Monday, May 10, 2010

10/5/2010 - Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat buat 9W2KMT

Astra Tengah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat buat 9W2KMT - Kang Mat (http://9w2kmt.blogspot.com/)yang sedang terlantar sakit tenat di Wad ICU, Hosp. Tunku Ampuan Rahimah, Klang seperti dibawah:

Tarikh: 10/5/2010
Tempat: Residen Pengurus Negeri 9W2MDY - Pak Mahadi
No10 jalan petola3,24/8c
40300,shah alam ,selangor
Latitude: 3.040862 (3° 2' 27'' N)
Longitude:101.516740 (101° 31' 0'' E)
Masa: 8:30pm (selepas Isya')

Semua rakan2 amatur, SWL dan orang perseorangan dijemput hadir bersama untuk mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau dan keluarga. Terima kasih. Wassalam...

UPDATE:

Alhamdulillah majlis telah selamat dijalankan. Seramai lebih 30 station amatur & SWL telah bersama-sama menjayakannya. Sempena majlis tersebut, telah dilancarkan juga Kutipan Derma Kilat bagi membantu meringankan bebanan keluarga KangMat(9W2KMT) dan telah berjaya mengumpul sebanyak RM230.00 yang akan disampaikan terus pada keesokkan harinya. Semua juga berterima kasih kepada tuan rumah Tuan Pengurus Negeri Pak Mahadi(9W2MDY)dan keluarga yang telah bersusahpayah menyediakan jamuan walaupun dalam masa yang singkat. "Terima Kasih Daun Keladi, Pak Madi.. Lain Kali Nak Lagi"...

Juga majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan2 yang menjayakan program tersebut. Sekian.

"DARI AMATUR UNTUK AMATUR, BERSAHABAT MELALUI UDARA"

1 comment:

Azroy said...

insyaallah... akan cuba hadir jika keadaan mengizinkan. semoga beliau cepat sembuh.

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...