Friday, July 16, 2010

KENYATAAN RASMI ASTRA WILAYAH TENGAH

Merujuk kepada perkembangan terkini sekitar RADIO AMATUR negara, pihak ASTRA WILAYAH TENGAH telah menerima banyak pertanyaan samada melalui SMS, blog, facebook atau pun melalui frekuensi tentang "Hamfest Malaysia 2010" dari rakan-rakan ham seluruh negara.

Dengan ini kami AJK ASTRA WILAYAH TENGAH SEBULAT SUARA ingin memaklumkan kepada semua rakan-rakan amatur bahawa ASTRA WILAYAH TENGAH TIDAK TERLIBAT samada secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran acara tersebut.

Segala pertanyaan sila rujuk terus kepada pihak penganjur atau syarikat yang berkenaan.

Sekian, harap maklum. Terima kasih. 73.

"DARI AMATUR UNTUK AMATUR"

4 comments:

Unknown said...

saya 9w2aky selaku biro latihan tidak tahu tentang event yang bakal di adakan..so i think memang tak ada kena mengena lah dengan ASTRA WILAYAH TENGAH..saya sendiri atau ajk2 yang lain nak terlibat dalam event tersebut adalah penyertaan individu sahaja bukanlah sebab persatuan..so nak pergi look see look see pada hari event pun tak dak masalah lah..
saya juga tidak keberatan memberi bantuan yang diperlukan asalkan bukan duit lah..(aku pun sengkek nie)..tue pun jika saya mampu lah memberi bantuan..tetapi bukan atas dasar persatuan tetapi peribadi..
lau persatuan lain lah kena bincang dulu la dengan ajk yang lain..
satu event yang bagus..saya menyokong lah pada individu atau syarikat yang menganjur event tersebut...teruskan...SYABAS..73

9W2WPC said...

Event Hamfest ini adalah bukan dibawah anjuran mana-mana kelab radio amatur termasuklah ASTRA sendiri. Saya difahamkan Hamfest ini adalah anjuran sebuah syarikat ****** (kenapa perlu dirahsiakan)dan rakan-rakan radio yang dipimpin oleh 9W2GOD,9W2XLT serta sekutunya.

Ini adalah event yang bagus untuk dunia amateur dan saya hormati keputusan yang diambil untuk hamfest tanpa perbincangan/pertukaran pendapat diantara semua kelab radio (ASTRA,MARTS,MARES,JASRA,AKRAB,PERAMAH,RADAS dll)

APA-APA PUN SATU PERMULAAN YANG DRASTIK DAN BAIK UNTUK RADIO AMATEUR DI MALAYSIA UNTUK MEMARTABATKAN LAGI 9W/9M.73'S

9w2edk said...

apa jua event, ada kesempatan insyaallah saya hadir... larat, ikut... tak larat, bawak banyak berehat... mampu hadir, dipersilakan... tidak termampu, cari alternatif lain... tak pun dok diam2 dalam umah... yg penting dgn radio kita ENJOY!!!!

Unknown said...

malu betol aku..baru terdetik di sanubari daku.. daku mintak maaf kepada sesiapa yang berkenaan..cepat melenting..sepatut dengar betol2 dulu..mana lah nak letak muka...tapi tak mengapa satu pengajaran buat daku yang masih mentah.. hah!! pedulik apa aku..janji aku mengaku salah aku...aku nak pergi event hamfest.. tak sabar rasanya aku menunggu... SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PIHAK YANG MENGURUSKAN EVENT INI...

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...