Saturday, August 27, 2011

Majlis Sambutan Aidilfitri ASTRA Wilayah Tengah 2011.




Sempena lawatan Y.Bhg. Presiden ASTRA ke AWT maka satu majlis Muzakarah & Sambutan Aidilfitri akan diadakan seperti dibawah:
Tarikh   :   8-Sept.-2011 (Hari Khamis)
Masa     :   Sessi 1 (6:00 pm) - Muzakarah diantara AJK AWT & Presiden ASTRA.   
                 Sessi 2 (8.00 pm) - Sambutan Aidilfitri AWT Bersama Presiden ASTRA.
Tempat :   Balai Masyarakat BK2, Jalan 2/10, Bandar Kinrara, Puchong.
                  (Bersebelahan Sek. Ren. Seksyen 1, Bandar Kinrara)
                  GPS / Coordinate: N 3º 3.130’   E 101º 38.639’ (Garmin)
Jamuan :  ‘Pot-Luck’ (Kueh Raya / Juadah, seikhlas hati & tiada paksaan) + RM5 (Sewa Kerusi, Meja & Lain2). *Tetamu dari luar Selangor & Sponser Majlis tidak perlu membayar RM5.
Pakaian :  Baju Raya / Baju Kemeja AWT / Pakaian Formal.
Monitoring Freq.: V38 = 145.475 Mhz (Lead by 9W2 ZBV).
* Pemberian Duit Raya oleh Pengurus AWT kepada 100 kanak-kanak yang sampai awal.


Aturcara Majlis Sambutan Hari Raya ASTRA Wilayah Tengah Tahun 2011 (Tentative):
Pengerusi Sambutan: Tn. Hj. Mohamad Yusuff bin Wahid, 9W2HYY (Biro Kebajikan).
Pengacara Majlis / MC: 9W2 JQQ, Tn. Hj. Razif / Pak Razif.
8.00 mlm : Ketibaan Tetamu & Pendaftaran Kehadiran.
8.30 mlm : Ketibaan Tetamu Undangan.
8.45 mlm : Majlis dimulai dengan Bacaan Doa oleh Ust. Mohamed (9W2 BTK).
9.00 mlm : Ucapan Alu-Aluan Pengurus AWT (9W2 XYM).
9.10 mlm : Ucapan Presiden ASTRA, Y.Bhg Dato’ Bahari Bin Taib (9W2 DBT).
9.30 mlm : Jamuan Hari Raya & Ramah Mesra.
10.30 mlm : Bergambar Beramai-Ramai.
11.00 mlm : Gotong Royong Mengemaskan Dewan.
11.30 mlm : Acara Tamat & Bersurai.
Laporan, de 9W2JSM (J.Sham)

Monday, August 22, 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim.





Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Ibu Tunggal, Miskin & Warga Emas telah diadakan pada 20 Ramadhan 1432H, bersamaan dengan 20-Ogos-2011 di Surau Al-Ittihad, Pesiaran Tun Teja, Taman Tun Teja, 48000 Rawang, Selangor.
Pihak ASTRA Wilayah Tengah telah turut sama menderma utk majlis tersebut, iaitu sebanyak RM550 (RM200 drpd ASTRA Wilayah Tengah & RM350 drpd GESS).


Sebanyak 10 Station telah hadir di majlis tersebut:
1. 9W2OOS SALLEHUDIN BIN HASHIM
2. 9W2JSM NOOR RISHAM BIN MD ARUS
3. 9W2EDK JUNAIDI BIN JABIDIN
4. 9W2BHL MOHD FARID BIN SUDIN
5. 9W2KIZ AZMAN BIN MOHAMED ARIFFIN
6. 9W2YTX KAMARUZZAMAN BIN DIDOK
7. 9W2EDQ WAN ADILAH BINTI WAN NAZLI
8. 9W2UZE YUSRI
9. 9W2CAX AMRAN
10. 9W2BZE WILLIAM WONG


Program yg bermula dari pukul 6 petang itu tamat selepas Solat Tarawih. Pengerusi Surau Al-Ittihad Tn. Hj. Abu Bakar Jarai merakamkan ribuan terima kasih diatas sumbangan derma yg telah diterima, semoga sumbangan ikhlas ini mendapat balasan yg berlipat kali ganda lagi dari Allah SWT. Amin..
73.. de 9W2JSM.

Tuesday, August 16, 2011

Majlis Berbuka Puasa Di Surau Al-Ittihad.



Satu majlis Berbuka Puasa akan diadakan di Surau Al-Ittihad (Anjuran Surau Al-Ittihad, Pesiaran Tun Teja, Taman Tun Teja, 48000 Rawang, Selangor)
Tajuk: Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Ibu Tunggal, Miskin & Warga Emas.
Tarikh: 20 Ramadhan 1432H, bersamaan dengan 20-Ogos-2011.
Masa :  6.00pm hingga 8.30pm (Hari Sabtu).
Tempat : Surau Al-Ittihad, Pesiaran Tun Teja, Taman Tun Teja, 48000 Rawang, Selangor.

Aturcara Majlis: (Info drpd. Tn. Hj. Abu Bakar Jarai, Pengerusi Surau)
5.30 ptg – 6.00 ptg: Ketibaan para tetamu & peserta jemputan bantuan
6.00 ptg – 6.05 ptg: Ucapan aluan ringkas Pengerusi majlis
6.05 ptg – 6.30 ptg: Tazkirah Oleh Ustaz Fauzi
6.30 ptg – 7.00 ptg: Penyampaian bantuan kepada peserta
7.28 ptg – 7.45 mlm: Majlis Berbuka Puasa
7.45 mlm                 Solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm                 Majlis bersurai.

1. Kepada Rakan2 yg ingin membuat sumbangan ikhlas, boleh berhubung dengan Biro Kebajikan 9W2HYY, Tn. Hj. Yusuf, H/P: 019-3352595 sebelum 19-Ogos-2011, pukul 5.00 ptg.
2. Kepada Rakan2 yg berkelapangan dijemput hadir utk memeriahkan lagi majlis tersebut. Sebarang pertanyaan tentang aturcara majlis tersebut boleh berhubung terus dengan 9W2OOS Pak OS / Pak Sallehudin, H/P: 016-2907091.


Semoga sumbangan ikhlas & kehadiran Rakan2 dapat menjayakan lagi majlis dan mendapat balasan yg berlipat kali ganda lagi dari Allah SWT. Amin..
73.. de 9W2JSM.

Monday, August 15, 2011

Senarai Permohonan Keahlian ASTRA.



Permohonan2 berkenaan Ahli ASTRA yg telah diterima oleh AWT sejak bulan Mei-2011 sehingga bulan September-2011 adalah seperti berikut:


Keahlian Ahli Bersekutu Kategori 1:
Ref.: AWT/SU/AHLI/2011/001 to 034.
1. 9W2 ROB, MOHD RODZI B. ISMAIL
2. 9W2 YUP, JUMAYOB BIN HARON
3. 9W2 INS, MOHD RAFIUDDIN B. ISMAIL
4. 9W2 KRO, KAMARUL BAHRAIN B. ABDULLAH
5. 9W2 YMD, ABDUL HAMID BIN ISHAK
6. 9W2 UJO, JOHARI ALI
7. 9W2 PGQ, SHAMSUL NIZAM ZAKARIA
8. 9W2 AZX, AZIRAN BIN ABDUL MAJID
9. 9W2 PHK, MOHD ISZAL BIN ISMAIL
10. 9W2 VEK, NUR FADHLAN B. HARUN
11. 9W2 BJR, AZMAN SARKAWI
12. 9W2 MZQ, MOHD ZAMRI B HJ. ZAKARIAH
13. 9W2 KSI, MOHAMED ANWAR B AHMAD TARMIZI
14. 9W2 RLX, ABDUL RAUF BIN AMAN
15. 9W2 SCX, BADRUL HISYAM BIN HJ. MOHD BAHROM
16. 9W2 MXR, MAHADZIR BIN ABD. RASHID
17. 9W2 SKG, SAK'RANI BIN ABDUL SAMAD
18. 9W2 NMX, ZAMRI BIN OMAR
19. 9W2 VCO, SAHRUN NIZRI BIN RAKIP
20. 9W2 JJQ, MOHD NOOR EKHSAN BIN MOHD SALLEH
21. 9W2 RTV, AHMAD ROSLEE BIN AHMAD TARMIZI
22. 9W2 VHF, MUHAMMAD HANIF BIN KHAIRUL JOHARI (baru terima, akan dihantar secepat mungkin)*
23. 9W2 ENQ, EFFARZ EMRAN BIN AHMAD
24. 9W2 VAN, IDZUAN BIN IDRUS
25. 9W2 UZE, YUSRI ANUAR BIN YAHAYA
26. 9W2 EDU, MOHD IKMAL BIN ZAINUDDIN
27. 9W2 WQP, MD ZAMRI B ABDULLAH
28. 9W2 ZNQ, MOHD NIZAM B MURAD
29. 9W2 FWR, FAKRUL ANWAR B AHMAD
30. 9W2 GND, GHAZALI BIN DAUD
31. 9W2 MYX, AHMAD HELMIRUDDIN B RIDZUAN
32. 9W2 AIX, AHMAD IDRISZULDIN B RIDZUAN
33. 9W2 XNO, NOOR MUHAMMAD B RIDZUAN
34. 9W2 FDX, AHMAD HASSANUDDIN AFENDY BIN RIDZUAN


Pembaharuan Keahlian Ahli Bersekutu Kategori 1:Ref.: AWT/SU/AHLI/2011/RNEW/001 to 013.
1. 9W2 RVS, NO. 2065, RAZMANI RAHIM
2. 9W2 CEM, NO. 1751, SHAMSUL ANUAR BIN ADNAN
3. 9W2 SZZ, NO. 1704, SAIFUZZAMAN B ABDUL KARIM
4. 9W2 IIT, NO. 2075, MUSTAFFA BIN SAAIDIN
5. 9W2 GPI, NO. 2050, AHMAD SYAMSUL ARIFIN B. SULAIMAN
6. 9W2 SDO, NO. 2012, MUHD RAZAIDI BIN MD DESA
7. 9W2 BIZ, NO. 2072, BAHARRUDDIN BIN MAT DOM
8. 9W2 BTK, NO. 1557, MOHAMED BIN JAAFAR
9. 9W2 SSQ, NO. 1822, SYAIFUL AMRI BIN ABDULLAH
10. 9W2 YTX, NO. 0010, KAMARUZZAMAN BIN DIDOK
11. 9W2 DMV, NO. 1943, KHAIRIL AZRI IDRIS (baru terima, akan dihantar secepat mungkin)*
12. 9W2 SJY, NO. 2051, NAZRI BIN DASUKI
13. 9W2 JAL, NO. 2078, JALIL BIN SUBOH

Keahlian Ahli Bersekutu Kategori 2:Ref.: AWT/SU/SWL/2011/001 to 008.
1. SWAL, ABDUL KARIM ABU BAKAR
2. SWAL, CHE WAHAB B ISMAIL
3. SWAL, MAHADI BIN HASSAN
4. SWAL, NOR AZELI BIN AHMAD
5. SWAL, JAMILAH BT OSMAN
6. SWAL 1733, MOKHTAR B AWANG KECHIK
7. SWAL, FAIZAL BIN ROSMADI (baru terima, akan dihantar secepat mungkin)*
8. SWAL, AIZZUDDIN B ALADDIN

Semua permohonan (kecuali yg baru diterima*) telah pun dihantar ke ASTRA Pusat bagi tindakan selanjutnya. Jika ada sebarang kesilapan ejaan & kesilapan no. ahli, sila hantar email kepada (astra.tengah@gmail.com).

Laporan oleh 9W2JSM (J.Sham)

Friday, August 12, 2011

Jemputan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Anjuran Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.



ASTRA Wilayah Tengah telah menerima jemputan bagi majlis tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah..
Majlis ini akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 14-Ramadhan-1432H bersamaan dengan 14-Ogos-2011 (Ahad).
Masa: 6.00pm hingga 10.00pm.
Tempat: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah, Jalan Johan Setia, Klang.
Tujuan: Program ini merupakan program Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan & Bantuan kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan oleh Para Penderma-Penderma.

Sedikit informasi Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim & Miskin Al-Munirah.
Alamat: Lot 15772, Jalan Johan Setia, Off Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Jumlah Pelajar = 46 Orang (21 orang pelajar perempuan, 12 orang daripadanya masih diperingkat Sekolah Rendah & 25 orang lelaki)
Jumlah Tahfiz = 22 Orang (lelaki).
Jumlah Besar Anak-Anak Yatim = 68 Orang.
Jumlah Kakitangan (Pegawai, Warden & Pembantu) = 19 Orang.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Operasi: Tn. Hj. Mohd Jalil B Marzuki (Imam Jalil).
No. Tel: 03 - 3324 7758.   FAX.: 03 - 3324 0906.

Kepada Rakan2 Amatur yg ingin memberi sumbangan derma atau turut serta memeriahkan majlis tersebut diminta menghubungi 9W2JSM, J.Sham H/P: 013-3408102 atau Biro Kebajikan 9W2HYY, Tn. Hj. Yusuf H/P: 019-3352595, sebelum pukul 6.00 petang, 13-Ogos-2011 (hari Sabtu) bagi tempahan tempat.
Akhir sekali, diharap Rakan2 dapat mengadakan beberapa lawatan ke rumah anak-anak yatim bagi memberi sebarang sumbangan dan bantuan atau sokongan moral & emosi agar mereka dapat merasai kasih sayang dari semua makhluk Allah SWT. terutamanya pada bulan Ramadhan yg mulia ini.
Raikan Ramadhan Dengan 'Meraih Butiran Pahala & Mengejar Lambaian Syurga'..
Laporan oleh 9W2JSM (J.Sham)

Thursday, August 11, 2011

'Sahur Net' Di ASTRA, 1432 Hijriah (Kali ke 10)..


Sempena bulan Ramadhan ini, pihak ASTRA telah bersetuju untuk menjalankan aktiviti tahunannya iaitu 'Sahur Net'. Program ini telah menjangkau usia 10 tahun pada tahun ini, dimana program pertama 'Sahur Net' telah dijalankan pada tahun 2001 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan diantara ahli2 ASTRA. Selain kita memeriahkan jaluran di waktu Sahur & untuk menguji Pengulang (Repeater) yg akan digunakan serta meningkatkan mutu penerimaan RX & TX ke Pengulang drpd Mobile, Portable dan Base Station rakan2 semua. Secara tidak langsung dapat juga kita mengejutkan rakan2 yg sedang lena tidur untuk bangun bersahur.
Seperti suasana waktu bersahur di Kampung dahulu, ada kampung2 yg menjalankan aktiviti yg dinamakan 'Ketuk2' yg bertujuan untuk membangun / mengejutkan penduduk kampung yg lena tidur supaya bangun bersahur tetapi kita di ASTRA melakukan seperti itu juga tetapi dengan menjalankan acara 'Sahur Net'. Semoga aktiviti ini memberikan manafaat kepada kita & mendapat sambutan yg positif.

Pengawal Rangkaian (Net Controller) 'Sahur Net' akan dikendalikan oleh 9M2YRS, Pak Yob yg merupakan Pengawal Rangkaian tetap sejak 10 tahun yg lalu. Manakala waktunya akan bermula pada pukul 4.30 pagi & akan tamat apabila masuknya waktu imsak di kawasan Pengawal Rangkaian.
Insya'allah, pada tahun ini, sebelum 'Sahur Net' dimulakan, kita akan mendengar sedikit Pesanan / Tazkirah Ringkas Ramadhan dari Ustaz yg akan dijemput nanti.

Jangan ketinggalan untuk Check-in dalam program 'Sahur Net' di ASTRA (Jalur Panjang / Transnasional) pada setiap pagi dalam bulan Ramadhan ini.
Pihak Siaraya ASTRA Pusat akan memberitahu jika sekiranya berlaku sebarang perubahan program jadual tersebut.

73..
Laporan oleh 9W2JSM (J.Sham).
Pen. Setiausaha ASTRA Wilayah Tengah.

Monday, August 8, 2011

Tindakan Yang Perlu Diambil Apabila 'AA' Tamat Tempoh.


Penguntukan Radas / Apparatus Assignment (AA) ialah penguntukan yang dikeluarkan kepada seseorang atau syarikat yang hendak menggunakan atau menjalankan operasi peralatan tanpa wayar dalam jalur frekuensi tertentu. Terdapat 6 jenis AA iaitu:
     i.   Perkhidmatan Tetap
     ii.  Perkhidmatan Radio Penentuan
     iii. Perkhidmatan Angkasa Lepas
     iv. Perkhidmatan Amatur 
     v.  Perkhidmatan Bergerak
     vi. Perkhidmatan Penyiaran

Sila ambil perhatian, Pemegang AA yang gagal membuat permohonan semula bagi 2 tahun berturut-turut selepas 'AA'nya telah tamat tempoh, isyarat panggilan tersebut akan ditarik balik. 

Apakah yang perlu saya lakukan apabila tempoh AA saya tamat? 
Di bawah Peraturan 24 Peraturan-Peraturan (Spektrum) 2000, pemegang AA boleh, tidak kurang daripada enam puluh (60) hari sebelum tamat tempoh AA membuat permohonan baru untuk meneruskan penggunaan radas. Walaubagaimanapun, SKMM juga akan memaklumkan pemegang AA berkenaan tarikh tamat tempoh AA melalui notis ehsan kepada pemegang AA  dalam tempoh sembilan puluh (90) hari sebelum tarikh tamat AA. Pemegang AA boleh menyerahkan pembayaran mengikut notis jika tiada perubahan dibuat.

Apakah implikasi sekiranya AA telah tamat tempoh?
Sekiranya AA telah tamat tempoh dan tiada permohonan semula dibuat, penggunaan frekuensi tersebut dianggap melanggar peraturan dan pihak SKMM boleh mengambil tindakan terhadap pengguna spektrum tersebut seperti  di dalam Seksyen 157 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Apakah implikasi kepada ketidakpatuhan AA? 
Bagi sebarang ketidakpatuhan AA, SKMM berhak mengenakan hukuman kepada pengguna spektrum di bawah Seksyen 157 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. Hukuman kerana melanggar seksyen tersebut ialah denda tidak melebihi daripada RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: SKMM

Wednesday, August 3, 2011

Ucapan Presiden ASTRA Sempena Ulang Tahun ASTRA Ke 14..



3-Ogos-11 (Rabu): Rakaman ucapan oleh Presiden ASTRA, Y.Bhg. Dato' Bahari Bin Taib (9W2DBT) di acara '2 Meter Net Khas' sempena Ulang Tahun ASTRA yang ke 14 di Jalur Panjang/Transnasional ASTRA pada 2-Ogos-2011 (Selasa), 22:30Hrs.


73, Laporan Oleh 9W2JSM (Penolong Setiausaha ASTRA Wilayah Tengah).

Keputusan RAE 2011/1 Sudah Diumumkan..

Salam Ramadhan kepada pengunjung2 laman blog ASTRA Wilayah Tengah.
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun mengeluarkan keputusan RAE 2011 Siri 1.



Tuesday, August 2, 2011

'2 Meter Net Khas' Sempena 'Ulang Tahun Ke 14 ASTRA'




ASTRA akan mengadakan program '2 Meter Net Khas' sempena 'Ulang Tahun Ke 14 ASTRA' akan diadakan bermula pukul 22:00 Hrs (2-Ogos-2011) sehingga pukul 04:30 Hrs (3-Ogos-2011). 
Seramai 14 orang Pengawal Rangkaian & seorang Pengawal SMS (H/P: 013-4895631) akan mengendalikan Net tersebut:
1. 9W2IBS, IBRAHIM BIN SABRAN
2. 9W2MYR, NORUL AMIN BIN HAMSAN
3. 9M2MGL, AZMAN BIN ALI
4. 9W2YBY, YUSMAN BIN YAHYA
5. 9W2MX, MD ISA BIN MD NAPIAH
6. 9W2JZY, AHMAD JASNI  BIN MAT ISA
7. 9W2EXL, MOHAMAD SHALIHIN BIN ABDUL WAHAB
8. 9W2OCY, MOHD ROZEI BIN ABU
9. 9W2WNT, MOHAMAD NOR HIDZWAN BIN KAHAR
10. 9W2NBF, MOHAMAD UDISUNATA BIN MOHAMED LAJI
11. 9W2JQQ, MOHD RAZIF BIN HUSAINI
12. 9W2ZBV, ZAMRI BIN AZIZ
13. 9W2EKT, MOHAMAD RASHIDY BIN OSMAN
14. 9W2IKU, SOHAIMI BIN ABDULL HAMID
Rakan2 juga boleh check-in melalui SMS. Pengawal SMS adalah 9W2CSE MOHD NORHIZAM BIN KAHAR. H/P: 013-4895631.
Program '2 Meter Net Khas' ini dijangka tamat pada pukul 04:30 Hrs (3-Ogos-2011) & akan disambung pula dengan Net Sahur yg akan dikendalikan oleh 9M2YRS, ABD RASID BIN AHMAD SIDEK (Pak Yob).
Semua Rakan Amatur dijemput mengambil bahagian & penyertaan anda semua amat dialu-alukan.
Penyusunan semula program & sebarang perubahan akan dinyatakan oleh Biro Siaraya, ASTRA Pusat.
73, Laporan Oleh 9W2JSM (Penolong Setiausaha ASTRA Wilayah Tengah).

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...