Monday, September 26, 2011

Ucapan Selamat Berjaya Kepada Calon2 Ujian Kod Morse (CW) Siri 2011-2.


AWT mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan & semoga berjaya kepada semua calon dari lokalan V33, V47, GESS, AJK AWT & semua calon di Selangor & Malaysia amnya  yang akan menduduki 'Ujian CW' (Siri 2011-2). Peperiksaan tersebut bagi kawasan Tengah akan diadakan pada 28-Sept-2011, hari Khamis, 10.00 pagi di Ibu Pejabat SKMM, Cyberjaya.
Diharap semua bakal2 calon 9M2 akan dapat datang awal & tenang aje semasa menghadapi peperiksaan tersebut.
73 de 9W2JSM (J.Sham), Penolong Setiausaha AWT.

Monday, September 12, 2011

Ucapan Terima Kasih - Sambutan Aidilfitri 2011



AWT mengucapan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 di kawasan Wilayah Tengah, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka & Johor yg telah hadir & menjayakan majlis sambutan Aidilfitri & sempena lawatan Presiden & AJK Astra Pusat pada 8-Sept-2011 di Bandar Kinrara.

Terima Kasih kepada rakan2 yang telah menaja & membawa Juadah serta Minuman bagi menyerikan lagi majlis tersebut. Kami AJK AWT memohon kemaafan seandainya ada kekurangan serta kelemahan dari pihak kami bagi menjayakan majlis tersebut.

Akhir sekali AWT merakamkan penghargaan & terima kasih kepada Barisan Tetinggi ASTRA yg telah berjaya mengadakan Mesyuarat bersama2 AJK AWT bagi membincangkan beberapa isu & penerangan terkini ASTRA. Semoga kita dapat berjumpa lagi di Syawal yg akan datang, Insya-Allah..

AWT merakamkan Terima Kasih Kepada Petugas-Petugas:
9W2 SCQ, Meja Pendaftaran & Bayaran.
9W2 JQQ, Pengacara Majlis / MC & Bacaan Doa.
9W2 ZBV, Simplex Calling Channel - V38, 145.475 Mhz.
9W2 VAN, P.A System.
9W2 CAX, Jurugegas.
9W2 MHC, 9W2 DMV, 9W2 ZLZ, Juru Gambar.
9W2 THA, 9W2 MHN & 9W2 OOS, Persiapan Tempat.
9W2 BMX, 9W2 LHY, Persedian Makanan.
9M2 YRS, 9W2XYM, Penyambut Tetamu.
9W2 BHL, 9W2 UZE, Memandu arah / Menjemput tetamu kehormat.
9W2 JSM, Pendaftaran & Pembaharuan Ahli.
Juga kepada Semua yg telah terlibat secara tidak langsung.

73, Laporan de 9W2 JSM, J.Sham..

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...