Friday, September 26, 2008

Pesanan Dan Saranan Pengurus Astra Selangor Dan Wilayah Persekutuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri



A'kum warahmatullah hiwabarakutuh,

Kepada semua warga astra tengah dan semua warga amatur muslim dan muslimat, saya sekeluarga mengambil kesempatan in utk mengucapkan selamat menyambut hari kemenangan 1 syawal 1429h.

Insyaallah tidak berapa hari lagi yang tinggal kita akan bersama-sama dengan sanak saudara di kampung akan merayakan hari raya aidil fitri, hari kemenangan setelah kita menjalani ibadah puasa selama sebulan.

Di kesempatan ini ingin saya mengingatkan diri saya sendiri dan kepada warga astra tengah semua, agar,semasa pergi dan balik ke kampung nanti, kita semua akan lebih berhemat dan lebih waspada ketika memandu dijalan raya. Pastikan keselamatan adalah menjadi objektif utama dalam pengendalian kenderaan kita ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Agar kita akan samapai ke destinasi masing-masing tanpa sebarang musibah, insyaallah.

Dan di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua warga amatur terutama warga ASTRA TENGAH, atas segala salah silap yang terjadi ketika bersama dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan "ham"
Selamat menyambut aidil fitri maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

73 de 9w2yr.

0 comments:

Kod Etika Radio Amator

1. Amator Radio Berjiwa Perwira
2. Amator Radio adalah Setia
3. Amator Radio adalah Progresif
4. Amator Radio adalah Ramah Tamah
5. Amator Radio adalah Berjiwa Seimbang
6. Amator Radio Patriotik
Penafian : Pihak Astra-Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami
disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah tidak mengangu mana-mana pihak dan maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar.

Hakcipta Terpelihara © 2008 Astra Tengah Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above