Friday, July 30, 2010

Semak Keputusan RAE Anda Segera!!!!


http://rae.skmm.gov.my/rae_2010_2.asp

tahniah kepada yang berjaya, kepada yang belum, cuba dan cuba lagi...

Monday, July 26, 2010

PENGUMUMAN - PESANAN DARI PENGURUS NEGERI ASTRA WILAYAH TENGAH

Suatu mesyuarat bulanan akan diadakan seperti di bawah:

Tarikh: 27/7/2010
Tempat: Clubhouse, Glenmarie
Masa: Selepas 8:30pm
Kehadiran: Semua AJK diwajibkan hadir dan ahli2 dijemput hadir bersama...

Morse Code Test 2/2010



The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) will be
holding the third series of the Radio Amateur Examination (RAE) and the
second series of the Morse Code Test for the year 2010, pursuant to
Regulation 26(2) of the Communications and Multimedia (Technical
Standards) Regulations 2000.
...
For further details please click on the links below:

http://www.skmm.gov.my/index.php?c=public&v=art_view&art_id=724

Friday, July 16, 2010

Berita Kebajikan - Mohon sumbangan dan prihatin rakan-rakan.




ASTRA WILAYAH TENGAH baru mendapat berita bahawa seorang rakan ham kita iaitu Saudara Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin callsign 9W2ZEY (keahlian ASTRA #0374) baru ditimpa musibah. Kediaman beliau dan keluarga di No. 11, Tmn. Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor telah hangus dalam satu kebakaran pada 11hb Julai 2010 baru-baru ini. Alhamdulillah, beliau dan keluarga terselamat tetapi kediaman dan segala barang-barang dan dokumen penting beliau hilang 100% dalam kebakaran tersebut.

Lihat disini: http://www.youtube.com/watch?v=FY7HjwB4HcM&feature=player_embedded

Dengan ini ASTRA WILAYAH TENGAH melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu saudara kita 9W2ZEY agar dapat meringankan beban yang ditanggung beliau. Segala sumbangan wang ringgit boleh disalur terus kepada akaun bank beliau seperti di bawah:

Nama: Mohd Hamizi bin Mohd Ariffin
Akaun: 112380222686
Bank: Maybank Berhad

Jika anda berhajat menderma barangan atau mendapat keterangan lanjut, bolehlah menghubungi beliau di talian 012-6409537.

Sekian, terima kasih.

"DARI AMATUR UNTUK AMATUR... BERSAHABAT DI UDARA, BERPIJAK DIBUMI NYATA"

KENYATAAN RASMI ASTRA WILAYAH TENGAH

Merujuk kepada perkembangan terkini sekitar RADIO AMATUR negara, pihak ASTRA WILAYAH TENGAH telah menerima banyak pertanyaan samada melalui SMS, blog, facebook atau pun melalui frekuensi tentang "Hamfest Malaysia 2010" dari rakan-rakan ham seluruh negara.

Dengan ini kami AJK ASTRA WILAYAH TENGAH SEBULAT SUARA ingin memaklumkan kepada semua rakan-rakan amatur bahawa ASTRA WILAYAH TENGAH TIDAK TERLIBAT samada secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran acara tersebut.

Segala pertanyaan sila rujuk terus kepada pihak penganjur atau syarikat yang berkenaan.

Sekian, harap maklum. Terima kasih. 73.

"DARI AMATUR UNTUK AMATUR"

Saturday, July 10, 2010

Pameran Radio Amatur Bersama Penduduk dan SK Seksyen 6, Shah Alam



Diatas permintaan penduduk dan SK Seksyen 6, Shah Alam, ASTRA WILAYAH TENGAH akan mengadakan pameran berkenaan Radio Amatur seperti di bawah:

Tarikh : Ahad, 11 Julai 2010
Masa : 8am - 6pm
Tempat : Sek. Keb. Seksyen Enam, Jalan Belibis 6/5, Seksyen 6, Shah Alam.
Gps Coordinate : N 03 .05.074 E101 30.644

- Kerjasama dan partisipasi rakan-rakan amat dialu-alukan untuk mengendalikan booth.
- Akan dibahagikan kpd 2 pasukan, pagi dan petang.
- Jika anda ada barangan menarik untuk dipamerkan seperti homebrews, peralatan, bahan
cetak dsbnya, juga bolehlah berbuat demikian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Faizal 9M2GTR di talian: 012-3109869.

HARAP MAKLUM.

PERUBAHAN FREKUENSI LINKING TRANSNASIONAL 9M4RGH



Adalah dimaklumkan, berkuatkuasa serta merta setting terhadap frekuensi linking transnasinal di tukar seperti di bawah:

Repeter: 9M4RGH (ex 9WG318)
Frekuensi: 145.675MHz
Offset: -0.600
Tone: 103.5

Harap maklum.

Thursday, July 1, 2010

BARANG2 KEPERLUAN UNTUK GOTONG ROYONG DAN KEGUNAAN CLUB HOUSE

Adalah dengan ini ASTRA WILAYAH TENGAH memohon, merayu dan menggalakkan ahli2 untuk menyumbangkan barangan untuk kegunaan gotong royong dan kelengkapan clubhouse:

Gotong Royong: (boleh didermakan terus atau diambil semula)
Penyapu
Mop, Baldi
Kain Buruk
Alat2 pertukangan (jika ada)
Vacuum Cleaner
Makanan dan minuman

Kelengkapan clubhouse:
Meja Tulis, Meja Komputer etc.
Kerusi Plastik, Bangku etc.
Kipas, Aircond, TV, etc.
Mesin basuh etc
Tikar, Langsir etc.
Katil bujang, Tilam, Bantal etc.
HF, VHF, UHF Radio sets, Antenna's etc.
120' Tower... hehehe
Mobile Comcentre c/w mobile repeater.. hehehehe
...........pendek kata boleh derma apa2 saja kecuali sampah sarap...

Kerjasama anda amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

JADUAL BAYARAN PENGUNTUKAN RADAS (AA) KELAS B



Untuk rujukan semua...

Terima kasih.

Ceria Bersama ASTRA, Setia Bersama ASTRA

BERSAHABAT MELALUI UDARA

Ramai Baru Ceria

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...