Monday, June 28, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA MEMBERSIH DAN RENOVATE CLUBHOUSE ASTRA WILAYAH TENGAH



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Disini kami memohon kerjasama semua terutama AJK/Biro & Ahli-ahli ASTRA dan semua Amatur/SWL bagi memaklumkan serta menjayakan aktiviti seperti dibawah :

Tarikh : 4hb Julai 2010 ( Ahad)
Masa : 1:00 Tghari - Hingga selesai.
Tempat : No 5A Jln. Pengeluaran U1/78, Batu 3 Light Industrial Park,
40150 Shah Alam Selangor

Rujuk Peta : seperti diatas
GPS Info : N03" 4.905' E101" 33.406'

Infokan kpd semua, supaya membawa bersama peralatan-peralatan utk kerja-kerja pembersihan. Sebarang bentuk sumbangan seperti perabot, peralatan-peralatan elektrik ataupun wang ringgit amat dialu-alukan.

Utk details, sila hubungi Program Coordinator dibawah :

9W2WPC - En. Badrul 017-3092630
9M2VOL - En. Kamal 012-3160357

Atau mana-mana AJK/Biro yang berhampiran. Terima kasih diatas sokongan & kerjasama semua.

73s de 9m2gtr
Timb.Peng. Negeri - Astra Wilayah Tengah

Sunday, June 27, 2010

27/06/2010 - BERITA KEBAJIKAN (SILENT KEY)

Dukacita dimaklumkan bahawa rakan kita 9W2KMT Mohd Fadzullah bin Taifor @ Kang Mat telah kembali kerahmatullah malam tadi pukul 1:45am , 27/06/2010 di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Beliau telah jatuh sakit kerana masalah jantung dan telah berada dalam keadaan koma sebulan lebih.

Berita Terkini:

Pada pukul 9:00am, jenazah sedang dimandikan, seterusnya akan dikapankan. Setelah di sembahyangkan, jenazah akan di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Api-Api, Kuala Selangor pagi ini juga dalam pukul 10:00 - 11:00am.

Kepada mana-mana rakan yang ingin berziarah, bolehlah menghubungi:

SWL Zahir (Harmonic 9W2KMT) - 014-2272404

Sumbangan boleh disalur terus ke akaun XYL beliau seperti di bawah:

Nama : Ustazah Zabedah bt. Mohd Daim
No. Akaun: 12010020371710
Bank : Bank Islam Berhad, Klang

Sekian terima kasih. Alfatihah..............

Saturday, June 26, 2010

26/6/2010 - PERUBAHAN terhadap Frekuensi 9M4RBC



Berkuatkuasa serta merta, setting terhadap frekuensi 9M4RBC telah ditukarkan seperti berikut:

Frekuensi Baru: 146.8750MHz
Offset : -0.600
Tone : 85.4

Harap maklum.
Ramai Baru Ceria

Thursday, June 24, 2010

Sumbangan Untuk Keluarga Kang Mat 9W2KMT



Petikan Hadith :

Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”


Setiap anggota masyarakat hendaklah mengamalkan konsep “berat sama dipikul ringan sama dijinjing” di mana atas dasar persaudaraan, seorang saudara tidak akan sanggup dan tidak senang jika melihat saudaranya yang lain ditimpa kemudharatan. Dia tidak akan keberatan untuk membantu sedaya upaya bagi mengurangkan penderitaan mereka yang bernasib malang.Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat. Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su’ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan kepada keluarga Kang Mat 9W2KMT yang masih terlantar di wad ICU Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit jantung. Sesungguhnya bebanan keluarga beliau yang dipikul oleh XYL nya amat berat.
Hanya simpati, sumbangan dan doa dari rakan-rakan diharap dapat membantu sedikit sebanyak meringankan bebanan dan menceriakan keluarga beliau.

Sumbangan boleh disalur terus ke akaun XYL beliau seperti di bawah:

Nama : Ustazah Zabedah bt. Mohd Daim
No. Akaun: 12010020371710
Bank : Bank Islam Berhad, Klang

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi,
anakanda beliau SWL Zahir di talian: 014-2272404
atau XYL beliau di talian: 03-33720731


sekian, terima kasih.

Saturday, June 12, 2010

Jemputan Ke Majlis Pertunangan Harmonic 9W2KDZ Abg. Khalid



Dengan segala hormatnya, menjemput Tun & Toh Puan/ Tan Sri & Puan Sri/ Dato' & Datin / Tuan & Puan / Encik & Cik.. kemajlis Pertunangan anakanda sahabat kita Saudara MOHD KHALID ZAKARIA atau dikenali sebagai 9W2KDZ di alamat dan masa seperti berikut:


No: 10, Jln Lintang 11, Tmn Meru setia 4,
42200 Kapar, Klang, Selangor.

Masa: bermula 7:45pm
Tarikh: 18/6/2010 (Jumaat Malam Sabtu)

Telefon: 012-3779004 (Abg. Khalid)

Monitring Frequensi: V20 & 9M4RBC

Bersama-samalah kita memeriahkan majlis tersebut. Semoga semua urusan berjalan lancar. Amin.

Wednesday, June 9, 2010

Sumbangan Kepada Keluarga 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki




Sumbangan Ikhlas (REVISED)

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innaa lillahi wa innaa ilaihi raajiuun”. Mereka itulah yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Al-Baqarah: 155-157)


Salam sejahtera,

ASTRA Wilayah Tengah menganjurkan kutipan derma kilat untuk membantu 9W2ZKI Saudara Mohd Zuki, base station Sg. Besar, bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung beliau.

Dalam kemalangan yang berlaku pada 11.00pagi hari Sabtu 5/6/2010, XYL beliau kemalangan jatuh motorsikal bersama 2 harmonik beliau. XYL beliau yang cedera parah di kepala telah dikejarkan ke Hospital T.A. Rahimah, Klang, harmonik lelaki berusia 6 tahun yang cedera parah di perut di hantar ke Hospital Teluk Intan dan harmonik perempuan berusia 3 tahun menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sabak Bernam.

Setelah berbagai usaha pihak hospital menyelamatkannya gagal, XYL beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 6.00pagi Ahad 6/6/2010 . Jenazahnya telah selamat dikebumikan pada hari yang sama di tanah perkuburan Kg. Sg. Haji Dorani, Sg. Besar. Pada hari yang sama, harmonik lelaki beliau menjalani pembedahan di perut dan selesai pada 10:30malam dan keadaan beliau sudah stabil buat masa ini. Harmonik perempuan beliau masih dalam keadaan trauma kerana kehilangan ibu tersayang dan juga kerana masih menyusu badan...

Menyingkap kembali sejarah 3 tahun lepas, Saudara Zuki pernah kehilangan 3 harmonik serentak dalam kejadian lemas di kampung beliau di Ulu Mahang, Kulim, Kedah. (Sila lawat link dibawah.)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Sesungguhnya dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Saudara Zuki amat berat terutama dari segi emosi. Semoga beliau tabah mengharungi kehidupan yang mendatang. Sumbangan dan pertolongan rakan-rakan amat bererti bagi beliau yang tertekan dalam keadaan sekarang.

Derma ikhlas daripada seluruh warga radio amatur atau sesiapa yang mengenali beliau boleh disalurkan terus kepada akaun beliau. Berikut adalah butiran akaun untuk menderma:

Bank : Maybank Berhad
Akaun no : 162049615412
Nama : Mohd Zuki bin Abdul Majid


Dalam hidup bermasyarakat, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan arwah XYL serta keluarga kepada Saudara Zuki. Berilah saudara kita ini kekuatan dan harapan agar tabah menghadapi kenyataan.

Dermalah seikhlas mungkin, Allah pasti akan membalasnya dengan ganjaran yang lebih baik…

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui".
(2:261)


Al-Fatihah.

Tuesday, June 8, 2010

Jemputan ke WalimatulUrus Adinda Che' Yus 9W2CYB



Bagi pihak keluarga, beliau menjemput seluruh warga ham untuk bersama memeriahkan majlis perkahwinan adinda beliau seperti berikut:

Tarikh : Sabtu, 19hb Jun 2010
Masa : 12.00tghari - 4.00ptg
Alamat : No. 51, Fasa 6, Jalan Seri Pagi
Felda Ijok, 34120 SELAMA, Perak DR.
Contact: Che' Yus - 019-2451175

Kepada rakan2 yang akan pergi bolehlah merancang berkonvoi bersama-sama untuk kebaikan bersama. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi 9W2KIZ - Abg. Azman di 019-2664660 atau Che' Yus sendiri seperti no. tertera di atas.

Monday, June 7, 2010

Kelas Persediaan RAE 02/2010 (Wilayah Tengah)

Assalamualaikum

Utk update terkini biro perdidikan & perlesenan dan semua, kelas persediaan RAE -Wilayah Tengah akan diadakan seperti berikut.

Aktiviti : Kelas Persediaan RAE 02/2010 (Wilayah Tengah)
Tarikh : 27 June 2010
Masa : 8am - 5pm
Tempat : Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Seksyen Enam, Jalan Belibis 6/5, Seksyen 6, Shah Alam
Gps Coordinate : N 03 5’ 4” E 101 30’ 38”

Bayaran : RM 40 (Utk Nota, Alat tulis serta Sumbangan Dana 9M4RBC)

Sila war-warkan kpd semua ahli/swl.
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran ahli/swl boleh dimajukan kepada mana2 AJK/Biro-biro

Terima kasih diatas kerjasama semua.

73s de 9m2gtr

p/s Terima kasih kpd Abg Aziran - 9w2azx dan Guru-guru Sekolah Sek. Enam diatas kerjasama & sokongan.

Thursday, June 3, 2010

3/6/2010 - Eyeball Anjuran Rakan2 Ham Klang

Adalah dimaklumkan rakan2 ham daerah klang menganjurkan suatu eyeball seperti berikut:

Tarikh : 3/6/2010
Masa : 9pm
Tempat : De Mesra Seafood / Tomyam
Kg. Batu Belah, Kelang
LatLon : +3° 4' 15.81", +101° 26' 24.79"

Calling: V20 & 9M4RBC

Pengisian: (1) Sesi SWL bertemu 9M2
(2) Live Chatnet @ RBC
(3) Suai kenal..

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
(1) Dahalan - 9W2RAE - 012-6678777
(2) Awi - 9W2AWI - 012-3410055
(3) Aky - 9W2AKY - 012-3353253

semua adalah dijemput hadir tidak kira kelab mana... single ker, double ker... duda ker, janda ker... swl ker, amatur ker... hu hu hu


View Larger Map

Wednesday, June 2, 2010

2/6/2010 - Notis Mesyuarat Bulanan Ke 2 ASTRA WILAYAH TENGAH

Assalamualaikum... kepada semua.

Hari ini Rabu 2/6/2010, jam 9:30mlm ASTRA WILAYAH TENGAH akan mengadakan meeting bulanan kali ke 2 untuk semua AJK. Bertempat di Restoren Ely Bay, Kg. Melayu Subang (berhampiran Petronas).

Kepada ahli2 yang berminat oleh bersama datang dan duduk berbincang sebarang cadangan dan rancangan yang akan dilaksanakan...

Sekian terima kasih.

Kod Etika Ahli Radio Amator

Penafian: Pihak Astra Wilayah Tengah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh pengguna-pengguna yang melawat laman blog ini. Semua maklumat yang dipaparkan tidak mengambarkan pendirian ASTRA Pusat dan tidak menganggu mana-mana pihak. Semua maklumat adalah benar melainkan yang tidak benar sahaja.

Hakcipta Terpelihara © 2011 Astra Wilayah Tengah.

Best View: Mozila Firefox ver 3.0.5 above and Internet Explorer 6 and above

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...