Monday, April 23, 2012




JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN DAN AKTIVITI PERSATUAN RADIO DI FESTIVAL HAMFEST MALAYSIA 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Ada Vista Sdn Bhd, penganjur rasmi HAMFEST MALAYSIA akan sekali lagi menganjurkan festival Hamfest Malaysia 2012 pada tahun ini bersempena dengan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Bermaklumat Sedunia seperti berikut:

Acara: Hamfest Malaysia 2012
Tarikh: 19 & 20 Mei 2012 
Tem
pat: Taman Metropolitan Batu, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

Oleh itu, kami berbesar hati sekali lagi menjemput tuan tuan untuk menyertai festival hamfest pada tahun ini dengan tema “HAM KOMUNITI 1 MALAYSIA” dengan konsep perkemahan bersama keluarga, yang dianjurkan bagi tujuan untuk mengujudkan satu platform kepada komuniti radio amatur untuk berkumpul dalam satu festival Hamfest setiap tahun serta dapat memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada orang ramai berkenaan penggunaan radio amatur di Malaysia.

Peluang ini boleh digunakan sebagai platform bagi persatuan persatuan radio amatur untuk memberi pendedahan kepada orang ramai khususnya warga radio amatur mengenai aktiviti aktiviiti yang dijalankan oleh persatuan. Semua penyertaan dari persatuan atau Kelab yang berdaftar akan diperuntukan dengan satu meja pameran secara percuma diruang pameran dan aktiviti persatuan. 

Kami juga mengalu –alukan sekiranya ada persatuan yang berminat untuk mengadakan sebarang aktiviti sebagai tambahan kepada acara yang sedia ada bagi memeriahkan lagi program Hamfest dengan syarat persatuan membiayai sendiri kos yang diperlukan.
Sila isikan dan kembalikan borang dilampiran sebelah sebelum 30 April 2012 atau hubungi Urusetia Hamfest 2012 En. Roslan Ghani di talian 019 3378088 atau Pak Yob 9M2YRS no Tel 019 3317388 atau Pak Lah 9W2HOZ no tel 019 7770435 bagi sebarang maklumbalas selanjutnya dan bersama ini di sertakan juga jemputan majlis perasmian serta aturcara FESTIVAL HAMFEST MALAYSIA 2012.

Kami percaya dengan penglibatan persatuan tuan tuan di dalam menjayakan Hamfest Malaysia 2012 akan memberikan impak yang besar kepada komuniti radio amatur tanah air, seterusnya membuktikan kemampuan Malaysia menganjurkan festival ham bertaraf dunia sekaligus menarik minat komuniti ham luar negara untuk turut menghadiri festival pada tahun ini.
Sekian, sokongan serta kerjasama tuan tuan dalam menjayakan FESTIVAL HAMFEST MALAYSIA 2012 pada tahun ini sangatlah kami hargai dan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

ROSLAN GHANI
HAMFEST MALAYSIA 2012

No comments:

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...