Sunday, September 5, 2010

Dukacita - Berita Kecemasan - Kemalangan Kenderaan


Dukacita dimaklumkan bahawa Pengurus ASTRA Wilayah Tengah 9W2MDY - Pak Mahadi telah terlibat dalam satu kemalangan pada lebih kurang 12:45 malam tadi di Persiaran Raja Muda, Seksyen 16, Shah Alam. Turut telibat bersama beliau ialah 9W2DNO Saudara Dino dan 9W2BGQ Saudara Zalie. Sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa cina telah terbabas semasa keluar dari persimpangan Persiaran Kemajuan lalu merempuh divider dan termasuk kejalan arah yang bertentangan. Kereta Perodua Kelisa yang dipandu oleh 9W2BGQ yang menghala ke seksyen 18, tidak sempat mengelak lalu dirempuh oleh kenderaan pacuan 4 roda tersebut.

9W2DNO dan 9W2BGQ telah menerima rawatan pesakit luar atas kecederan luka2 badan. Manakala 9W2MDY yang mengalami kecederaan yang agak teruk seperti luka2 dan kesan hentaman, dimasukan ke Wad Semi Kritikal, Unit Kecemasan Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk rawatan lanjut. Pada 4:30 pagi beliau telah di x-ray, masih berkeadaan stabil dan sedar. Adalah diharapkan tiada komplikasi lain yang belum dikesan.

Doa dari semua rakan-rakan adalah diharapkan agar semua yang terlibat selamat dan kembali pulih seperti sediakala. Harap maklum.

Untuk info terkini, sila hubungi Pen. Pengurus Negeri 9M2GTR Saudara Faizal ditalian - 0123109869 atau Biro Penerangan 9W2CYB Saudara Yusnizam ditalian - 0192451175.

Kami juga akan berusaha mengemaskini sebarang berita lanjut di blog ini dari masa kesemasa. Terima kasih.

2 comments:

Astra Kawasan Tengah said...

6:30am, Info tekini tentang 9W2MDY.

Beliau ditemptkan di Katil 11, Wad 3B, Tingkat 3, Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang... Sekian.

9M2RIE said...

zali dengan dino macamana depa. harap2 anda berdua ok. lepas raya bleh jumpa.

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...