Saturday, April 12, 2008

Selamat Datang

Selamat datang ke blog rasmi Astra Kawasan Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Di sini, ahli-ahli Astra di kawasan Lembah Klang dapat mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Di samping itu, diharap blog ini juga mampu mengeratkan lagi tali persahabatan di antara rakan-rakan radio amatur yang lain.

ASTRA (Persatuan Radio Amatur Melayu Utara Semenanjung Malaysia) telah ditubuhkan pada 2 Ogos 1997. Sehingga kini keahlian Astra telah menjangkau ke lebih kurang 1400 orang. Tujuan Astra ditubuhkan termasuklah:

  1. Meningkatkan pengetahuan sains dan amalan komunikasi radio amatur bagi menggalakkan pertukaran maklumat sesama ahli, mengadakan latihan serta memajukan pengetahuan tentang aspek dan tujuan bidang komunikasi secara amatur sebagai teknologi dan kemajuan masa kini dan masa hadapan.

  2. Memupuk semangat perpaduan di samping menanam tatacara hidup berdikari sambil mengenali prinsip hidup berdisplin di kalangan ahli-ahli serta menggalakkan minat orang ramai khasnya golongan remaja dalam bidang sains radio amatur.

  3. Memberi khidmat bakti kepada masyarakat sekeliling dalam kerja-kerja alam luar kemasyarakatan dan perkhidmatan kebajikan, aktiviti sosial dan lain-lain aktiviti yang berfaedah dalam bidang sains radio amatur serta membantu pihak yang berkuasa dalam kerja-kerja kebajikan khasnya semasa berlaku bencana alam seperti bangunan runtuh, kemalangan jalanraya, kemalangan di laut, tanah runtuh, banjir dan sebagainya. Juga bantuan komunikasi kepada agensi kerajaan seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia serta yang lain-lain.

  4. Menyediakan kemudahan komunikasi untuk ahli-ahli dan ahli radio amatur khususnya di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan menyediakan stesyen-stesyen komunikasi (repeater) di lokasi-lokasi tertentu yang sesuai dengan kemajuan teknologi komunikasi terkini, dan menepati Wawasan 2020 yang menyarankan orang-orang Melayu bersedia serta mampu bersaing dalam era teknologi komunikasi yang bertambah canggih pada abad-21.

  5. Merupakan satu badan yang memberi latihan tentang komunikasi serta menjalankan pemancaran dan penerimaan siaran mengikut Akta yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.

No comments:

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...