Thursday, May 14, 2009



ڤرساتوان راديو اماتور استرا كاوسن تڠه
PERSATUAN RADIO AMATUR ASTRA KAWASAN TENGAH


PROGRAM IBADAH QURBAN 1430H

Menyembelih binatang kurban merupakan ibadah agung yang dilakukan umat Islam setiap tahun pada hari raya qurban. Orang yang menyembelih binatang qurban, boleh memanfaatkannya untuk memakan sebahagian daging darinya, mensadaqahkan sebahagian darinya kepada orang-orang miskin, menyimpan sebahagian dagingnya, dan memanfaatkan yang dapat dimanfaatkan, misalnya ; kulitnya untuk qirbah (wadah air) dan sebagainya.

Syariat berqurban diteruskan melalui Nabi-Nabi berikutnya.

“Dan bagi tiap-tiap umat telah kami syariatkan penyembelihan (qurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, Kerana itu berserah dirilah kamu kepadaNya. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).”
QS. Al-Hajj : 34

Program ini merupakan kali 02 diadakan di kawasan ASTRA TENGAH. Oleh yang demikian, ”Wahai saudara-saudaraku” Mari kita rebut peluang untuk sama-sama turut serta dalam program ini dan jadikan ia sebagai cara mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Memohon keredhaaNya agar menjadi umat yang sentiasa bersyukur atas nikmat kurniaaNya. Amin.

Gambar ibadah qurban tahun 2008

Program ini akan diadakan pada masa dan tarikh seperti butiran berikut :-

CADANGAN TARIKH : 29 NOVEMBER 2009
HARI : AHAD ( jam 8-30 pagi)
TEMPAT : - dimaklum kemudian -

Terbuka kepada semua warga Amatur /ahli kelurga.

I EKOR LEMBU ( 7 BAHAGIAN)
BAYARAN :
TUNAI : RM 400.00
BULANAN : RM 80.00 X 5 BULAN.

Kepada tuan/puan/en/cik/datuk dan juga sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai program ini, sila berhubung dengan :

9W2KMT : MOHD FADZLULLAH H/P : 019-2993168
9W2MUC : SHAHRUL H/P : 012-3367735
9W2CYN : PAK HUSSIN H/P : 016-2058670
9W2MDY : PAK MAHADY H/P : 012-3982577

امبيل ڤلواڠ اين اونتوق ديري،كلوارڬ دان ورڬ اماتور
٩و٢ري

1 comment:

H O O D S said...

salam...
saya berminat untuk sertai korban ini..kalo boleh dengan sape saya perlu transfer duit rm80 untuk 5 bulan tu?

thanks

9w2bjj

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...