditempatkan dgn org2 yg beriman..di maklumkan Jenazahnya berada dirumah beliau diParoi N.Sembilan,...Al-Fatihah..

Harap maklum

9W2ZBV
INFO ASTRA PUSAT NOTIS JEMPUTAN:(9W2IBS)

Adalah dimaklumkan kepada semua rakan2 Astra dijemput hadir kemajlis "Hari Keluarga Anjuran Astra Pusat" seperti dibawah:

Tarikh : 5/5/2012
Masa Pendaftaraan : 1730hrs @ 5.30pm
Tempat : R&R Bagan Ajam, P.Pinang


Semua ahli diseluruh Malaysia dijemput hadir serta ke majlis tersebut.

Harap maklum

73
9W2ZBV
 

Monday, April 16, 2012


Senarai EXCO & AJK ASTRA Wilayah Tengah Tahun 2012-2013


Penasihat : 9W2JQQ,En. Mohd Razif bin Husaini 
Pengurus Negeri : 9W2RVS, En. Razmani bin A. Rahim
Naib Pengurus : 9M2HYY, 
Tn. Hj. Mohamad Yusuff bin Wahid 
Setiausaha : 9W2ZLZ, En. Zulkarnain bin Ahmad.
Penolong Setiausaha : 9W2AHF, En. Mohd Zulhelmi bin Ramli

Bendahari : 9W2MHC, En. Mahadzer bin Harun
Penolong Bendahari : 9W2SCQ, Pn. Zarina binti Ibrahim


Biro Repeater : 9W2EDK, En. Junaidi bin Jabidin
Penolong Biro Repeater : 9W2GND, En. Ghazali bin Daud (merangkap biro Asset)
Biro Peperiksaan & Perlesenan : 9W2BHL,En. Mohd Farid bin Sudin
Biro Kebajikan : 9W2THA, Tn. Hj. Azar bin Ahmad.
Biro Siaraya : 9W2ZBV, En. Zamri bin Aziz.
Biro ADEC : 9W2BMX, En.Yon Nor Azman bin Bidin

Pemeriksa Kira-Kira : 9W2JSM, En. Noor Risham bin Md Arus
Pemeriksa Kira-kira II : 9W2NZQ, En. Naza





Exo baru bagi sesi 2012~2013
















Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...