Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh, ASTRA Wilayah Tengah Ucap Takziah


ASTRA Wilayah Tengah (AWT) ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh yang melibatkan bangunan asrama Rumah Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat Selangor pada 21-Mei-2011 (Sabtu), di mana setakat ini disahkan 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal. AWT berharap keluarga mangsa akan tenang & sabar menghadapi dugaan Allah ini.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden & kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. Kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang. Akibat kejadian itu, sebahagian bangunan pertama blok hadapan musnah teruk & runtuh di bahagian kanan manakala satu lagi bangunan tidak terjejas.

Beberapa orang penduduk di situ mendakwa mereka mendengar bunyi dentuman & runtuhan sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Pasukan Mencari & Menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut. Operasi bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira pukul 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Terima kasih kepada semua yang terbabit seperti Pasukan Bomba & Penyelamat, Jabatan Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), St John Ambulans, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), penduduk kampung, Pengendali Radio Amator & orang ramai yang sama-sama membantu.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. “kepadaNya kita datang & kepadaNya kita kembali”

“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,”

73, 9W2JSM (J.Sham)

1 comment:

Shamsul Azzim said...

Takziah kepada keluarga mangsa.. Apa yang berlaku ada hikmahnya

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...