Friday, May 27, 2011

TEMPAHAN BAJU KEMEJA F1 ASTRA WILAYAH TENGAH..



Adalah dimaklumkan bahawa harga baju kemeja F1, Astra Wilayah Tengah telah pun ditetapkan seperti berikut:
a) Baju Lelaki sebanyak RM65 sahaja sehelai.
b) Baju Wanita sebanyak RM70 sahaja sehelai.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 9W2HYY, Hj. Yusuff, H/P: 019-3352595 (Biro Kebajikan)

73, 9W2JSM..

Mesyuarat Kedua Jawatankuasa ASTRA Wilayah Tengah 2011/2012




Mesyuarat Kedua (2) Jawatankuasa AWT 2011/2012 telah diadakan:
Tarikh : 25-Mei-2011 (Hari Rabu)
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Restoren Haji Cafe, Lot. 7460, Kg. Baru Bt. 14 (Bandar Bukit Puchong).
(Bersebelahan ‘The Heron Condominium’)
GPS / Coordinate: N 02º 59.352’ E 101º 37.613’ (Garmin)
Pengerusi: En. Mohd Yunus bin Abdul Malek, 9W2XYM (Pengurus Negeri)

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh, ASTRA Wilayah Tengah Ucap Takziah


ASTRA Wilayah Tengah (AWT) ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh yang melibatkan bangunan asrama Rumah Anak-Anak Yatim & Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat Selangor pada 21-Mei-2011 (Sabtu), di mana setakat ini disahkan 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal. AWT berharap keluarga mangsa akan tenang & sabar menghadapi dugaan Allah ini.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden & kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. Kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang. Akibat kejadian itu, sebahagian bangunan pertama blok hadapan musnah teruk & runtuh di bahagian kanan manakala satu lagi bangunan tidak terjejas.

Beberapa orang penduduk di situ mendakwa mereka mendengar bunyi dentuman & runtuhan sebelum bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Pasukan Mencari & Menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan kesemua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut. Operasi bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira pukul 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Terima kasih kepada semua yang terbabit seperti Pasukan Bomba & Penyelamat, Jabatan Polis, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), St John Ambulans, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), penduduk kampung, Pengendali Radio Amator & orang ramai yang sama-sama membantu.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. “kepadaNya kita datang & kepadaNya kita kembali”

“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,”

73, 9W2JSM (J.Sham)

Monday, May 16, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH

Eyeball Bersama Rakan Orari Di Tasik Titiwangsa (15-Mei-2011, 10pm)

9W2DJM (Pak Din) & 9W2JSM (Jsham)

Kunjungan Rakan Orari

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,
ASTRA Wilayah Tengah (AWT) ingin mengungkapkan rasa syukur ke hadirat Allah SWT, dan mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas segala sambutan dan sokongan yang telah diberikan oleh ahli-ahli ASTRA semua sempena HAMFEST 2011 yang telah diadakan di Menara KL pada 14&15-Mei-2011 yang lalu.

Ada yg datang dari jauh semata2 untuk bersalaman dengan rakan2 semua demi mengeratkan lagi Ukhwah sesama kita.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan disekitar tapak Festival. Antara yg telah dapat dijalankan yang melibatkan AWT adalah Kelas RAE, DXing, Fox Hunting, 2M Net Special Event, Mega Eyeball, Semakan Keahlian ASTRA, Kemaskini Data Keahlian AWT, Pengambilan Kad Ahli yg telah siap, Pesanan Baju Rasmi AWT, Survey Tentang Khairat Kematian untuk AWT, Menerima Aduan / Cadangan Ahli ASTRA.
Kepada yang tidak berkesempatan menghadirkan diri diharap dapat bersabar & semoga kita dapat berjumpa lagi di majlis Mega Eyeball yang lain pula.

ASTRA Wilayah Tengah (AWT) mewakili ASTRA Pusat merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur HAMFEST 2011, JASRA, KRAMAT, MARES, MARTS dan PEMANCAR kerana membantu kami yang buat pertama kali membuka meja di HAMFEST Malaysia.

Tidak lupa juga penghargaan kepada 9M2GTR, abg Faizal & 9M2AGC, abg Azlan diatas bantuan & tunjuk ajar yang telah diberikan semasa membimbing Kelas RAE yang telah dihadiri seramai 29 orang Peserta yang bakal menduduki RAE pada bulan Jun nanti.

AWT turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jawatankuasa AWT, Ahli ASTRA, 9W2JJX (Pengawal Rangkaian, 2M Net), 9W2FYI, 9W2BHL, 9W2CEH, 9W2ZZV, 9W2YUP, 9W2ROB, 9W2INS, 9W2BMY,9W2BIZ & SWLYusri yg telah turut sama memberikan bantuan & kerjasama.

Semoga jasa baik anda semua dibalas Allah dengan keberkatan.

Wassalam..

Thursday, May 12, 2011

Mesyuarat Persiapan Terakhir HAMFEST 2011..

Mesyuarat Persiapan Terakhir HAMFEST 2011 telah diadakan di Felda Jalan Semarak, 11-Mei-2011, 9.00pm.. Antara yang telah dibincangkan:

i. Class RAE akan diadakan untuk mengisi tabung ASTRA Wilayah Tengah. Sambutan amat mengalakan.
ii. DXING 80meter & 40meter - pasti akan diadakan.
iii. Beberapa persiapan tentang ASTRA (Flyer, Borang Aduan/Cadangan, Kad Ahli yg telah siap, Borang Tempahan Baju Rasmi ASTRA Wilayah Tengah, Borang Survey tentang Khairat Kematian Berkelompok untuk Ahli ASTRA Wilayah Tengah).
iv. Komunikasi Pandu Arah ke Tapak HAMFEST menggunakan Simplex V44 = 145.550MHz.
v. Hanya tapak Perkhemahan sahaja tidak dapat disediakan kerana ruangan perkhemahan telah penuh. Group
ORARI seramai 30 orang kemungkinan akan menginap di sekitar hotel di Brickfield. Manakala rakan2 dari Brunei & Thailand akan tinggal di sekitar Kuala Lumpur.

Wednesday, May 11, 2011

Jawatankuasa ASTRA Wilayah Tengah Menziarahi Rakan Amator..



Pada 10-Mei-2011: Syukur.. Jawatankuasa ASTRA Wilayah Tengah & beberapa rakan Amator (10 orang) telah menziarahi 9W2WKN, Cikgu Ismail. Kegembiraan terpancar diraut wajahnya semasa menerima kunjungan kami biar pun dalam masa yg sama beliau terpaksa menahan sakit belakang dll. Semoga beliau cepat sembuh..
Terima kasih kepada Group Eyeball Simpang Semarak yang telah membuat sumbangan derma yg telah disampaikan oleh Pengurus Negeri ASTRA Wilayah Tengah..

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa ASTRA Wilayah Tengah 2011/2012

Mesyuarat Pertama telah diadakan:
Tarikh : 27-April-2011 (Hari Rabu)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Balai Masyarakat BK2, Jalan 2/10, Bandar Kinrara, Puchong.
(Bersebelahan Sek. Ren. Seksyen 1, Bandar Kinrara)
GPS / Coordinate: N 3º 3.130’ E 101º 38.639’ (Garmin)
Pengerusi: En. Mohd Yunus bin Abdul Malek, 9W2XYM (Pengurus Negeri)

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...